Tahukah anda, orang yang merokok tidak boleh berhenti merokok secara tiba2? Tak tau? Aku pon tak tau. Semalam. Tapi, hari ni dah tau. Sebabnya, ada sorang opismate aku ni, semalam dia warded sebab sakit dada kot. Selepas doktor menyiasat, ropa2nya, didapati kawan ini telah berhenti rokok secara tiba2 baru2 ini. Tak boleh eh ropanya. Kira badan tu terkejut arrr, tu yang sakit dado den tu. Memula doktor tanya, awak isap berapa batang satu hari. Dia cakap la, 20. Pastu, doktor suh kurang kan dulu 15 batang. Bulan depan, 10 batang dan bulan depan lagi 5 batang, kendian baru boleh stop. Ooo cenggitu. Aku tak ambik tau sangat sebab suami ku tak merokok. Abis citer tuh.
Aku baru balik dari baraan. Kali ni, kat jalan 2 iaitu jalan rumah sewa lama ku dulu. Rumah makcik gedik tu la. Nak jugak mention nama dia kan. Sabtu lepas, yang aku tak pegi tuh, dah masuk rumah tu. Arini sambung lagi sebab jalan tu rumahnya banyak. Kena buat 2 hari. Selepas pergi untuk 4 hari nih, baru aku perasan, orang pempuan jalan aku ni kan, takde pon yang pegi selepas hari pertama arituh. Ada la sorang selain aku. Selebihnya, non ado. See? See? Saper kata aku sorang je yang tak campor orang kihkihkih. At least aku pergi jugak, walo pon tak de lah nak huhahuha gossip2 bagai. At least aku masuk gak setiap rumah dan bermarhaban. Tak macam orang lain yang lepak kat luar rumah, time orang nak kuar, baru derang masuk salam tuan rumah. At least aku aminkan jugak doa kesejahteraan tuan rumah. Aku dah tau sumer nama tuan2 rumah tu, walo pon sejam kemudian, aku pon dah lupa hihi. See see see!!! Alahhh, bukan susah pun. Masuk rumah, salam, marhaban, doa, jamah kuih sket, salam lagi dan jalan. Susah ker? Abis semua rumah, makan lagi dengan banyak nya. Dah la setiap rumah dah makan seketul epok2. Dah hujung2, makan ayam goreng bersalut tepung lagi.
Ikut kan hati, memang la malas nak ikut tiap2 malam. Balik rumah dah pukul 11 lebih, besok pagi nak drive. Sampai menguap2 aku dalam kelas tau. Tapi, bila difikirkan, setahun sekali jek. Minggu ni je. Pastu, tunggu la tahun depan pulak. Ada banyak hari lagi boleh tido kan. Eh, tahun depan? Mungkinkah? Pastu pulak, aku sepatutnya bersyukur sebab negeri ku ini mempunyai tradisi ini. Tempat lain mana ada. Open house, mana2 tempat ada. Namun, nak mengunjung dari rumah ke rumah sambil marhaban, kat sini je ada. Syok aperrr... walo pon aku ada agenda sampingan hihihi.
Untuk rekod, baki puasa ganti aku setakat ini ialah 4 hari. Best nyer, kan? Korang makan la puas sekarang. Sok dah bulan rejab syaaban, time korang sibuk2 nak ganti poser, bior aku pulak yang makan puas2 depan korang ngehngehngeh.
Monday, 5 October 2009
Perokok + Baraan Lagi
Hasil karya AyunasiA pada 11:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment