BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 14 July 2011

Durian Sejuk Beku & Durian Melacak

Sebenarnya aku nak letak tajuk durian melacak, kendian rasa tak sesuai pulak dan terpikir tajuk durian sejuk beku pulak. So, jadilah 2 tajuk di atas. Apa2 pun aku cuma nak cerita pasal durian. Sekarang ni kiranya musim puncak ar durian ni. Sebab bila lalu pondok2 jual durian tiap2 petang tu, sentiasa penuh je rak dia. Kalau mula2 atau hujung2 musim biasanya petang2 gitu dah tinggal sikit jek. Sama ada dah banyak sangat sampai tak laku atau laku sangat sampai kena sentiasa top up walaupun petang. Apa2 lah. Tapi, kali terakhir aku beli durian ialah sebelum pergi umrah tu ari. Itu pun sebab ingat nanti balik dah abis kot durian. Rupanya banyak lagi.

Dan durian yang aku beli tu pun tak sempat abis sebelum pegi. Dah tak tau nak buat macamana, aku pun sumbat je durian tu dalam freezer. Jadilah dia frozen durian. Eh, tapi aku masukkan dalam tapewe la. Bukan lah siap dengan durinya. Itu pun bila balik aku dah lupa. Entah camne tiba2 aritu aku teringat. Terus aku keluar kan. Bila dah tak beku, aku test, eh, ok lagi lah. Tapi nak makan gitu aje macam dah tak selera. So, aku buat ler serawa macam aritu. Sedapnya! Siap bukak balik entry aritu sebab dah lupa resepi hihihi. Pastu, malas nak pegi kedai beli roti, aku buat roti jala. Orang kata sedap jugak makan dengan roti jala. Cer cer cer.

Aku rasa buat roti jala la paling senang di dunia hahaha. Sebiji telur, secawan air, secawan tepung, secubit garam, sedikit kaler kuning dan blend. Sedang elok je kepekatannya. Sepatutnya dapat 12 keping, tapi aku malas nak korek2 tepung yang melekat kat blender, tu yang dapat 10 je (takyah la kira hihi).


Eceh, mengada pulak siap bernapkin bagai

Dan dimakan bersama serawa durian. Nom nom nom (dah lama tak main cafe kat fb eh?)


Selamat mencuba! Eh, nak cuba apa? Entah?

1 komen:

Cikgu Nana said...

mencuba alas pinggan heeeee dgn napkin :)