Friday 9 October 2009

Kerja Ganti

Berita baik ker berita buruk neh? Bagi aku, lebih banyak baik banding ngan buruk. Wah wah! Adakah aku sudah layak dicalonkan sebagai pekerja cemerlang? Tak kisah lah tu.

Ada pon, memo sudah pon keluar dimana, kami akan bekerja pada hari Sabtu 24hb Oktober ini bagi menggantikan hari Khamis sebelum raya haji tuuu. Kan raya haji ari jumaat kan. Kiranya, sempat ler kiter potong daging dan rebus ketupat di kampung kan. Kalo tak tu, tengah malam raya baru nampak bayang. Ehhh cop cop cop! Itu aku yang cuti. Cemana ngan encik hairul? Ah, tak kira, kiter paksa dia cuti ari khamis gak. Nak raya umah saper? Haaa sibbaik ada alasan nak ugut. Kali ni aku ingat nak masak rendang siap2 kat rumah. Baru la dapat menambat hati ibu mertua kannn. Aku kan ala2 pasrah sudah kerana kurang mendapat kasih sayang ibu mertua kan wakakakak. Kesian ko.

Walo pon aku memandang berita itu sebagai berita baik, student aku berpandangan sebaliknya. Sebabnya apa? Isy, aku nak cakap pon bikin panas ati jek. Sebenarnya pada 23hb - 25hb Oktober itu akan berlangsungnya motor gp di sepang uolsss. Dan student2 aku ni dah booking tiket dah. Nampak gaya macam derang rela ponteng 5 slot itu. Siap dah kira2 tu, berapa % dah derang ponteng. Maklum ler... lebih 20% takleh masuk final exam. Pepandai la korang jawab eh. Aku tak jamin.


0 komen: