Ingat lagi tak kes ibu mengandung yang diragut kat ayer hitam kemudian meninggal itu ari? Ingat kan? Kan katanya peragut tu dah ditangkap kan. Kononnya kes selesai kan? Pastu kan kononnya budak tu asalnya budak banang kan? Apa ke benda banang tuh? Banang tu ialah satu taman perumahan kat area opis aku ni hah. Kiranya ramai ar opismate aku yang duk situ. Masa nak tangkap budak tu memang ada road block kat depan opis aku ni.
Apa point yang ingin disampaikan di sini? Ok, apa perasaan uolsss biler tau penjahat sudah ditangkap? Feh! Lega. Kan? Kira boleh menarik nafas lega la kan?
Hello!!! Orang batu pahat sekalian, sila tarik nafas tak berapa nak lega semula. Kenapa? Kerana entah macamana punya siasat tah, tiba2, budak itu sudah dibebaskan la pulak. Takde bukti ke haper tah. Ya uolsss. Lelaki itu sudah bebas di bumi batu pahat ini semula. Jeng jeng jenggg...
Aku pon tak paham. Bukan ke aritu derang cakap budak tu yang tunjukkan tempat dia campakkan beg wanita yang diragut itu kan? Cemana boleh takde bukti pulak nih? Haiyaaaaaa... Atau, sebenarnya, bukan budak tu yang ragut, tetapi orang lain dan kiter sebenarnya tak sepatutnya menarik nafas lega sejak dulu lagi.
Meh kiter gosip2 lagik. Dengar citernyer lagi, eh eh dah rupa gaya kepochi plak aku nih. Bukan apa uolsss, nak suh korang berjaga2 nih. Gini, dengar citer, budak ni dok ngan femli tau. Mak abah atuk nenek ke gitu la. Pastu, derang citer, mereka, ya mereka satu femli ni didakwa (oleh orang ramai) melakukan siri rompakan secara berjemaah tau. Katanya, nenek dia pukau, derang anak beranak yang bolot itu harta benda orang lain a.k.a rompak. Kira macam femli bisnes gitu ar. Tah, tu derang citer. Kalau derang tipu, aku pon tipu korang gak la hahahaha.
Astaghfirullahal'azim...
Thursday, 22 October 2009
Peragut Wanita Mengandung Itu
Hasil karya AyunasiA pada 10:27 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment