Friday, 16 October 2009

K.E.B.A.L.


Ingat lagi kempen kebal dolu2? Sekarang dia panggil kempen reben pink eh? Tah, aku pon tak tau sangat. Yang aku tau, tiap2 bulan kena check sendiri. Tu pon kengkadang terlupa gak. Takut pon iyer jugak. Ye lah, kiter ni kan sihat walafiat kan. Kalo tetiba ada something ke haper kang, tak pepasal jadi takut.


Tapi, beberapa bulan yang lepas, sebelum puasa gitu, tiba2, aku rasa ada something di dada ku. Suspen toksah citer la. Awal2 tu, asik piiiiiiiiiiiiikir jer. Sampai takleh tido pon pernah. Tapi, nak pegi check ngan doktor, takut pulak. Bukan takut ngan doktor, takut apa yang difikirkan tu benar.

Mula2 tu aku ingat nak diam2 jek buat takde apa2. Tapi, nak sorok cemana, kan? Dah tentu2 encik hairul akan tau jugak kihkihkih. Sejak tu, dia pon sibuk la suh aku pegi klinik. Tapi tak tau nak pegi klinik mana. Klinik kesihatan ke, klinik swasta ke, klinik pakar ke, klinik wanita ke (ada ker?), klinik lppkn ker? Yang aku pulak, takut. Dah tentu2 la aku pikir the worst kan.

Dalam pada berfikir tu, aku terpikir jugak, cemana kalo apa yang aku pikir tu betul. Buatnya kena bedah ke haper ke aiyokkkkkkkkkkkkkkkk takut lorrr. Encik hairul pulak cakap, kan ada insurans, leh cover. Memang ler dari sudut kewangan dah lepas dah. Tapi, dari sudut diri aku sendiri? Camne? Pastu, mula la, why me? Why??? Pastu, remind balik, adakah aku salu makan benda2 yang menyebabkan risiko tersebut? Eh, memang kekadang tu ada curik2 makan kulit ayam. Huaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

Aritu pulak, aku tertengok rancangan apa kata wanita. Dia jemput azean erdawati dan cerita pasal kes dia lah. Menurut beliau, memang beliau seorang yang menjaga kesihatan, tak tinggal senaman setiap pagi, jaga makan segala, tapi tetap kena jugak. Menurut nya lagi, maybe sebab gaya hidup beliau yang selalu stress lah yang menyebabkan beliau menghidap penyakit itu. Dengar cenggitu, lagi la aku takut weiiiii. Tu dia yang jaga makan dan senaman tu. Aku ni? Jangankan senaman, makan pon main belasah ajer. Tambah la lagi aku takuttt.

Dari sebelum puasa, membawak ke puasa, aku masih tak pergi klinik lagi. Last2 aku cakap kat suami, kiter pergi lepas raya je lah. At least, time raya nanti, kot la kalau betul, takde la aku berhari raya dalam duka kan. Nak raya sakan2 gak.

Abis puasa, masuk raya. Sampai ke hujung raya dah nih, aku tak terpergi2 jugak. Minggu pertama naik keje tu, suami ajak gi ari jumaat, aku ada audit stor. Minggu lepas pulak, kan aku ada gi klinik dan dapat mc tu kan? Pon aku tak tanya kat doktor apa2. Padahal tinggal bukak mulut jek. Balik rumah, konon petang nya nak pergi klinik kesihatan parit raja ni, tapi aku dah terpengsan lepas makan ubat plak. Memang ada dengar suara encik hairul kejut, "kata nak pegi klinik, jom la bangun." Ponnnnn aku buat2 tido jugak. Eh, bukan buat2 tido. Memang tengah tido, tapi malas nak bangun. Kononnya dengan tido tu, kira selamat la kan.

Hari, aku pergi klinik lagi. Selesema dan batuk yang minggu lepas tak baik2 lagi. So, aku ajak suami pergi klinik. Boleh je pergi sendiri, tapi takut jadi cam minggu lepas, tak tanya doktor jugak. Buang karen betul. Makanya, lepas kelas kul 9.30am, encik hairul ambik aku dan kami ke klinik nur lagi. Siap daftar sumer, aku pun menunggu la kan.

"Abang ikut masuk tak?"

"Tak yah la, ayang kan dah besar."

"Alaaaaa takut la. Dah berdebar2 nih." (kalau laaa aku pergi ni sebab nak check pregnant ke tak, kan ke best ek?)

Tiba giliran aku, Forty, Norasaiyah B.T M.D. A.S.P.A.N. Room one.

Apa punya sistem daaa. Sebut nama kau pon tak geti.

Aku pon masuk jumpa doktor. Doktor yang sama ngan minggu lepas.

Dup Dap Dup Dap...



3 komen:

Pnut said...

asia..mane langsirnya yang dikatakan itu,..entry kat mana?? meh kabo meh...

AyunasiA said...

hehe netry deko deko deko atau curtain.

adipro said...

moga ko dpt kurniaan istimewa dr Allah. bynk doa dan usaha.

org ada kata, kasik mkn telo ayam kampong bynk2. petua la tu agaknye kot..