Monday, 26 October 2009

Sakit Kepala, Idea Pon Sakit Jugak


Aduh! Sakit kepala ku. Ari sabtu aritu aku dah beli dvd citer da vincci code ngan angel n demon. So, malam tu aku pulun ar tengok da vincci tuh. Sampai kul 1.30am baru selesai. Dah tido lambat, bangun nya pon lambat la jugak. Tu yang buat sakit kepala tu. Sampai arini masih sakit kepala lagi. Adoi laaa menyesal tak sudah. Lenkali jangan buat lagi ok?

Ari sabtu tu aku keje. Alaaa kan aku ada cite aku kena keje ganti untuk raya haji kan. Dah selamat dah. Tapi memang terasa la hari tu ialah hari sabtu. Kelas aku kul 8 tu pon 6 ketul je yang datang. Daripada 17 orang. Sesuka hati.

Oleh kerana kelas yang diganti ialah hari khamis, maka, aku pon rileks je lah selepas kul 9.30 tuh. Sambil2 tu, aku mengintai dari tirai kamar, kerja2 merenovate cafe sedang rancak dijalankan. Tengok tu, dia tengah tuang simen. First time aku tengok lori simen ni menuang simen.




Lepas keje, kami pergi bandar. Abang memang ada keje kat crystal inn. Memula pegi pasar malam. Kendian gi bukit pasir. Beli dvd. 4-rm20. Murah la tu kan? Pastu terus gi bpmall. Jumpa benda ni kat dalam. Waaaa ada funfairrr.



Tido ke haper pompuan nih? Ada demo solekan pengantin ke haper tah. Masa baru sampai tu nampak pompuan ni tengah set2 rambut. Time nak balik, dah pejam mata pulak.


Hari ahad, kepala dah senoneng semacam, malas nak masak. Malam, keluar makan kat tepi wellward. Makan ini. Sedappp...


Untuk ku, wajib la kambing. Tambah la pening pusing senoneng nenoneno kepala aku.


0 komen: