Monday, 12 October 2009

Jamuan Rumah Tertutup (ala2 konsep kejohanan badminton tertutup gitu)


Selepas gambar mee siput, aku tepek gambo mee yang menjadikan mee siput. Kalo sesaper tak tau, mee siput tu dibuat dari mee kuning ni lah. Dia keringkan ke gitu la kekdahnya. Kengkadang orang panggil mee sanggul.

Sabtu, pepagi lagi aku dah rebus daging. Sempat la tido sekejap mentara nak tunggu daging tu empuk kan. Sambil2 tu jugak, rebus cili kering. Tuh, mee siput tu nak dilawankan dengan apa kalo bukan sambal tumis? Nak buat sambal kicap, cam tak geti sebab yang pernah aku makan tu tak macam sambal kicap biasa tuh. Jadi, kiter buat apa yang kiter geti je lah.

Memula sekali aku masak sambal tumis. Sedap nyerrr makan mee siput ngan sambal tumis ek? Tambah pulak kalo sambal tumis tu sedap, pergh! Tapi aku nyer sambal tumis, seadonya ajer la. Siap sambal tumis, baru lah menumis kuah mee itu. Mee apa yang aku masak? Rahasia! saje takmo kasik tau. Macam bagus.

Dah siap masak mee, baru lah buat aksesori2nya. Celur mee, potong buah, buat air dll. Apa yang lain2 tah. Siap sumer, tak sempat aku mandi, student2 encik hairul dah sampai. Kelam kelibut aku mandi. Takde la ramai sangat. Dalam 20 orang gitu je. Jemput budak2 p.a. je. Lepas derang balik, kami terus pegi open house rumah end lot. Ooo cikgu ropanya. Rajin tanam pokok daun. Makan nasi tomato, sate dll. Masaklahnya gi open house ni, susah nak jumpa air panas. Terpaksa lari balik rumah untuk minum.

Tak lama lepas kami balik, baru lah student aku lak datang. Heeeee memang bikin hangin jek. Kiter tak ajak, sibuk tanya, biler puan biler puan. Kiter dah buat, takmo datang pulak. Macam2. Nak suh aku buat makan2 hari keje? Tak kosser. Seciput je yang datang. Tu pon ramai budak utara yang memang tak balik kampung weekend2 cenggini. Last2 aku tapau kan je untuk yang lain.

Time derang datang tu pulak, yayu pon sampai. Derang dari muo, nenek najib meninggal. Jauh gak tuh. Selesai sumer balik, aku pun mengemas. Pung pang pung pang, malam pon tak siap kemas.

Esok pagi, sambung membasuh. Lepas yayu balik, terus aku vakum dan mop. Tak abis di situ, basuh plak toilet. Adoi yaiiii sakit pinggang aku. Selesai semuanya lebih kurang kul 2.30pm. Mandi siap2, pegi open house kat jalan 3. Member abang yang dulu kami gi kenduri kawen dia kat jb. Makan nasik ayam. Dan jajan mamee hihihi.

Balik dari rumah tu, asar dulu, dan terus pegi bp. Baru aku perasan yang aku dah lama tak soping barang dapo. Perasan biler plastik sampah dah abis. Salu guna plastik pasifik. Pegi bpmol. Lepak dalam popular lama jugak. Aku belek buku sulaman benang. Takyah beli ar buku tu. Dah boleh faham dah. Kedekut. Biler roh sulam benang nak mari nih? Nak kena cari benang dan jarum dulu kot. Pasni, bersedia lah tudung2 polosku. Akan ku tepek ngan sulaman benang. Kalo jadik la. Kalo tak, nampak gaya cam kena beli gak buku tu huhuhu.

Keluar dari pasifik, dekat pukul 7pm. Konon nak makan sup sitam. Sebelum tu singgah maghrib kat masjid lama. Sekali pergi, alahaiiii tutup pulak. Takde rezeki nampaknya. Aku dah siap terbayang2 ke best an menghirup sup ketika demam begini. Apakan daya. Konon nak makan bubur ayam je kat parit raja. Ponnnn tutup jugak. Langsung ke warung har har harun je lah. Ayam goreng di situ adalah sangat sedap. Tak pandang kfc dah.

Balik rumah, iron baju pulak. Hadoiiiiiii. Ngantuk laaaaaa...

Ok, tengok gambar pulak.

Kuah mee xxx


Student encik hairul


Mana satu yang tumpahkan air? Aku ingat kalo tak ajak budak kecik, takde la tumpah air kan. Ropanya, ada jugakkk.


Makan mee siput?


Si kenit yang datang dari jauh


Holohhh bulat nyer mater. Asal di agah je, senget2 mulut cuba nak bercakap sampai berkerut2 muka


Dah pandai tengok tivi


Yayu and co.


0 komen: