Tuesday, 7 August 2012

Kecewa Atau Kesian?


It's okay la lee...

Aku lebih rasa kesian berbanding kecewa. Tak kecewa pun tak dapat pingat emas. Apatah lagi kecewa tak dapat eskrem free huhuhu. Tapi kesian melihat dia terduduk selepas tamat permainan. Tentu dibenaknya, oh, jongkong emas ku, 5 juta ku eh, tak lah. Mesti dia fikir, aku dah mengecewakan rakyat malaysi. Oh!. Kesian kat dia. Kalau lah dia dengar komen orang2 yang tak mahu memahami itu, mesti dia tambah sedih.

Kita kena lah rasional. Dia baru jer pulih dari kecederaan. Masa dia cedera di final all-england dulu pun, hey! Final all-england ok. Bukan pusingan pertama ke semi ke. Korang kalau lama tak pegang pen pun, mesti kekok bila nak menulis semula kan? Sama la jugak dengan dia. 2 bulan tak pegang raket, kemudian ada 2 minggu je untuk training semula, ingat senang ker? Lagi pun bukannya dia tak melawan pun, kan. Nampak sangat dia bertarung habis-habisan.

Pagi semalam kat sinar ada caller yang mempertikaikan kekuatan mental beliau. Ok lah, tak sepatutnya dia kalah dalam game kedua. Tapi dalam rubber game dia cover balik. Bagi aku derang sama2 kuat2, sama2 buat silap. Dia dah usaha. Lain lah kalau kita nampak sangat dia menyerah kalah macam beregu tu kan huhuhu. Ni memang dia melawan. Dan dia tak nampak tertekan sangat pun. Rilek je. Mata berselang seli dan ada masa dia lead jugak. Cuma di sini, takdir dah menentukan dia kalah. Bukan menyalahkan takdir, tapi terimalah hakikat bahawa aiskrim baskinrobbin itu mahal harganya dan perlu dibayar hehehe. Kalau dua2 menang, siapa yang kalah? Meh, aku belanja korang aiskrim malaysia perisa santan.

Yang paling aku tak puas hati ialah komen seorang adun tu. Rasa nak lempang je. Kesian dia.


4 komen:

Irfa said...

aku nampak dia masa baru sampai dr london pagi tadi..tapi nampak ubun2 je la..sbb aku duk tgkat atas..ramai sgt kat tgkat bawah tu.hehe

tahniah pada dia w,pun x dapat emas

ANAKIRANA said...

dgr jugak komen org kat sinar tu...amboiiii cakapppp....pandai sungguh..depa tak dok dlm court tu..terus tukar siaran malas nk dgr

AyunasiA said...

irfa: ubun2 pun jadik lah. tapi tak seramai time dia balik beijing dulu ek? dia pun ckp tak ramai mcm dulu. pagi sangat kot...

AyunasiA said...

ana: kannn... kalau dah 19-19 tu, nak kuat mental macamana lagi, kan? dusy dusy dusy