Sunday 4 October 2009

Kempunan Open House Kak Ita

Tak tau lah, nak merajuk ke, marah ke, kecewa ke, rasa bersalah ke, nak baling cherry ikot tingkap ke, nak sepak modem adsl streamyx ke atau nak terminate line telefon teros. Yang saya yakin betul, saya sangat menyesal!!! Semalam takkan kembali. Dan esok, perlu memikirkan alasan yang kukuh. Menipu sikit2 dan tepek powder (bedak) tebal2.

Pesalah pertama, pemilik rumah yang baru buat loteng di taman wira. Kedua, kemre beliau kerana mengambil gambar loteng itu. Ketiga, sistem email yang membenarkan beliau mengirim email bergambar loteng. Keempat, cherry yang telah mengdownload gambar loteng itu. Tapi, pesalah utama ialah aku kerana tak suka hasil kerja pembuat loteng itu. Blog pon salah gak sikit2. Tapi kalau nak salah kan dia, kena la boikot blogger seperti mogok mcd, kfc dan pizza hut. 9 bulan beb. Boleh tahan ke tak blogging selama itu? Now, nak salahkan tm pulak sebab menawarkan perkhidmatan wireless broadband di rumah.

Masih takleh terima diri sendiri bersalah. :P


p/s kak ita, please buat open house semula, boleh tak??? setahun saya tunggu open house akak, tapi, tiba masa, ...

0 komen: