Tuesday, 7 August 2012

Mari Berangan, Jom!


Weekend lepas h0nda buat show kat bpmol. Dalam kelam kabut nak cepat sebab dah pukul 6 lebih tu, ternampak pulak banner dia kat luar tu. Terus lah aku menerjahnya. Alaaa lupa pulak nak bawak duit down payment dia hahaha. Sikit punya lama ke aku tunggu. Ada dia cakap bulan 7 akan keluar. Rupanya hujung bulan 7. Susah2 je aku tahan diri dari membelanjakan tabung kereta bawah bantalku itu. Akibat delay itu, aku pun dah beralih arah hahaha. Kepada siapa? Mari kita saksikan bersama.

Mempersembahkan...
 
All New Civic!

Sebelum dia keluar aku dah intai2 lama dah.
Macam kecik sikit lah.
Kete ni tak pakai kunci biasa dah. Sumer remote control.
Interior warna gelap. Tak minat.
Rim untuk 2.0 navi. Oh, navi tu ada gps dan banyak feature menarik. Kalau yang basic tu, alahai... dengan exora pun kalah dah.
  
Dari belakang macam lampu persona sikit.
Atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, maka daku telah beralih arah kepada si dia ini pula.

Satu, kerana dia nampak lebih besar. Panjangnya lebih 300mm je daripada civic
Dua, kerana interior dia cantik.
And tiga, kerana dia lagi mahal hahaha. Berangan mestilah benda yang mahal.
And, ia nampak mahal jua.


 p/s Saya banned penggunaan D.A.N. dalam blog ini. Commentor juga diminta bekerjasama.

2 komen:

Lub said...

TEANA RM173,000.00 kan. aku berangan gak.tak dpt TEANA, Forte pun jadi.

AyunasiA said...

Kan, cantik, kan? Yg basic kurang dr 150k pun ada. Jom booking sama2! Duit byk2 nak buat apa lagi, kan... Eceh!