Baraan di taman ku bermula pada 1hb yang lalu. Setakat 4 hari ni, aku dah ponteng sehari. Tu pon gara2 merajuk hari sabtu arituh huhuhu. Merajuk memang rugi kerana kau akan lapar. Dah lah siang tu kempunan nasi dagang ngan lontong, malam pulak, makan megi jek uhuks. Sedey tau.
Kebetulan pulak, petang tu ada cite akele hum akele tum yang aritu aku cite aku nangis giler2 tu. Kali ni tengok dari mula. Elok beno la tu. Nangis tengok hindustan campur nangis kempunan, jawabnya bengkak mata ler. Huuuuuuuuuu.
Belah malam tu, sedang orang lain baraan, aku gosok baju. Siap 32 pasang baju aku gosok muahahaha. Tu pon ada beberapa pasang lagi yang tengah sidai, aku tak gosok. Apa maknanya? Maknanya, dekat 2 bulan ler aku takyah gosok baju ek? Yahoooo!!! Indahnya... Jangan gembira sangat. Tu yang aku gosok tu sebenarnya baju aku je. Mogok, takmo gosok baju dia kehkehkeh. Padan muka. Gosok sendirik! :P Tapi, padan muka kat aku jugak la sebab pasni, komfem aku kena gosok berganda2. Yang terindah hanya sementara la cenggitu ek.
Semalam, aku bangun2 je, tengok encik hairul takde. Mana hilang? Lari masuk batu belah batu bertangkup ker? Eh, sape yang kempunan nih? Ooo alah. Lupa plak. Kan dia ada test pagi nih.
So, aku pon operasi mengemas ler. Siap mengemas, masak. Siap masak, nak makan, tengok2, encik hairul dah tertido. Kesian pulak. Sampai tertido tunggu aku masak hikhikhik.
Dah 2 hari memerap di rumah, malam tadi, aku pegi baraan. Hujan pulak. Keje bukak tutup payung je lah. Akhir sekali, makan soto ayam. Dah 2 malam makan soto. Tapi yang ari jumaat tu memang sedap soto dia.
Selain bermarhaban, ini lah masa yang sehsuai untuk mencari inspirasi untuk menghias rumah. Erkkk ke aku sorang je yang berbuat demikian? Alaaa bukan susah. Scan je lebih kurang. Tapi, setakat ni, aku masih tak jumpa deko yang betul2 memikat hati. Derang niii, asal boleh je tau.
Pagi tadi, nak pegi keje, hati dah sejuk, cium tangan suami. Elehhh jual mahal pulak. Nyampah! Sape yang sepatutnya merajuk tah.
p/s merajuk sebab lain tu sebenarnya kuikuikui
Monday, 5 October 2009
Baraan Sambil Marhaban
Hasil karya AyunasiA pada 10:07 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
Merajuk sebab loteng ker?
hahaha a'ah. budus jek.
Post a Comment