Tuesday, 28 August 2012

Blogmovie Raya : Drama Dua Babak - Babak 1




Kengkonon balik rumah cecepat, nak kemas rumah, nak gosok baju kerja, nak update citer raya kat blog, tapi, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Dalam riang ria di hari raya, dalam tak sempat tengok movie2 kat tv sebab sibuk beraya ke hulu ke hilir, tanpa disangka2, kami pula yang melakonkan sebuah drama di hari raya. Drama yang asalnya tragedi di aidilfitri ala2 jangan pandang belakang (tapi tak seram), tiba2 menjadi jangan pandang belakang congkak pula. Drama sungguh la. Makanya cerita raya aku postpone la dulu ya? Kita fast forward ke hari raya ke-6. Kalau ditangguh2, dah hilang pulak auranya. Ni sementara masih terngiang2 dan terbayang2 ni, elok aku catit kan segera.  

Jumaat, 24 Ogos 2012 bersamaan 6 Syawal 1433H

Pagi itu lepas yayu balik sungaimas, kami pun bersiap2 nak balik ke paghitghaja. Kemas2 beg, mandi2 dan siap berbaju raya berwarna biru turqoise, kami pun bersarapan. Makan nasi goreng kosong mak. Pedas sedap.  

Banyak nya ayang makan? kata encik suami. (Pengajaran 1 - makan dulu sebelum keluar rumah, sebab tak tau lagi tengah jalan dapat makan ke tidak)

Lepas sarapan, kami pun bertolak. Singgah kota sekejap, nak cari tudung. Tak abis2 cari tudung. Dah habis raya pun masih cari tudung lagi. Yang menyampahnya, tudung yang dicari ialah tudung untuk baju yang tengah dipakai ni lah. Biru turqoise. Tudung yang tengah pakai ni macam kehijauan sikit, tak berapa tepat warnanya, tapi masih boleh diterima sebenarnya. Pusing2 kedai kemboja, tak jumpa. Jumpa, tapi mahal. Aritu beli jenis tu (batu2 tampal, bukan jahit manik) tak sampai pun 30 hengget. Ni aku mintak kurang pun dia bagi rm33 jek. Jangan harap la aku nak beli. Maka, kami pun meneruskan perjalanan.

Memula dah plan, kiter pergi galleria@kotaraya, solat jumaat kat situ, pastu pergi ksl, pastu gi angsana, pastu gi kipmart (nak beli ikan, boleh?). Plan dah cukup cantik dah. Tapi kenapa pakai baju raya? Sebab mana lah tau kot2 terjumpa tempat beraya ke kan. Galleria tu katanya baru siap direnovate, siap masuk iklan kat sinar lagik. Aritu pernah nak pergi, tapi dia tengah renovate.



So, sampai je di sana, kami terus masuk parking. Dalam hati, senyap sunyi jek? Kete pun ada dua tiga ketul jek. Baru nak masuk lif, laaa dia tutup laaa pulak sampai 26hb. Ada pulak shopping complex tutup time raya yek? Musykil betul. Patut lah takde kete. Kami pun masuk kereta semula dan turun.  

Huh! Kenapa dia tak bagitau masa kita nak masuk tadi ek? Jahat betul. Kaya la dia makan duit parking. Memang orang tak halal kan! (Pengajaran 2 : Jangan buruk sangka) 
 
Tiba di kaunter parking, hulur kad, makcik kaunter tu kata, takyah bayar. Tak sampai 15 minit kot. Tengok! Buruk sangka lagi. Dah keluar dari sana, aku ajak pergi ksl city. Ni shopping complex baru, depan holiday plaza. Saja lah nak tengok apa yang ada kat situ. Memula encik suami kata jauh, kena patah balik. Tapi dia teruskan juga. (Pengajaran 3 : Jangan buat sesuatu kalau hati was-was. Percaya pada detik hati yang pertama)

Masuk parking di tingkat 3. Siap ambik gambar nombor lot parking lagik. Takut tak jumpa. Masa tu dah nak pukul 1 tengahari. Kami pun berjalan 2 level. Encik suami pulak sibuk cari masjid terdekat dalam gps. Kemudian, kami berpisah di ground floor.  

Babai, babai! Nanti dah siap calling2. Ayang nak masuk tesco. Kete kat tingkat 3 tau... (kemain riang ria lagi perpisahan itu) (Pengajaran 4 : Tempat isteri adalah di sisi suaminya)

Maka aku pun turun ke tingkat LG. Lalu depan tesco. Jalan ke depan sikit, ada kedai rm4.99. Menarik ni. Ala2 daiso gitu. Aku pun masuk. Lama lah jugak aku membelek barang2 kat dalam kedai tu. Jumpa hanger besi besooo. Nak beli, tapi tunggu lah nanti. Beli dengan encik suami je nanti. (boleh dia bawakkan hihi). Jumpa kotak storage, konon nak isi brooch. Ada partition, satu boleh letak brooch kecik, satu lagi boleh letak brooch panjang. Nak beli, tapi tunggu nanti lah. Beli dengan encik suami je nanti (nak tanya dia ok ke tidak dulu :P). Habis pusing satu kedai, tak beli apa2 pun. Lalu aku terus masuk ke dalam tesco. Nak beli apa pun tak tau. Nampak bunjut sup, beli beberapa ketul dalam beberapa jenama. Nak cuba lain2 rasa kononnya. Dah nak keluar, ternampak roti massimo. Kat bp takde roti ni. Nak cuba lah. Beli sebuku (padahal aku tak suka makan roti pun). Dah plan, besok sarapan boleh goreng celup telur. Kalau masak cenggitu aku makan lah. Lalu kat susu, oh, susu pekat dah habis. Beli lah 2 tin. Masa aku nak ambik tin tu, tiba2 satu tin terlepas. Fuh! Sibbaik tak jatuh kat kaki. Dia jatuh dari rak atas ke rak bawahnya ajer. (Pengajaran 5 : Alert kepada tanda2 luar biasa)

Selesai membayar, dah hampir pukul 2.30 petang. Eh, mana abang ni? Takkan tak siap2 lagi? Aku pun berjalan naik semula ke ground floor. Sambil2 fikir, ada tak tadi berjanji kat mana2? Rasa macam takde. Macam janji nak calling2 je? Sambil berlegar2, aku try call encik suami. Tak angkat. Dekat 10 kali lah juga. Aku pun cari pintu keluar ikut depan. Tadi masa nak masuk parking ada lalu pintu depan. Ok, jumpa kat sebelah semb0nia. Kat luar ada banyak teksi. Aku ke tepi jalan utama. Sambil calling2, sambil jenguk2. Jam dah lebih 2.45 petang. Hati dah risau, otak dah fikir macam2. Henfon hilang? Pouch hilang? Eksiden? Ahhh takutnya.

Sempat lagi berfikir, kalau betul terjadi salah satu daripadanya, apa yang perlu dibuat? Hilang henfon, tunggu abang telefon kat public phone atau dia pinjam henfon orang. Hilang pouch, uiii lagi teruk, semua benda ada dalam pouch tu. Duit takde, nak telefon public phone cemana? Tapi masih boleh pinjam henfon orang, minta simpati lah macamana pun. Setakat hilang 2 benda ni rasanya masih boleh jumpa balik (kami, bukan barang tu). Yang tak boleh berfikirnya, worst case scenario, kalau eksiden. Pengsan. Aku tak tau dia pegi masjid mana. Telefon tak berjawab, mungkin dah tercampak masuk sungai. Macamana macamana macamanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??? Muka aku rasanya dah pucat lesi waktu ni. Nasib tak pitam. Berpuluh kali aku call tak jawab2.

