Thursday, 16 August 2012

Masjid Yang Bersih

Susahnya nak jumpa masjid atau surau yang bersih and cantik toilet and tempat wudhuknya kat malaysia ni. Paling bersih pun rasanya surau di RnR kita. Tapi kalau masjid atau surau yang seketul2 tu, haihhh pikir 88 kali lah. Tak masuk, kang, tak solat. Masuk, kang, tak selesa pulak. Dah tentulah kena pilih masuk, kan. Kalau surau kampung tu, boleh lah diterima, ajk nya dah tua2. Ni surau taman, masjid besar, pun. Tapi tak boleh salahkan derang jugak. Mana ada bajet nak bayar cleaner, kan. Kalau dapat jemaah surau macam pak abu (geng surau) tu ker, mungkin lah berkilat2 surau kiter, kot. 

Tapi baru2 ini, baru tak baru lah. Bulan 6 aritu, aku dah terjumpa satu masjid yang cantik tandasnya and tempat wudhuknya. Saya impress!

Macam kat rumah

Kombinasi warna yang menarik

And bersih jua

Oh, tertengok sabun pencuci tangan tu, teringat aku masa gi singapore aritu. Kat sinki mana2 mesti ada sabun. Itu boleh dipuji. Kalau kedai makan kiter, hmph! Tah sabun bekas cuci pinggan agaknya yang dia taruk kat dalam bekas tu. Tak berbusa langsung! Kedekut sangat nak beli sabun. Tak rugi lah takat sebotol 5 hengget sehari.

Sebenarnya yang lebih aku lihat ialah border ni, sebijik kat dapur rumah aku, cuma warna je lain. Aku kaler kuning, dia kaler coklat. Cer tengok aku punya ni.

Di dalam, ada lemari telekung. Walau pun tak kemas, tapi unik. Buat sendiri ni kot

Aku rasa ada tokey grill kat tempat ni, sebab tu keliling masjid dia pun banyak grill.


Masjid dalam taman.  Kecik je masjid ni, tapi kemas and bersih.
Tahniah kepada ajk masjid saleng! Saya suka masjid awak.

Oh, dah terupload gambar ni pula. Sebenarnya sebelum ke masjid di atas, aku baru balik dari jb. Sempat lah singgah jpo yang diwar2kan itu.

Begitu sopan sekali. Hanya sepasang kurung nan biru...


Sebelum ambik gambar ni, ada artis kat belakang tu. Tiba2 tengok tak enterframe pun. Bukan artis hot pun, kismahj0har je kot huhuhu.

Bukti saya dah sampai di sini.
Sempena bulan puasa ini, kita tengok gambar makanan lah yek. Baru semangat nak memasak petang nanti. Kot2 leh beri inspirasi menu petang ni ke.

Mee rebus tulang, tapi bukan aku yang masak ok

Ahad lepas terjumpa gearbox mentah kat ain ebergrin yang baru. Pergh! Layan seh... Kena belajar buat mee rebus tulang ni lah nampaknya.

1 komen:

Anonymous said...

slm ...maaf klu komen tak sedap. org kita mmg pemalas..ada takcuci tandas bilik mandi berkerak.. so anak ansk sikit tak didik ..so mana ada civic mindd.
org bkn islam lagi islam bila part kbersihan.
kita kan terikut prangai org arab. arab pemalas.klu pegi umah besar kna ada org kadam cuci.klu tak berkerak. pastu hack buat jamban baru pilihan warna gelap so taknampak kerak.