Saper pernah main benda alah nih? Benda ni juga adalah satu lagi benda yang aku temui pada hari raya tahun ini. Sebenarnya dah lama ada kat rumah tu, tapi baru aritu derang main depan aku. Siap ada 2 bijik lagi.
Oleh kerana ianya macam best, suami ku pon teruja la nak membeli. Pegi kat kedai permainan kanak. Jumpa yang ori jenama rubiks nih. Rege lebih kurang rm30. Mahal la kan. So, carik pulak kat kedai cikai2. Dapat la rm8 ke gitu la lebih kurang. Takde beza pon, sama aje. Penemuan benda ni kat kedai cikai telah membuktikan bahawa, tiada benda yang china tak buat.
Aritu masa aku nak beli motor mesin jahit, pon jumpa made in china. Dari sekecik2 benda, sampai la ke sebesar2 benda, sumer derang boleh buat.
Dengan adanya benda alah ni, aku dapati, suami ku sentiasa memegang benda ini di mana2 sahaja di dalam rumah. Bangun cube, nak tido pon cube jugak. Siap print tuh dia punya hint dan tips. Siap ada formula bagai. Aku dah try part yang last layer jek. Memang menjadi kalo ikut formula tuh.
R' F U' RUF bla bla bla. Gitu la formulanya.
Thursday, 8 October 2009
Rubiks Cube
Hasil karya AyunasiA pada 4:22 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment