Malam tadi, sebelum pergi baraan, aku sempat merepair baju raya aku yang pink tuh. Aku pon pelik kenapa aku tak test dulu baju tu dulu sebelum dipakai. Padahal, kalo ikut pe'el aku, asal siap cantum je baju, terus aku sarungkan ke badan. Dalam kes baju tu, lebar baju tu terlebih 2 inci lagi. Musykil betul ah. Kalau ikut kebiasaan, aku akan potong basi 1 1/2 inci. Maknanya, kalo lebar bahu aku 13.5 inci, maka waktu potong tu aku akan potong 15 inci la kan? Ni tidak. Dah siap jahit pon masih lagi 15.5 inci lagi. Huh! Ke baju tu mengembang eh?
Oh, sebenarnya aku bukan nak citer pasal baju tu sangat pon. Yang aku nak citer ialah pasal perasaan aku ketika menjahit malam tadi, iaitu sangat teruja! 3 minggu aku tinggalkan dia, rindu la pulak. Nampak gayanya, boleh la aku membuka kedai jahit mini itu mulai sekarang. Aku namakan mini kerana aku buat benda ni secara kecil2an dan aku boleh ambik tempahan untuk baju kurung johor sahaja. Meh aku potong reben. Tepuk tepuk tepuk!
p/s kadar upah ialah rm30 untuk kurung biasa dan rm35 untuk piping. semua leher tulang belut. mahal tak? ok la tu. tarif tnb pon dah naik compare ngan 2 tahun lepas kannn. gaji pon naik tiap tahun kan... hikhik. anda mempunyai pilihan. jadilah pengguna bijak eh, aku nak bagitau saper neh?
Tuesday, 6 October 2009
Butik Mini Asia. Now Open. Sedia Menerima Tempahan Baju Kurung Sahaja
Hasil karya AyunasiA pada 9:45 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen:
Rasa cam mahal jer....xmo cam mak long ker
isy, takmo ler. tak berbaloi dengan penat.
Hehe..boleh delivery tak?
kos penghantaran ditanggung pemilik baju ar. sila sertakan sampul surat bersetem beralamat sendirik hihi
Post a Comment