Sedang aku cuba dail sekali lagi, ada call masuk. 07-33xxx222. Hah! Jantung dah berdegup kencang. Kali terakhir melalui situasi seperti itu ialah semasa encik suami eksiden jatuh motor dulu, bezanya masa tu yang call tu nombor telefon encik suami jugak, cuma orang yang bercakap tu orang lain dan aku tak expect apa2 berlaku. Yang ni, memang dah fikir macam2, dapat pulak call dari nombor tak dikenali tapi area johor. Agak2 apa yang aku fikir? Hospital ker? Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Bila aku angkat, kedengaran suara seorang perempuan.  

Hello, sebentar ya. Ok.

Hello, ayang.

Haaa abang kat mana??? (tapi lega sikit sebab dia masih boleh bercakap)

Hmmm abang ada berita kurang baik sikit.

Haaa??? Kenapa?

Kereta kita hilang.

Ha??? Macamana boleh hilang, abang tak kunci ke? bla bla bla (korang pun tau lah kalau dalam keadaan ni apa soalan2 yang muncul). Abis tu macamana nih?

Ok, ayang pergi ambik teksi, datang balai polis majidee. Abang kat sini.

Lalu aku pun mencari teksi. Ada teksi beratur kat depan tu, tapi bila aku bukak pintu kete yang depan sekali, kunci pulak. Tengok drivernya india. Isy, takut la pulak. Nak naik teksi belakang dia kang, dah potong queue pulak. Aku pun pergi ke tepi jalan utama semula dan tahan la mana2 teksi yang lalu. Masuk teksi, pakcik tu tanya, kenapa tak naik teksi kat depan tu je?

Saya dah tak boleh berfikir dah ni pakcik.

Laaa kenapa pulak... Ada masalah apa pulak?

Kereta suami saya hilang, pakcik. Bok bek bok bek.

Suami awak polis ker?

Tak lah, dia kat balai polis, tengah buat report.

Lalu pakcik tu pun memberi cadangan agar aku menelefon semua syarikat2 teksi untuk memaklumkan kehilangan kereta itu. Dia kata nanti derang akan announce pada semua teksi melalui radio teksi, so maybe boleh lah derang buat sesuatu kalau terjumpa.

Teksi ni ada kat mana2. Sampai ke senai tu pun ada. Rasanya kalau baru lagi, tak jauh lagi ni. Cuba lah.

Pakcik tu pun bagi lah nombor2 radio teksi. Ada lah dalam 5 ke 6 syarikat kot. Aku catit je, tak call lagi. Nak tunggu jumpa encik suami dulu apa2 hal. Sampai di depan balai polis, di depan persimpangan kampung ubi, ada ruang untuk membelok. Bahaya lah juga aksi membelok tu, tapi memang tempat membelok pon. U-turn je tak boleh. Maybe untuk kereta2 polis yang nak cepat mengejar pencuri.

Sampai di balai, nampak je encik suami, satu kerisauan dah hilang. Risau tang pengsan tu tadi hihi. Tapi kerisauan lain pulak mengambil tempat. Tak terpikir pulak aku. Ingat tadi setakat hilang porch jer. Ni lebih besar lagi. Termasuk porch2 tu sekali hilang sama. (Pengajaran 6 : Tak salah membawa harta dunia ke masjid waktu solat)

Tapi yang aku heran (selepas2 itu lah baru terfikir), aku macam tak sedih sangat pun. Tak menangis, tak sebak. Rilek je. Macam hilang kasut kat masjid jek. Padahal kereta tu dah macam rumah bergerak dah. Saper dapat tu memang cuci kaki la masuk rumah huhuhu (baru balik dari kampung beraya, kuih raya pun ada dalam). Henfon pulak di silent kan. Haih...

Keluar dari teksi, encik suami suh pakcik tu tunggu sekejap sebab kami nak kena pergi ke balai polis sentral pulak. Oh, tambang teksi tu RM10. Masuk balai, encik suami mintak rm2, nak bayar report. Alahai, kesian pulak. Satu sen pun takde. Sehelai sepinggang kan. Sibbaik pakai kopiah, comel la sikit. Aku pulak, sehelai sepinggang lah jugak. Tapi ada lah lagi henbeg yang penuh berisi. Duit pun baru je keluarkan kat mebeng eto5 masa nak keluar tadi (lupa nak citer). (Pengajaran 7 : Pastikan duit sentiasa ada dalam tangan/poket, kalau tak dalam wallet).

Dah siap semua, kami terus naik teksi tadi semula menuju ke balai sentral. Kat mana tah. Dah sampai tu baru lah tau, ooo dekat2 CS. Tambang teksi tu, RM10 lagi (sedap je pakcik tu tekan, tak pasang meter - sangka buruk lagi). Kami pun masuk ke balai dan pergi berjumpa sarjan r0sli. Pegawai Penyiasat Khas (SIO). Dalam tu ada macam2 jenis orang. Orang ind0n ada, orang kena pecah rumah ada, banduan pun ada. Hah? Terkejut aku. Sibbaik tangan bergari. Banduan pun ada dua baju. Yang bergari berdua tu baju pepel, yang sorang tu baju oren kalau tak salah. Oren tu masuk lokap je kot ek?

Oh, lupa. Masa on the way dari balai ke balai tu encik suami dah call celcom, mebeng dan bankislam untuk memblok segala yang berkaitan. Bila masuk jumpa sarjan, dia pun menaip laporan bagi pihak dia sambil menyoalsiasat.

Laaa kenapa block awal sangat. Kalau tidak kita boleh kesan kat mana2 dia cuba gunakan kad tu.
Oh, tak terfikir pulak. Tau nak selamatkan duit je. (Pengajaran 8 : Jangan cecepat sangat block credit card, tapi kalau cecepat pun takpe kot. Boleh dipertimbangkan. Stesen minyak tak mintak tandatangan pun time isi minyak, kan.)

Pung pang pung pang, sarjan tu mintak salinan geran, insurans kereta dan segala resit ke haper benda yang hilang supaya derang boleh memblacklist kan kereta itu di atas jalan raya. So, encik suami call ngah sebab ngah ejen insurans kereta tu. Baru je renew bulan lepas. Suruh ngah fax kan butir2 kereta (cover note kot) tu sebab kami tak ingat nombor chasis nombor enjin segala bagai. (Ada ke orang yang ingat???) Tapi beliau nak jugak salinan geran. Dia suruh faks je besok2. (Pengajaran 9 : Hafal nombor enjin dan nombor chasis kereta sama macam hafal nombor ic hahaha. Tak payah la...)

Kemudian, kami pun balik. Balik mana? Macamana? Mujur juga balai tu dekat ngan CS. Dekat je nak naik bas. Masa kami berjalan menuju ke sungai segget...

Eh, macam baru je kita lalu sini, ek?
Woi! Kan baru sekejap tadi kita pergi galleria@kotaraya kat depan tu. 
Masa ni aku dah ok. Dah boleh menerima hakikat. Sambil berjalan tu, perut dah lapar. Dah pukul 4 lebih. Tenaga dari nasi goreng kosong mak pagi tadi dah habis digunakan.

Abang, lapar... (sedih, padahal duit ada je kalau nak beli makanan. sebelum kejadian tadi ingat nak makan mee rebus stulang macam biasa)  

Tu, ada roti tu. Nanti boleh makan dalam bas. (kesian tak? ada hikmahnya aku membeli roti massimo itu. kesian2 pun, roti mahal hahaha)  

Kita ni dah macam orang gelandangan ek. Dah lah bawak beg plastik, isi roti ngan susu pekat.

Sebelum naik bas, masuk CS sekejap. Bukan nak soping. Giler ko? Nak terkucil la. Alerrr takde lah pulak signboard dalam tu. Derang tengah renovate jugak, so semua signboard dia tanggalkan kot. Pusing2 cari toilet, tak jumpa. Tak pelah, boleh tahan lagi. Buang kat bus stand larkin je nanti. Tengah naik eskalator nak ke jejantas seberang jalan, ternampak toilet kat tingkat bawah. Turun balik. Uiks? Kena bayar pulak. Jarang jumpa shopping complex kena bayar toilet, kan? Kos membuang RM0.30.

Pastu, kami pun mencari bas. Turun dari jejantas tu, jumpa bas ke kulai. Ada papan tanda menunjukkan lokasi bas2 mengikut destinasi. Nampak larkin kat belakang sekali. Berjalan patah balik ke belakang. Sampai belakang, takde pun. Kulai jugak. Tanya ngan brader kat tepi tu, dia kata depan sekali, dekat bit polis. Adoiyaiii penatnya... Dah lama tak susah2 macam ni. Padahal dulu kat situ lah tempat berlari2 dari komtar ke kotaraya. Hmmm patut lah aritu aku ada terfikir, dulu, setiap kali raya, raya ketiga je, mesti kitorang keluar dating gi jb. Tengok wayang. Kat situ lah. Rupanya memang kami nak mengulangi perkara yang sama. Cuma hari ni raya ke-6. Dan tak tengok wayang. Bikin wayang lagi ada.

Tiba di tempat bas yang pergi ke BS larkin, tiba 2 biji bas maju. Dua2 nak ke sana. Kami pun berjalan ke bas yang depan. Belum sempat kami sampai, dia dah jalan. Oh, kesiannyaaa tengok pasangan tersebut (kalau aku orang yang melihat la). Maka kami naik lah bas yang kedua. Tambang bas RM1.70 x 2. Dapat je duduk, aku terus bukak roti. Biasa je rasa roti tu, tapi masa tu rasa sedap sangat. Sedih jek, makan roti lor...
Aksi sebenar, macam nak nangis tapi sebenarnya tak nangis pun
Masa bas tu lalu depan landmark,

Eh, tadi kita lalu sini, kan?

Ya bang, iyerrr... masa nak pergi ksl tadi kiter lalu sini.

Sampai bus stand larkin, dia turunkan kami kat tepi jalan. Solat asar dulu. Ooo ada masjid annur ngan klinik wakaf kat situ. Dulu kat kotaraya je ada. Masjid sangat selesa. Tempat wudhuk di dalam, masjid berekon. Lepas solat, pergi cari tiket bas. Ada kkkl, causewaylink dan s&s. Kami pilih bas gagap. Harga tiket RM10.65 x 2. Bas pukul 6 petang, platform C41. Dulu tempat bas merdu. Baru pukul 5 petang.

Sementara tu, cari toilet. Kena lagi RM0.30. Beli coolblog stoberi RM2.50 dan air mineral RM1. Sebelum bas jalan, telefon abang yus. Nak cuba trace henfon. Memula dia kata takleh tolong, tapi bila bagitau ni kes besar, baru lah dia nak cuba tolong. Tak lama kemudian, abang yus call balik. Dia kata, kalau mengikut panggilan terakhir (misscall2 ku), henfon tu masih ada di sekitar tempat kejadian. Aku misscall pun masih tak angkat. Dengan kepantasan halaju cahaya, encik suami terus call sarjan r0sli memaklumkan perkara tersebut. Ok, nanti saya hantar peronda, katanya. Hopefully lah kan. (Pengajaran 10 : Charge bateri henfon penuh2 ketika keluar rumah)
 

Bila bas jalan je, kami pun terlelap. Sedar2 dah nak keluar tol ayer hitam. Penat sangat lah tu.

Kita nak turun kat mana ni bang? Kat simpang rumah kita ke, kat simpang paritsempadan? Kalau kat simpang rumah kita, takde bus stop. Kat paritsempadan ada bus stop depan onestop tu.
Kalau kat petronas?
Nanti dia kena masuk pulak. Takde bus stop jugak.
Keluar tol, ada budak ciner mintak turun selepas tol. Pastu dia ke belakang semula. Bas berhenti, dia tak turun lagi. Bas dah nak jalan baru dia nak turun, bertiga orang. Pakcik driver dah bebel, brok brek brok brek.

Alamak bang, pakcik ni macam tak sporting jer? Kiter turun kat paritsempadan la, logik sikit sebab ada bus stop.
Tiba trafiklite paritbotak, ada budak pompuan mintak turun. Kebetulan lampu tengah merah. Kat paritraja, ada lagi sorang budak pempuan mintak turun depan balai polis.

Alamak bang, banyak sangat orang turun tengah jalan, nak ke pakcik ni berenti untuk kiter??? Haaa apa kata masa turun nanti, abang cakap lah, terima kasih pakcik, saya doakan pakcik panjang umur, murah rezeki. Mesti dia tak lembut hati hehehe.
Last2, encik suami mintak turun kat petronas. Kebetulan trafiklite tengah merah agaknya, so takde kenderaan kat belakang bas. Masa turun encik suami tak cakap pun seperti yang aku ajar. Sebaliknya beliau cuma mengucapkan terima kasih dan selamat hari raya je. Ok lah tu. Maka kami pun berjalan kaki pulang ke rumah. Sibbaik dah gelap, takde orang nampak hihi.

Oh, lupa nak citer. Sebelum bas jalan tadi kami dah telefon jiran sebelah. Masa nak pergi umrah tu ari, kami ada tinggalkan segugus kunci rumah kat derang. Mujur masih ada. Sampai di rumah, ada orang tengah beraya di rumah jiran itu. Baru nak berlakon kengkonon baru datang dari arah rumah, dia dah nampak kami berjalan. Terpaksa lah bukak cerita. (Pengajaran : Kalau percayakan jiran, tinggalkan kunci spare kat derang. Penting!)

Alhamdulillah, sampai di rumah lebih kurang jam 7.30 malam. Alamak, kunci bilik pulak takde. Kunci aku dalam beg pakaian, kunci encik suami kat dalam kereta. Kunci spare kat dalam bilik itu. Solat maghrib dulu. Mujur ada telekung dalam bilik tetamu. Telekung aku 2 pasang ada dalam kereta. Salah satu telekung tu beserta beg sejadah yang dibeli di mekah. Sedih.

Abang, telekung hantaran ayang dah hilang tau. Abang punya pulak, wallet hantaran yang hilang.
Lepas solat, kami baca yasin. Lepas tu, pecahkan tombol pintu. Lepas mandi, kami keluar semula untuk makan. Mujur ada kereta kancil yang comel dan manja. Eh? Sambil makan, sambil berbincang. Banyak pengajaran, pelajaran dan pengalaman yang ditimba pada hari ini. Dari semasa ke semasa, makin banyak pula barang2 yang ada di dalam kereta itu yang aku teringat. Mari kiter semak bersama2 senarai barang2 tersebut.
  • Baju raya belum pakai - 2 pasang
  • Baju raya dah pakai belum basuh - 1 pasang
  • Tudung - tudung raya 2 lai tak pakai lagi + tudung lama kat hanger ada la dalam 10 lai kot. Sibbaik se hanger tudung basahan aku tertinggal kat rumah sendiri masa balik raya kat kampung muar.
  • Kasut kerja, kasut raya, high heel dan selipar (bukan jepun)
  • External hard disk - movie2 dan drama2 (bet0 terutamanya uhuk uhuk uhuk), semua isi laptop dell ku ada di dalam kerana sebelum raya aritu aku sedang (belum habis install pun) memformat laptop itu, yeay! Best, kan?
  • Sunglass
  • CD ceramah ustazkazim, UAI dan pelbagai CD lagu (ct, mawi, ramlahram, maherzain, uk's dll)
  • Buku - Tuhan sedang menguji kita ustazkazim (betul2 terjadi ni), bukan sekadar resepi rozar0slan, solusi taubat sebelum terlambat dan impiana ogos edisi raya
  • Charger henfon - 2 biji dan 1 lagi charger kereta
  • Charger kemre dan kabel usb dia sekali
  • Extension wire 4 gang dengan ubat nyamuk elektrik hihihi
  • Hair dryer - siap bawak tu. Ye lah, pagi raya kan nak mandi sunat, kena lah ada hair dryer
  • Payung kelab hahaha sayang sebab ia besar
  • Tuala dan pakaian basahan termasuk stokin baru tak pakai lagi 2 pasang hahaha (encik suami belikan kat maidin kl. Kan dah cakap, aku selalu beli stokin time nak raya). Itu pun baju dah tinggal sikit sebab masa balik muar aritu aku dah basuh baju dan tinggalkan terus baju kat rumah sendiri.
  • Brooch - semua. Yang tengah pakai je yang tinggal. Kebetulan yang aku pakai tu brooch warna putih, sesuai untuk semua baju.
  • Toiletteries dan bedak yang belum dibuka. Sayangnya, sisa2 active blue yang tinggal pun pergi sama
Encik suami punya pulak.
  • Laptop asus 15 inci baru beli 2 bulan lepas, yeay! Beserta begnya yang juga dibeli (bukan beg free dapat sebab beli laptop itu)
  • Smarttag + kad touch and go yang masih banyak credit
  • Drill bosch
  • Baju raya (baju melayu) + butang baru sekali. Padahal baju tu dah bawak balik PR, dah basuh. Tergerak pulak hati aku nak bawak balik kampung semula. Bukan nak pakai lagi pun.
  • Baju raya (tiset ) - 2 pasang tak pakai lagi
  • Seluar jeans levi's baru beli dah pakai tapi belum basuh
  • Pouch - isinya henfon, wallet, sunglass, duhet
  • Duit raya - elok ler dah siap masuk envelope, tinggal nak hulur jek
Dah balik rumah, baru lah encik suami telefon emak beliau. Memula ingat tak nak bagitau. Aku suh bagitau besok je sebab kalau bagitau memalam gini kang tak boleh tido pulak emak tu. Tapi encik suami nak bagitau jugak. Boleh mak tolong doakan. Doa ibu kan mustajab. Very the mithali anak mak ni. Lagi pun memang selalunya kalau sampai rumah dia akan telefon mak, bagitau dah sampai. Cuma ni aku suh cakap, orangnya dah sampai, cuma keretanya yang tak sampai hikhik. (Pengajaran 11 : Doa ibu adalah mustajab. Sebenarnya masa raya aritu maklong ada cerita kat mak pasal motor anak dia hilang, tapi tak bagitau maklong.Maklong tau pun selepas anak dia beli kereta. Maklong adalah sedih sebab dia sorang je yang tak tau, padahal adik beradik semua tau citer tu.)

Bila dah dengar tu, harus lah panik satu rumah. Adik2 cakap, abah yang tengah baring demam pun terus bangun. Kami di sini ok jer. Pasrah dan redha. Sebelum tidur, kami buat solat hajat.

Ya Allah, andai kereta itu dijumpai adalah lebih baik, jumpakan lah kami semula, tetapi kalau tak dijumpai itu lebih baik, gantikan lah dengan sesuatu yang lebih baik.

Malam ku bermimpi, sedang aku berjalan, baju2 ku yang ada di dalam kereta itu terbang menerpa ke muka ku (ala2 baju tu keluar dari tingkap kereta yang sedang bergerak dan aku berjalan di tepi jalan). Tak tau lah apa alamatnya tu. 
Babak kedua akan menyusul seketika nanti. Bersambung...

Kos setakat ini = RM48.80 (tak termasuk kredit henfon ku) 

1 komen:

Irfa said...

aku baca sambil bergenang air mata
tak tahu nak gelak @ nak nanges..aku dpt bygkan korang berdua naik bas