Perjalanan ke hudaibiah lebih kurang setengah jam kot. Tak perasan masa sebab aku tido je sepanjang jalan. Oh, bercakap pasal tido, aku tak tau lah. Asal letak kepala je, mesti aku nak tido. Biasa kan kalau kita dah banyak tido siang, malamnya susah nak tido. Tapi kat sana, minum la teh ke kopi ke, asal jumpa bantal, mesti aku tido. Orang kata bila kita berada di sana, itu lah diri kita yang sebenarnya. Ya lah tu huhuhu.
Di hudaibiah, kami dibawa melawat ke ladang unta. Uiks? Besar jugak unta ni eh? Bunyi dia pun kiut hihihi.
Kompiden je derang panggil kami adik, rupanya salah sorang dari derang baru berusia 29 tahun. Dah, comel sangat.
Selepas itu, kami di bawa ke masjid hudaibiah. Masjid ni berada di luar kawasan pengurusan arab saudi. So, masjid nya agak tidak terurus. Air paip pun air masin. Boleh pulak macam tu ek?
Selepas mereka yang ingin melakukan umrah melakukan solat sunat dan berniat, kami dibawa pula ke muzium dua masjid. Nak masuk muzium ni pun perlukan permit.
Frame hajar aswad. Oh, lupa nak cite. Masa sebelum mencium HA, aku tak dapat bayangkan macamana rupa HA tu. Bila dah tengok baru lah oooooo cenggini ropanya.
Selepas itu, kami pun balik. Sampai sebelum maghrib. Terus bergegas ke masjid.
2 komen:
ada 2 gambar yg sama tu kena cari apa yg serupa tapi tak sama ke?hehe
a'ah... cer la cari. mmg lain he...
Post a Comment