Malam tadi kan malam jumaat kan. Wahhh terus bulat mata nak baca ek. Hep! Kan kat tv1 kan ada forum perdana ehwal islam tajaan bankislam, yayasan islam terengganu, umt, jakim dan rtm kan. Tengok tajuk nya memang aku tak paham. Ropanya derang diskas pasal politik dan teknik membuat kraftangan menggunakan jerami padi serta kekdah membuat lipatan origami. Aik? Ni forum perdana ke haper? Alaaa korang cantum2 kan la perkataan2 tu. Ada paham???
Panel2 nya terdiri daripada dr ridhuan tee, ustaz farid ravi dan ustaz yb (tak tau nama, tapi dia seorang yb la). Comel jek, pengerusi nya gelarkan dr ridhuan tu 'pencinta wanita' dan ustaz farid tu 'suami romantis'. Sebabnya, dalam forum tu, dr tu asik membela wanita jek. Yang ustaz farid ni pulak memiliki senyuman yang manis dan nampak romantis.
Antara point yang aku ingat...
1. Pempuan2 cuba tanya kat suami, adakah suami ada perasaan nak kawin 2? Kalau jawabnya ada, sila jangan melenting dulu sebab itu telah membuktikan bahawa suami anda adalah normal. Sebaliknya, tanya lagi, adakah suami anda nak kawin 2? Kalau jawabnya ayang laaa satu isteri abang, takde 2 nya. Masa ni, bersyukur la. Motifnya, lelaki yang normal memang mempunyai perasaan untuk berkahwin banyak. Cuma samada dia nak, atau tak nak, itu yang membezakan mereka.
2. Kita selalu dengar ceramah (dia sebut ustazah, tapi tak sebut nama) yang mengatakan, kita sebagai wanita ni, bila suami balik keje, jangan la pakai baju kelawar, pakai bedak sejuk. Suami masuk rumah je, terus kasik air, kasik rotan dan selak peha. Selalu dengar cenggitu kan? Tapi, suami pon, tengok la dulu. Anak ada berapa orang? Kalau anak 5-6 orang, sorang nak berak, sorang kencing, sorang nak makan, sorang melalak, sorang jatuh tangga, mana nak sempat pakai cantik2 bagai? Kena la ada toleransi. Dah tau macam tu, cuba gi dapur sendiri, buat air untuk isteri sekali, minum sama2, baru lah harmoni.
3. Sebaik2 lelaki, bukan lah lelaki yang baik pada pandangan masyarakat, sebaliknya, sebaik2 lelaki ialah lelaki yang baik pada pandangan isteri dan ibu bapanya.
4. Statistik tahun 2007 menunjukkan, terdapat >20k kes perceraian. Bermakna, ada >20k ibu tunggal pada masa tersebut. Kenapa lelaki2 ni tak carik yang 20k ni untuk dijadikan isteri ke 2? Kalau kata nak ikut sunnah, sepatutnya ambil la mereka2 ini sebagai isteri.
5. Salah satu sebab wujudnya masalah dalam kes2 poligami seperti tidak mendapat kebenaran isteri pertama ialah kerana lelaki2 ini mencari kekurangan isteri sebagai alasan untuk berpoligami. Padahal, mereka memang dah ada aweks siap2 dah.
Alamak, lemah daya ingatan laaa. Kalo ada lagi aku tambah ek.
Friday, 30 October 2009
Bantal Lama Tilam Baru
Hasil karya AyunasiA pada 10:17 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment