Nyampah tak asik tengok rupa rumah aku jek? Nyampah kalu, sila ambik mouse, drag cursor ke penjuru kanan atas pc anda dan klik butang kiri. Kalo nyampah tahap tak boleh tahan, klik butang kiri banyak2 kali, kendian cabut cable internet terus. Padan muka errr korang. Ke aku? Tah?
Itu ari aku dah letak gambar curtain kan. Sekarang baru perasan, selama ni aku set kan gambar2 aku saiz medium, sebab tuh tak berapa nak nampak. Biler aku adjust terus dari coding, gambar tu jadi pecah2. Nak tepek semula, tetiba tak jumpa plak lam folder. Nak snap balik, cam malas. Tapi takpe, dah orang tak suka kan, aku terpaksa lah tepek lagi sekali versi lain plak. Saje kasik bakar hati orang yang jeles hahahaha keji sungguh sifat ku di syawal mulia ini.
Saper perasan stand lamp bunga2 ku? Dah lama gak aku beli benda tu kat romantika. Dah beli pon terendak lain kat ikea. Saje takmo pasang. Tunggu jemu dulu. Selain tu, kat ikea juga aku ada beli lampu rm19.90 yang memikat itu. Murah sangat, kan? Macam nak beli 10 dan pasang di keliling rumah jek. Lenkali gi kl nak top up seketul dua ar. Suka amat! Ok gak kalo tak pasang downlight, pasang lampu tu jek. Cantik jugak.
Selain itu, aku juga adalah peminat cadar. Tak boleh tahan tengok cadar cantik2. Sekarang terpaksa mengelak dari lalu section cadar di pasaraya sebab dah terlebih sudah. Untuk hari raya ni, aku pakai cadar yang dibeli semasa warehouse sale kat kilang sleep focus di nilai. Biler ek? Bulan 2 arituh kot. Untuk set ni, king size cuma rm99 sahaja. Cantik tak? Takyah jawab. Aku saje je buat soalan yang tak perlu jawapan.
Cadar ini juga adalah sedondon dengan ini
Dan ini
Serta ini
Kan???
And now, enjoy the piccas. Memang korang dah salu tengok kan? Tapi aku buat ni untuk kenangan ku.
Tema rumah aku ialah oren. Jadi, dari luar ke dapo, serba serbi oren la. Memang sejak belum masuk rumah tu lagi aku dah plan nak buat kaler nih. Nak dinding kaler oren carrot susu. Akhirnya tercapai juga. Kalau nak diikutkan, dulu aku cukup tak suka kaler coklat. Baju langsung takleh kaler coklat. Tak tau kenapa. Tapi, sejak dua menjak ada rumah ni, baju kaler coklat pon aku dah boleh masuk. Rasanya, segalanya bermula semasa aku memilih jubin untuk dibuat tabletop. Asalnya nak buat dapo kaler hitam putih. Sekali, terjumpa jubin yang aku pakai tu, dan terus jatuh cinta kat kaler coklat. Dan2 tu tukar konsep. Kebetulan pulak banyak perabot berwarna sedemikian, maka berleluasa la warna coklat gelap di rumah ku. Dari kabinet tv, meja makan, kitchen cabinet, set bilik tido, sampai la ker blind tingkap. Cantik juga kaler coklat ni rupa nya eh?
Haaa... baru lah nampak rupa fabrik langsir ku ini, kan? Sebenarnya masa nak beli tu aku berkenan kaler pepel macam songket kat dinding aku nih ha. Tapi, nanti dah lain dari konsep asal, maka aku beli gak la kaler coklat nih. Suka sangat part bunga kaler coklat tu. Timbul bunganya. Camane cara nak timbulkan bunga tuh? Dengan menggunakan kain satin kaler coklat untuk kepala tu la. Macam pakai tudung jugak kekdahnya. Boleh la tu. Ko nak cantik cemana lagi.
Spoil betul la. Nyesal aku tak beli karpet baru. Walau pon karpet tu masih matching, tapi macam dah buruk beno aku menengok nya. Tahun depan ok, tahun depan. Insya Allah.
Ni kalo eric leong tengok ni, komfem dia kata umah aku macam klinik hahaha. Actually aku dah tau dah. Dia ada cakap, kalo susun sofa memanjang cenggini, macam klinik kekdahnya. Tapi, ni sebab ada baraan malam tadi, tu yang aku susun ke tepi sumernya.
Kesian tempayan aku. Terpaksa duduk bawah meja tuh. Setahun aku tunggu encik suami menebang buluh, tak tertebang2. Padahal, banyak je pokok buluh kat belakang taman aku nih. Alasan yang tak boleh tahan, "nanti abang jumpa puteri buluh betong, cemana?" Haihhh...
Kalo tengok deco bersama eric kan dia ambik shoot dari celah2 bunga la, bawah meja la, kan? Konon aku nak buat ler cenggitu. Siap tertonggeng2 nak shoot dari bawah. Tapi, tak geti nak setting cemana. Kemre tu fokus kat bunga tu la pulak.
Itu lah 3 ketul lampu ikea tu. Comel je aku tengok.
Satu lagi shoot yang entah apa2 entah. Good try good try
Last but not least, koleksi seramik ala omputih kampong
Sekian sahaja untuk kali ni. Mudah2an dapat memberi inspirasi kepada anda yang ingin mendeko rumah. Nak masuk majalah, komfem la tidak. Apatah lagi nak masuk peraduan deko deko deko. Jadi, sendiri tayang kat blog je lah.
Selamat mendeko!
p/s entry ini ditaja oleh filem anak halal (kat tv) hihi
p/s2 eh, blogger nyer (view blog in a new window dah baru laaa. tapi dia open entry tu sahaja, bukan blog keseluruhannya)
5 komen:
Porch depan tak amik gambo ker?
Nice house..Eric Leong tengok mesti nangis punyer..
Selamat Hari Raya & maaf zahir & batin..
yayu : porch takde perubahan.
nohas : nangis kegembiraan takpe, jangan dia jadikan calon rumah terburuk dalam tv sudah...
selamat hari raya & maaf zahir & batin too.
mmg cantik umah kau...mcm hotel sri malaysia....
luna: huaaaaaaaa!!! pandai ko kutuk berlapik ek uhuk. sadis sadis...
Post a Comment