Friday, 30 October 2009
Pengalaman Masuk Menara Gading Part 1
Kenapa aku nak cerita pasal pengalaman nih? Sebab keadaan sekarang dah berubah. Semua nyer ict ict ict. Jangan kata universiti, nak masuk sekolah pon kena mohon online. Daftar nama anak je dia lom kasik online ek? That's the beauty of ict la kan. Cuba bayangkan, kawan satu sekolah (tak satu kelas) yang tak pernah umor ber tegur pon selama kita sekolah dulu, sekarang dah boleh sembang2 guna jari jek. Eh, ni dah citer lain dah. Tentang tu nanti kiter citer dalam entry lain eh.
Ok, balik ke topik asal. Transition jenis dissolve.
Aku spm tahun 1996. Masa tu, kat sekolah aku baru je jumpa scanner. Masa tu jugak la cikgu2 dengaan hepinya dah boleh scan soalan2 trial sekolah2 lain dan kasik kitorang jawab. Opsss ni pon dah lari tajuk eh.
Tak lama selepas spm, diberitakan bahawa borang2 permohonan ke universiti sudah dijual dan boleh diisi. Syaratnya masa tu, gunakan dulu result trial yang terbaik. Dalam permohonan itu jugak, dikehendaki lampiran sijil berhenti sekolah. Time tu memang kelam kabut sikit la sebab nak kena pergi sekolah dan ambik sijil berhenti. Tak ingat aku pergi ngan siapa. Saper ek? Tak ingat lah. Yang pasti, aku mohon cuti (kerja kilang) dengan alasan yang sungguh la pelik tapi benar. Aku bagitau, kad giro aku kena telan kat atm bsn kat kluang dan aku perlu mendapatkannya kembali di sana. Bernas tak bernas? Orang kalo dah desperate, macam2 alasan, kan? Aku juga tidak terkecuali hihihi. Kalau nak diikutkan, sepanjang hayat ku ini, banyak lagi alasan2 yang pernah aku buat dalam keadaan terdesak sebegitu.
Jadi, pada hari kejadian, aku pon pergi lah ke semejay. Isyyy tak puas ati la kalo tak tau aku pergi ngan saper. Tapi memang lost la. Eh, bukan lost, hidden kot memory tu. Eh, pagi tadi kat sinar kan ada sorang caller bernama amin ni cakap, malam tadi dia buat satu projek video. Tengah final stage nak render kot, tetiba hilang plak semuanya. Cikgu kalo aku tak silap. Dia nak present projek tu kul 9am tadi. Tu yang tengah emo tak tau nak wat cemana. Pastu ramai la yang kasik tips nak menyelesaikan masalah tu. Siap ada tu, suh bukak my recent document. Nak tergelak aku. Takde la, memang la benda tu sangat basic, kan. Tapi aku rasa kalo orang yang tahap buat projek video, takkan lah tak tau pasal my recent document, kan? Tapi tak mustahil jugak hehehe. Ramai orang hebat2 yang tak tau basic kan. Atau pon, dalam keadaan si amin tu yang dah gubra tu, benda basic pon bleh terlepas pandang kot. Kul 2 pagi tu kejadian berlaku. Mana tak sewel jadinya. Kalau aku tu, tah2 dah pengsan 2-3 kali kot. Pengsan ke tido eh?
Ada sorang lagi tu pulak cakap, maybe virus dah hidden kan fail yang dia buat tu. Dia suh cari kat hidden file option. Yang tu mungkin la jugak kan. So, itu lah yang ingin aku sampaikan hehehe. Citer tadi kan pasal memory yang hidden kan? Ingat lagi tak topik perbualan kiter tadi? Anyway, aku harap cikgu amin dah jumpa fail itu atau pon dah lepas menjawab ngan pengetua dia hahaha. Eh, tah2 cikgu amin tu cikgu yang guru kelas aku yang gambarnya aku tepek kat entry arituh tak?
Ok, kiter balik ke tajuk asal. Berapa kali nak balik da... Biler nak abis cerita nih?
Jadi, biler aku pergi ke sekolah, jumpa la jugak ngan beberapa kawan yang sama maksud. Yang musykil tu, pengetua pon dah tukar. Aik? So fast hah? Ok, abis bab ambik sijil berhenti. Pada zaman tu, borang2 permohonan ni kiter kena beli kat post office. Aku, biasa lah, ada runner tolong belikan hehe. Kalo tak salah, borang upu tu rm22 regenya. Eh, itu ingat pulak? Biasalaaa. Orang mata duitan, bab2 duit ni memang sentiasa ingat kehkehkeh.
Semasa mengisi borang ni, kami ada gak buat discussion. Tapi biler dah siap isi, aku takde la tanya ngan encik hairul, u mana yang dia mintak. Cuma tau sama2 ambik electrical utm la. Aku ada mintak accountancy uum. Pilihan ke-5 kot. Masa tu bleh pilih 5 universiti jek. Aku ni punya lah suka subjek prinsip akaun. Sejak form 2 lagi aku dah suka belajar tajuk akaun dalam kemahiran hidup. Masa spm, dalam ramai2 budak genius dalam sekolah aku tu, aku gak yang dapat anugerah pelajar terbaik prinsip akaun tau. Kira subjek nicche aku la tu kot. Tapi dah tau, komfem tak dapat uum punyer. Kalo dapat, musti aku dah jumpa luna kat sana ek? Aku mintak2 ayam je hihihi. Tak sangggup berpisah kononnya. Uwek! ;) Kalau dapat pon, komfem tak pergi :( Sedangkan utm yang sepelaung tu je pon takleh pegi, inikan pula yang berpelaung2 kan.
Jangan marah haaa. Kiter sambung kemudian. Banyak lagi nak citer nih :)
Hasil karya AyunasiA pada 1:55 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment