Hari ni masuk 3 hari aku takde mouse. Puas dah aku cari keliling rumah, tah mana dia sorok tah. Macam tikus gak pe'el nyer. Dah lah aku ni terkial2 kalo guna touchpad nih. Aku tengok encik hairul tu, laju je guna touchpad nih. Kebergantungan terhadap mouse yang tinggi kot. Tapi aku tau sebab, kenapa aku tak jumpa mouse tuh. Biasa arrr, ayat cinta standard, berdua lebih baik hihihi. Kerana, dah 3 hari jugak la aku takde, eh, encik hairul takde. Dia gi kontan. Tinggallah aku sensorang.
Eh, tak jugak sensorang sebab abang epet datang. Dia kena jaga exam kat kluang seminggu. Sekolah ada kasik bilik. Tah, bilik warden ke haper tah. Tapi kosong. Bosan arrr kan. Datang umah aku leh gak tengok tivi. So, sejak khamis lepas dia datang. Jumaat dia balik mersing. Isnin aritu dia datang lagi, sampai esok.
Kesian dia. Ari isnin aritu dia abis keje tengahari. Sekolah, kan. Nak tunggu aku balik kul 6 tuh, dia tido kat 2 masjid/surau. Satu kat kluang. Satu kat rnr simpang parit botak. Dah la rnr tu ala2 jek. Kotor lak tuh. Jadi, esoknya aku kasik kunci pintu belakang.
Pagi Selasa tu pulak, hujan lebat. Dalam 6.25am gitu, abang epet kejut aku. Aku biasa banguun 6.35am. Rupa2nya, kete dia takleh start. Aku ni ngan mamai2, nak ambik kunci kancil, terambik kunci rumah. Sibbaik ada jumper kat kancil. Biasanya, kalau dah ada pengalaman, kiter memang akan beli jumper tu. Sepatutnya AH pon patut ada benda tu satu tau. So, aku undur kancil dan kami buat jump start. Fuh! Sibbaik idop. Petang semalam, dia pergi cas bateri kat kedai tayar silverstone. Kena tunggu 2 jam. Jadi, untuk membunuh masa, satu parit raja tu lah dia round. Setiap kedai dia masuk, katanya hihihi.
Malam tadik, katanya, encik hairul nak balik. So, pukul 8pm gitu, aku call la, dah sampai mana? Boleh? Dia tak jadik balik malam ni sebab penat? Bukan masalah penat tu yang bikin hangin. Masalah tak bagitau tu. Ye ye lah aku ni ingat dia sampai kul 10pm. Nyampah! :P
p/s kiter tengok apa buah tangan yg dia bawak balik...
Wednesday, 21 October 2009
Hidup Tanpa Tikus
Hasil karya AyunasiA pada 12:36 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment