Saturday 31 October 2009

Pengalaman Masuk Menara Gading Part 2


Masa pun berlalu. Dan tiba lah masa result spm keluar. Selepas itu, baru lah borang permohonan itm dijual. Masa tu itm tak masuk dalam upu. Bukan universiti pon. Sekali lagi, kena beli kat post office. Haaa yang ni tak ingat regenya baper. Murah la kot. Borang itm ni kita dah boleh isi result spm sebenar. Masa tu kompiden giler bahawa kami akan dapat masuk itm nih. Yang upu tu kira buat ada2 je lah. Tambah lagi kami ada contoh2 terbaik ketika itu. Abang ngah suami ku dulu belajar di itm dan ketika itu sedang buat degree di uk. Eita kakak ku pulak memang sedang belajar di itm. So, memang kepala otaknya tak terpikir nak pergi tempat lain dah.

Dalam masa yang sama jugak, aku dapat offer masuk form 6 di sekolah tun habab. Ramai lah jugak kengkawan yang pegi. Aku dengan kompidennya tak pergi pon. Dah isi 2 borang dah, takkan satu pon tak sangkut kot?

Selain itu juga, beberapa orang kawan dah pon masuk ppp untuk ke luar negara. Jeles banget masa nih. Seronok nya dapat gi oversea ek? Aku je yang terpikir nak mintak. Sekali lagi, tak sanggup berpisah. Uwek uwek! ;) Ada hikmahnya.

Tak lama kemudian, baru lah dapat tawaran. Pada zaman tu, kalo nak tau dapat ke tidak, kiter leh call no 600-xx-xxx yang mahal tuh. Kemudian baru surah tawaran sampai. Memula dapat tawaran u dulu. Aku dapat cos degree electronic engineering di utm skudai, sementara encik hairul dapat diploma electrical (perhubungan) di utm kl. Masa mula2 tu aku punya frust macam nak rak! Marah pon ada sebab aku tak tau pon yang dia mintak diploma. Diploma komfem la kat kl kan. Idop2 aku ingat dia mintak sama ngan aku iaitu degree. Hangin betul la. Dia kata, dia sekolah vokay je, tu yang tak kompiden nak mintak degree tu. Adoiyaiii hampa kecewa teros. Langsung takde mood nak masuk u.

Dalam pada yang sama, aku cuba lah jugak mencari dana untuk membiayai aku daftar masuk utm tu. Yuran dia rm1.6k beb. Mana nak cekau tuh? Aku kompol duit keje kilang pon tak sampai 1k. Calling2 adik badik sumer, kak onnie offer nak bayarkan yuran rm1.6k tu. Tapi, itu je lah yang dia mampu bagi. Tu pon dia nak korek tabung haji dia. Time tu leh kuar kan setahun sekali je dan ada limit kot. Belanja2 lain dan belanja sementara tak dapat scholar atau loan, masih kabur lagi. Sedih sesangat time tu. Ye lah, dah tentu2 la makan minum pakai sumer nak kena pikir kan jugak kan? Buku2 lagi.

Dalam pada sedih2 tu pon, masih ada sinar harapan sebab kami masih ada satu lagi application yang belum dapat jawapan. ITM! Memang tawakal je lah dengan keputusan itm. Kalo tak dapat itm, memang terpaksa masuk utm jugak. Dan terpaksa buat keje part time ambik upah cuci pinggan kat cafe lah kot hukhuk. Dan masa tu memang kami desperately berharap sesangat agar dapat offer itm. Ya ampunnn gelabah beb. Tetiap ari pergi tengok surat kat post mini. Masa tu lom ada postman lagi kat kampung aku. Ingat lagi, aku pergi setiap petang sebab surat salu sampai area nak tengahari dan kena bagi masa untuk derang asing2kan surat2 tu mengikut blok. Makan hari jugakla menunggu tuh.

Dan penantian ku tidak sia2. Tak lama kemudian, aku pon dapat surat tawaran itm. Happy sesangat! Satu sebab komfem boleh pergi sebab yuran murah sajer. rm4++ gitu je. Dua, sebab kalau pon encik hairul tak dapat itm, kl-shah alam tu takde lah jauh sangat hehe. Yahoo!! Sehari, dua hari, tak muncul2 surat tawaran untuk encik hairul. Takkan tak dapat kot? Utm yang universiti leh dapat, takkan itm takleh plak? Kengkawan satu sekolah beliau yang result seadonya pon dapat tau.

Oleh kerana tarikh pendaftaran dah semakin hampir, kami teruskan juga lah dengan medical check up dan segala yang sewaktu dengannya. Untuk medical check up, kami buat di klinik apa eh yang belakang mara tuh? Geetha ker? Masa tu tak banyak pilihan klinik yang ada xray. So, memang berdoyon tiba la orang yang buat mc kat situ. Fendi, ko pon buat kat situ kan? Aku ingat, ko dapat ito masa tu. Masa tu, itm je yang mintak ujian jenis darah. So, aku e'awal lagi dah tau, aku berdarah b positif. (Sila bersedia untuk menderma sekiranya aku memerlukan ek?)

Kengkawan yang masuk form 6 pon ramai yang dapat matrik. Masa tu juga, aku ada rasa sedikit down sebab aku masuk itm untuk ambil diploma. Sedangkan kawan yang lain tu ada yang buat degree dan selebihnya masuk matrik. Matrik tentu lah untuk masuk degree terus, kan? Kesian aku. Tah2 ada yang kutuk aku, harap je sekolah asrama penuh, tapi buat diploma jek? Kesian aku kat diri sendiri :(

Ah, persetankan semua itu. Peduli apa orang nak cakap. Bukan aku tak layak buat degree pon. Aku je yang tak nak (atas alasan2 tadi la kannn). Yang penting sekali, aku tak berjauhan dnegan cinta hati ku kehkehkeh. Sila jangan contohi perangai begini ye hadik2. Sekolah dulu pandai, masuk u sumer, kendian baru lah carik boifren. Kalo nasib baik grad2 je terus kawen. Takyah bersusah2 berpanas hujan berembun, tak pernahku hirau kannn asal dapat memenuhi segala keiniginan lalala (iklan sat, promosi lagu sejarah mungkin berulang tomok nyanyi sambil buat gaya sakit perut).

Bersambung lagi...




Friday 30 October 2009

Pengalaman Masuk Menara Gading Part 1

Menara

Kenapa aku nak cerita pasal pengalaman nih? Sebab keadaan sekarang dah berubah. Semua nyer ict ict ict. Jangan kata universiti, nak masuk sekolah pon kena mohon online. Daftar nama anak je dia lom kasik online ek? That's the beauty of ict la kan. Cuba bayangkan, kawan satu sekolah (tak satu kelas) yang tak pernah umor ber tegur pon selama kita sekolah dulu, sekarang dah boleh sembang2 guna jari jek. Eh, ni dah citer lain dah. Tentang tu nanti kiter citer dalam entry lain eh.

Ok, balik ke topik asal. Transition jenis dissolve.

Aku spm tahun 1996. Masa tu, kat sekolah aku baru je jumpa scanner. Masa tu jugak la cikgu2 dengaan hepinya dah boleh scan soalan2 trial sekolah2 lain dan kasik kitorang jawab. Opsss ni pon dah lari tajuk eh.

Tak lama selepas spm, diberitakan bahawa borang2 permohonan ke universiti sudah dijual dan boleh diisi. Syaratnya masa tu, gunakan dulu result trial yang terbaik. Dalam permohonan itu jugak, dikehendaki lampiran sijil berhenti sekolah. Time tu memang kelam kabut sikit la sebab nak kena pergi sekolah dan ambik sijil berhenti. Tak ingat aku pergi ngan siapa. Saper ek? Tak ingat lah. Yang pasti, aku mohon cuti (kerja kilang) dengan alasan yang sungguh la pelik tapi benar. Aku bagitau, kad giro aku kena telan kat atm bsn kat kluang dan aku perlu mendapatkannya kembali di sana. Bernas tak bernas? Orang kalo dah desperate, macam2 alasan, kan? Aku juga tidak terkecuali hihihi. Kalau nak diikutkan, sepanjang hayat ku ini, banyak lagi alasan2 yang pernah aku buat dalam keadaan terdesak sebegitu.

Jadi, pada hari kejadian, aku pon pergi lah ke semejay. Isyyy tak puas ati la kalo tak tau aku pergi ngan saper. Tapi memang lost la. Eh, bukan lost, hidden kot memory tu. Eh, pagi tadi kat sinar kan ada sorang caller bernama amin ni cakap, malam tadi dia buat satu projek video. Tengah final stage nak render kot, tetiba hilang plak semuanya. Cikgu kalo aku tak silap. Dia nak present projek tu kul 9am tadi. Tu yang tengah emo tak tau nak wat cemana. Pastu ramai la yang kasik tips nak menyelesaikan masalah tu. Siap ada tu, suh bukak my recent document. Nak tergelak aku. Takde la, memang la benda tu sangat basic, kan. Tapi aku rasa kalo orang yang tahap buat projek video, takkan lah tak tau pasal my recent document, kan? Tapi tak mustahil jugak hehehe. Ramai orang hebat2 yang tak tau basic kan. Atau pon, dalam keadaan si amin tu yang dah gubra tu, benda basic pon bleh terlepas pandang kot. Kul 2 pagi tu kejadian berlaku. Mana tak sewel jadinya. Kalau aku tu, tah2 dah pengsan 2-3 kali kot. Pengsan ke tido eh?

Ada sorang lagi tu pulak cakap, maybe virus dah hidden kan fail yang dia buat tu. Dia suh cari kat hidden file option. Yang tu mungkin la jugak kan. So, itu lah yang ingin aku sampaikan hehehe. Citer tadi kan pasal memory yang hidden kan? Ingat lagi tak topik perbualan kiter tadi? Anyway, aku harap cikgu amin dah jumpa fail itu atau pon dah lepas menjawab ngan pengetua dia hahaha. Eh, tah2 cikgu amin tu cikgu yang guru kelas aku yang gambarnya aku tepek kat entry arituh tak?

Ok, kiter balik ke tajuk asal. Berapa kali nak balik da... Biler nak abis cerita nih?

Jadi, biler aku pergi ke sekolah, jumpa la jugak ngan beberapa kawan yang sama maksud. Yang musykil tu, pengetua pon dah tukar. Aik? So fast hah? Ok, abis bab ambik sijil berhenti. Pada zaman tu, borang2 permohonan ni kiter kena beli kat post office. Aku, biasa lah, ada runner tolong belikan hehe. Kalo tak salah, borang upu tu rm22 regenya. Eh, itu ingat pulak? Biasalaaa. Orang mata duitan, bab2 duit ni memang sentiasa ingat kehkehkeh.

Semasa mengisi borang ni, kami ada gak buat discussion. Tapi biler dah siap isi, aku takde la tanya ngan encik hairul, u mana yang dia mintak. Cuma tau sama2 ambik electrical utm la. Aku ada mintak accountancy uum. Pilihan ke-5 kot. Masa tu bleh pilih 5 universiti jek. Aku ni punya lah suka subjek prinsip akaun. Sejak form 2 lagi aku dah suka belajar tajuk akaun dalam kemahiran hidup. Masa spm, dalam ramai2 budak genius dalam sekolah aku tu, aku gak yang dapat anugerah pelajar terbaik prinsip akaun tau. Kira subjek nicche aku la tu kot. Tapi dah tau, komfem tak dapat uum punyer. Kalo dapat, musti aku dah jumpa luna kat sana ek? Aku mintak2 ayam je hihihi. Tak sangggup berpisah kononnya. Uwek! ;) Kalau dapat pon, komfem tak pergi :( Sedangkan utm yang sepelaung tu je pon takleh pegi, inikan pula yang berpelaung2 kan.

Jangan marah haaa. Kiter sambung kemudian. Banyak lagi nak citer nih :)



Bantal Lama Tilam Baru

Malam tadi kan malam jumaat kan. Wahhh terus bulat mata nak baca ek. Hep! Kan kat tv1 kan ada forum perdana ehwal islam tajaan bankislam, yayasan islam terengganu, umt, jakim dan rtm kan. Tengok tajuk nya memang aku tak paham. Ropanya derang diskas pasal politik dan teknik membuat kraftangan menggunakan jerami padi serta kekdah membuat lipatan origami. Aik? Ni forum perdana ke haper? Alaaa korang cantum2 kan la perkataan2 tu. Ada paham???

Panel2 nya terdiri daripada dr ridhuan tee, ustaz farid ravi dan ustaz yb (tak tau nama, tapi dia seorang yb la). Comel jek, pengerusi nya gelarkan dr ridhuan tu 'pencinta wanita' dan ustaz farid tu 'suami romantis'. Sebabnya, dalam forum tu, dr tu asik membela wanita jek. Yang ustaz farid ni pulak memiliki senyuman yang manis dan nampak romantis.

Antara point yang aku ingat...

1. Pempuan2 cuba tanya kat suami, adakah suami ada perasaan nak kawin 2? Kalau jawabnya ada, sila jangan melenting dulu sebab itu telah membuktikan bahawa suami anda adalah normal. Sebaliknya, tanya lagi, adakah suami anda nak kawin 2? Kalau jawabnya ayang laaa satu isteri abang, takde 2 nya. Masa ni, bersyukur la. Motifnya, lelaki yang normal memang mempunyai perasaan untuk berkahwin banyak. Cuma samada dia nak, atau tak nak, itu yang membezakan mereka.

2. Kita selalu dengar ceramah (dia sebut ustazah, tapi tak sebut nama) yang mengatakan, kita sebagai wanita ni, bila suami balik keje, jangan la pakai baju kelawar, pakai bedak sejuk. Suami masuk rumah je, terus kasik air, kasik rotan dan selak peha. Selalu dengar cenggitu kan? Tapi, suami pon, tengok la dulu. Anak ada berapa orang? Kalau anak 5-6 orang, sorang nak berak, sorang kencing, sorang nak makan, sorang melalak, sorang jatuh tangga, mana nak sempat pakai cantik2 bagai? Kena la ada toleransi. Dah tau macam tu, cuba gi dapur sendiri, buat air untuk isteri sekali, minum sama2, baru lah harmoni.

3. Sebaik2 lelaki, bukan lah lelaki yang baik pada pandangan masyarakat, sebaliknya, sebaik2 lelaki ialah lelaki yang baik pada pandangan isteri dan ibu bapanya.

4. Statistik tahun 2007 menunjukkan, terdapat >20k kes perceraian. Bermakna, ada >20k ibu tunggal pada masa tersebut. Kenapa lelaki2 ni tak carik yang 20k ni untuk dijadikan isteri ke 2? Kalau kata nak ikut sunnah, sepatutnya ambil la mereka2 ini sebagai isteri.

5. Salah satu sebab wujudnya masalah dalam kes2 poligami seperti tidak mendapat kebenaran isteri pertama ialah kerana lelaki2 ini mencari kekurangan isteri sebagai alasan untuk berpoligami. Padahal, mereka memang dah ada aweks siap2 dah.

Alamak, lemah daya ingatan laaa. Kalo ada lagi aku tambah ek.


Thursday 29 October 2009

Tajuk

Abang, lapa.

Gi la makan.

Cafe tutop.

Ok.

Ha? Ok? Jom la kiter makan.

Boleh ker? (takde kelas ke? takpe ke kuar kul doblas?)

Boleh je.

Ok abang datang sekarang.

Wow! Wow! Wow!

Ko gi mana asiah?

Gi makan.

Ngan laki ko?

A'ah.

Laki ko datang sini?

A'ah.

Baik nyer laki ko. Datang jauh2 semata2 nak ajak makan.

Ehehehe.

Wow! Wow! Wow!

Abang, lapa.

Tak masak?

Tak (straight to the point jek).

Nak makan apa?

Burger ayam special. (pengaruh berger ba alif ba ya kat cafe world la ni... nom nom nom)

Ok, abang beli sekarang.

Wow! Wow! Wow!

Hidup bagai di syurga. Oh tidak tidak tidak. Dia bukan melayan isteri yang mengidam. Sebenonya nak kena tinggal lagi.

Ari rabu pagi, dapat berita kak ngah (biras) dah bersalin. Baby girl. Tapi meninggal dunia. Baby nya. Tak salah aku, due dia bulan januari. Masa raya aritu kan ada 3 orang bawak perut kat umah pil. Sorang bulan 11, sorang bulan 12, sorang bulan 1.

So, suami ku nak bawak mil gi kuantan la. Malam tu dia balik kota ngan bil. Esok paginya baru gerak ke kuantan sebab fil keje sampai pagi. Malam tadi baru balik kota. Dan pagi tadi baru balik pj semula. Tak sempat jumpa lagi.


Wednesday 28 October 2009

Janji Boleh Je Ko Eh



Aku ingat, orang lelaki je berani mati biler driving. Ropanya orang pempuan pon sama jugak eh.

On the way gi keje, aku adalah jugak tersaing ngan opismate. Salah satu daripadanya memandu kelisa. Fuifoh! Laju giler dia bawak. Laju tu satu hal, berani mati pon ye jugak. Nak kata laju, aku pon laju gak hihi. Sakit ati wooo kalo kete kat depan bawak 60 je pepagi gitu. Salu ar aku ngomel sensorang, woi! Tekan ar minyak tu kuat sket. Tak makan ke haper? Eh, aku pon tak makan jugak, tapi laju tetap laju la. Laju jer, tak pecut okeh... Dah tau diri tu duk kat depan sekali tu, pepaham la kan. Lain la kalo ada bajak ke kat depan ko kan. Eeee pagi2 dah menyumpah orang ek. Aku kalo dok depan, at least mesti bawak 90. Kira wajib ar.


Pastu, aku nyampah tul ngan kete yang baru masuk simpang tapi terhegeh2. Dah tau ko tak sempat panas kan kete, tunggu ar jalan tu clear, baru masuk. Ni kiter dah dekat pon nak masuk. Pastu hegeh2 nak masuk gear. Nak je aku sondol ko (kalau aku bawak kete kebal la). Lagi sakit ati kalo dia masuk depan kiter tu dan belakang kiter clear giler. Weiii tunggu ar aku lepas dulu. Kalo dia masuk dan terus pecut tu aku tak kisah la beb. Ni species sengal la nih.

Eh, apa nak citer tadik? Hah, pasal pemandu kelisa tu tadi. Dari awal2 dia masuk keje kat situ lagi aku dah nampak tanduk dia tuh. Kalo potong, janji boleh jek. Bukan dia kira orang dari arah bertentangan tu kena emergency brake ke, tengah carik barang dalam dashboard ke, tengah morning talk ngan anak yang nak dihantar ke tadika ke blablabla. Yang penting, dia nak punch card 30 saat lebih cepat dari aku huhuhu. Takde beza la.

Tu kalau pepagi. Boleh la dimaafkan kot. Kemaafan dendam yang terindah kannn. Nak kejar punch card kan. Kalo petang, kenapa pulak? Nak kejar bini kah? Atau takut taska charge kalo selepas kul 5.30? Apa2 pon sebabnya, aku rasa takde sebab sebenarnya. Memang pe'el nyer gituk. Eh, baru aku teringat, ada lagi 2 orang lagi pon sama pe'elnya, tapi aku lom nampak dia wat aksi merbahaya la. Orang tu duk dekat je ngan umah aku nih. Yang ni lagi best. Aku ingat aku kuar umah kul 7.15 tu dah kira lambat la kan. Memang salu cukup2 makan je sampai. Derang ni, boleh sempat lagi gi isi minyak dulu santai2. Sebab tu kena laju tu kan?

Pernah baru2 ni, kelisa tadi tu ada bawak kawan ke sedara tak tau la. Tapi memang orang luar yang ada keje kat situ ar. Time balik. Ada satu tempat ni memang line putus2. Tapi, kalo aku, aku akan potong kalo dari jauh lagi aku tak nampak kete dari depan. Sebabnya, selekoh tu pendek jer, walo pon sempat la potong kalo orang yang dipotong tu bawak 50/60. Tapi hari tu, dia potong waktu dah separuh jalan line putus2. Kalo aku memang takkan la sebab takut ada kete dari sebalik selekoh tu datang. Selama ni nasib dia baik je sebab kebetulan takde kete datang. Tapi, kalo dah namanya berani mati tu, dia selamba nak potong jugak. Dia depan aku time tu. Baru separuh kete dia lepas, siunggg datang kete dari depan. Takkan nak masuk gear reverse dan2 tu kan? Terpaksa la dia slow down dan masuk balik. Yang menyusahkan tu, dia masuk depan aku balik. Huh! Kete yang dari depan tu pon dah ke bahu jalan dah. Mesti dia pon gigil gak, kan?


Tu yang lelaki. Yang pempuan pulak, jenis potong je lah selagi sempat. Kete aku laju, komfem lepas punya. Gitu ar aku rasa. Sebabnya, memang dia akan potong jugak, tak kira orang dari depan tu dah dekat ke. Janji dia sempat masuk balik, sudah. Kadang tu, kete dari depan dah bagi lampu, siap ke tepi2 pon dia teruskan jugak. Apa yang nak dibuktikan tah? Memang ar status punch card dia adalah hijau (ada masalah ar) kihkihkih. Tapi, guna lah pendekatan lain untuk mengatasinya. Seperti keluar rumah lebih awal ker. Pindah rumah kat kuarters ke. Kuarters banyak kosong ok. Apa2 lah. As long as tidak membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Tapi, aku yakin betul, itu bukan alasannya.

Macam petang tadi, dia selamba potong kat double line. Bukan sikit kete lak tu yang dipotong. Sekali 3-4 kete. Mula2 double line tu sebab ada simpang jalan. Yang kedua, ada jalan masuk ke taman perumahan. Semua dia pulun. Kot dia lom solat asar la tu. Ah, takyah la kiter nak pikir positif. Benda tu dah sah2 negatif. Niat tidak menghalalkan cara kannn...

Ok, aku takde lah kata aku pemandu terbaik. Aku ni berani tapi takut. Berani laju tapi takut potong hohoho. Sebab, aku akan potong jika dan hanya jika kat depan tu kosong sekosong2nya hahahaha. Kalau ada kete, walopon jauh, aku pikir 8 kali dulu. By the time aku abis pikir kali ke 8 tu, kete tu pon dah dekat hahaha. Kalau ada satu lori slow kat depan dan berderet2 kete di belakangnya, selagi aku tak duk belakang bontot lori tu, aku takkan potong punyer. Tunggu la sumer kete2 kat depan aku tu potong, tiba giliran aku baru aku potong. Namun nak potong kete banyak2, jangan harap ler. Lagi pun journey aku pendek je. Buang minyak je tekan minyak kuat2 sebab nak potong. Hasilnya, orang yang dipotong tu potong kita balik dari kiri jek time kiter nak belok masuk opis.

Kesimpulannya, kereta tu pengangkutan ke tempat kerja. Mungkin orang begini kerja untuk beli kereta. Jadi, lu pikir lah sendiri.

p/s foto asam pedas ekor ikan merah di ali asam pedas family

Gambar Kenangan Kahwin

Hari ni, takde sempena apa2, aku nak tepek gambar2 aku bertunang, sampai la aku kawin. Time aku kawin, aku baru je jadi blogger. Takde digi kemre plak tu. So, takde la gambar kawen2 dalam blog nih. Meh kiter go thru' satu persatu. Gambar adalah atas ihsan cik sony. Malas nak scan2. Main snap dalam album je.

Ini ialah gambar perabis filem namanya. Nak cuci gambar punya pasal, terpaksa la abiskan filem kan. Gambar diambil di tangga menara berkembar 2020 uitm selepas aku bertunang. Tengok tu, nak tayang cincin kononnya. Time ni dah dekat2 nak pindah dungun kot.

Gambar ni diambil dengan kemre sape ek? Kemre tu takleh ambik dari dekat dan takleh gelap. So, terpaksa aku ambik gambar di luar rumah. Ni gambar ngan hantaran kononnya.

Waktu ni aku mekap muka sendiri tau. Main hentam jek. Janji ada jek. Tu yang macam wayang pekji tu.

Ini pulak gambar nikah. Ni aku guna mak andam ler. Aku sendiri pelik dengan muka sendiri.

Kelakar je aku deko bilik tu. Macam main2 jek hihi.

Menunggu masa untuk dinikahkan

Mohon restu mak. Anakanda nak pergi kawen nih.

Abah, mintak tips sket hehe.

Ni, abah nak nikahkan ngan ayun ni. Nak tak?
Nak nak nak!

Kalau nak, sign borang nih.

Ok tok kadi, saya mintak pak aji tolong nikahkan anak saya nih ek.

Aku terima nikah bla bla bla tunaiiiiiiiiiiiiiiiii. Lawak tul la time ni. Boleh encik hairul tu gi sebut tunai tu pepanjang secara poyo. Sumer orang gelak pastu. Main2 eh.

Hah, ok tak, sah tak?

Sahhh. Alhamdulillah.

Taklik.

Nah, amik mas kahwin nya.

Batal.

Yeay! Dah kawen hehehe

Ni lakonan semula. Yang bebetul tak sempat ambik gambo.


Jom ambik gambar untuk tepek kat kad jemputan plak.


Ni pulak semasa majlis bersanding.




Time majlis ni aku rasa ada 8 bijik kek kot. Aku nyer 2, yayu 2, mala 2 dan hantaran mala n yayu kot. Saper nak makan tuh?



Sekian. Takde motif nyer entry. Saje wat kenangan.

Tuesday 27 October 2009

Mesra Rakyat Ker?

Betulkan aku kalau salah. Betul ker aku dengar, kiter kena bayar cukai rumah plak pasnih? 0.5%? Biar benooo??? Dah ler kad kredit kena cukai rm50 sekeping. Kalo ada master satu, visa satu, american express tak berkeping tu? Haiyak!!! Komfem tahun depan aku potong kad kredit aku. Dengarnya mebeng dah kuar circular derang mengenai cecukai ini. Esok aku check kan. Pastu broadband kena rm50 setahun? Pastu? Pastu? Pastuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu???

Kasihan Mereka Dan Aku Sekali

Keliru ai nak kesian kat saper. Aku ke mereka?

Gini, kan dalam entry yang lepas aku ada tunjuk gambar cafe yang tengah renovate kan. Biler cafe direnovate, apa jadi ngan cafe itu sendiri? Tutup kah? Kalo saper2 perasan, ada kanopi kat sebelah cafe tuh.

Sepatutnya, cafe tu direnovate pada bulan puasa itu ari. Maknanya, takde masalah la kan. Cafe pon mang tutup bulan poser kan. Jadi, tokei cafe ni terpaksa la sewa kanopi tu untuk sebulan kot2 la kalo takleh siap dalam bulan poser tu kan. Akan tetapi, sampai ke raya, non ada munculnya kontraktor itu. Ada takde, seminggu lepas naik cuti raya baru derang muncul. Jadi, kejadian sewa kanopi tetap la berlangsung.

Tapi, seperti dijangka, sebulan memang la tak cukup nak menyiapkan kerja2 tu. Makanya, semalam adalah hari terakhir tempoh menyewa kanopi itu. Kenapa tak extend? Kesian la kat dia. Cafe renovate punya pasal, dia kena tanggung sendiri kos sewa tersebut. Nak mintak kat boss aku, sendiri pon sesak napas kannn. Memang ler tak patut, kan? Jadi, pagi tadi, derang da hangkut dah kanopi tu. Semalam lagi cafe tu dah tutup dah. Ari ni aku nampak makcik2 tukang masak tu, tapi tak tau lah kat mana derang nak hidang. Kot la dia kasik bilik seminar sebelah cafe tu kot, kira ok lah jugak kan.

Yang kesiannya mereka ialah, takleh berniaga la kan. Dah la tender dah nak tamat. Walo pon derang jual mahal, tapi kami tiada pilihan. Yang kesiannya kat aku ialah, aku tengah lapar gilos ni huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nak keluar? Malasss. Oh, malas adalah alasan yang sendiri cari pasal. Bukan malas. Tak sempat kot. Banyak kerja lagi nak buat.

Aku propose derang kasik cafe tu beroperasi di bilik zamrud atau delima. Janji derang boleh letak makanan kat buffet set tu pon dah cukup ok dah. Nak makan, tapau jek. Eh, baru aku teringat. Ito sekarang sedang kempen polisterin sifar tau. Dah takleh tapau2 guna polisterin dah. Nak makan, makan kat situ jek. Tak pon bawak mangkuk tingkat sendirik hihi.

p/s tokei cafe tu ialah ex student kat sini jugak...

Monday 26 October 2009

Sakit Kepala, Idea Pon Sakit Jugak


Aduh! Sakit kepala ku. Ari sabtu aritu aku dah beli dvd citer da vincci code ngan angel n demon. So, malam tu aku pulun ar tengok da vincci tuh. Sampai kul 1.30am baru selesai. Dah tido lambat, bangun nya pon lambat la jugak. Tu yang buat sakit kepala tu. Sampai arini masih sakit kepala lagi. Adoi laaa menyesal tak sudah. Lenkali jangan buat lagi ok?

Ari sabtu tu aku keje. Alaaa kan aku ada cite aku kena keje ganti untuk raya haji kan. Dah selamat dah. Tapi memang terasa la hari tu ialah hari sabtu. Kelas aku kul 8 tu pon 6 ketul je yang datang. Daripada 17 orang. Sesuka hati.

Oleh kerana kelas yang diganti ialah hari khamis, maka, aku pon rileks je lah selepas kul 9.30 tuh. Sambil2 tu, aku mengintai dari tirai kamar, kerja2 merenovate cafe sedang rancak dijalankan. Tengok tu, dia tengah tuang simen. First time aku tengok lori simen ni menuang simen.




Lepas keje, kami pergi bandar. Abang memang ada keje kat crystal inn. Memula pegi pasar malam. Kendian gi bukit pasir. Beli dvd. 4-rm20. Murah la tu kan? Pastu terus gi bpmall. Jumpa benda ni kat dalam. Waaaa ada funfairrr.



Tido ke haper pompuan nih? Ada demo solekan pengantin ke haper tah. Masa baru sampai tu nampak pompuan ni tengah set2 rambut. Time nak balik, dah pejam mata pulak.


Hari ahad, kepala dah senoneng semacam, malas nak masak. Malam, keluar makan kat tepi wellward. Makan ini. Sedappp...


Untuk ku, wajib la kambing. Tambah la pening pusing senoneng nenoneno kepala aku.


Saturday 24 October 2009

Tak Puas Hati Arrrrrr


Aku tak puas ati betul la ngan jawatankuasa penduduk taman aku ni. Ada ke patut derang pi letak nombor telefon sumer ajk dan edarkan pada semua penduduk? Ok, memang la sumer penduduk patut tau siapa ajk kan. Senang kalo ada apa2 hal. Tapi, takyah ar bagi nombor tefon bagai. Adoi laaaaaa. Cukup la kasik nombor rumah jek kan. Apa2 hal terjah je lah rumah orang tu. Kalo orang tu takde kat rumah, maknanya dia sibuk la kan. Datang lagi lain kali atau carik la rumah ajk lain ke kan.

Hello! Zaman sekarang sumer orang communicate guna henfon la. Ye, aku tau. Tapi kami macam artis gak. Perlu privasi. Ecehhhh dan2 artis. Dah tau tu, guna lah dua henfon, dua nombor. Satu untuk privasi, satu untuk public. Ok, memang boleh. Tapi itu bukan masalahnya. Kalau ada 2 nombor pon, satu henfon tetap semua orang tau kan. So? Apa masalah ko ni asia? Pelik betol.

Masalahnya, suami ku itu ajk. Ok. Maknanya nombor henfon dia sudah diedarkan kepada semua penduduk. Ok. Rumah nombor 19 jalan 2 tu ialah rumah makcik gedik. Ok. Rumah tu sekarang disewa oleh errrr saper nama budak tu ek? Suzi ke? Tah, tak kisah la saper pon penyewanya. Ok. Maknanya orang tu ada senarai nombor telefon itu. Ok. Maknanya kebarangkalian makcik gedik itu mendapat nombor henfon baru suami ku adalah tinggi di situ. Ok. Eh, tak ok laaaaaa KO!!!!!!!!!!!!!!!! Adoiyaiiiiii. Aku berdoa, semoga makcik gedik tidak terbuka hati dan otaknya untuk terfikir perkara ini. Bior la lembab sikit otak dia dalam bab ni. Beku terus pon takpe. Aminnn.

Astaghfirullahal'azim...

Friday 23 October 2009

Melepas Batok Di Tangga



Biasa kiter dengar peribahasa, seperti melepaskan batuk di tangga, kan? Apa maksudnya?

Membuat sesuatu dengan sambil lewa atau lebih kurang. Betul tak? Masa sekolah rendah lagi, cikgu ajar cenggitu kan? Pastu baca buku peribahasa pon cakap cenggitu juga, kan?

Tapi, ada tak kiter terfikir, kenapa peribahasa tu dibuat sedemikian rupa? Ok, kiter bayangkan, ada seorang tua sedang duduk atau menaiki tangga dan batuk. Kemudian? Apa kaitannya dengan membuat sesuatu dengan sambil lewa atau lebih kurang? Orang tu batuk dan blah begitu sahaja, so kiter anggap perbuatan tu macam benda yang sambil lewa?

Kalau bukan kiter pon, aku je lah kot. Aku faham macam tu lah. Maka, selama ni, aku tau peribahasa tu, tapi tak ambil tau pon kenapa ia disebut sebegitu. Sehingga lah semalam. Setiap hari adalah pembelajaran. Long life learning kannn.

Semalam, baru lah aku tau, kenapa dan apa relevannya peribahasa tersebut dengan maksudnya.

Perasan kah anda bahawa peribahasa itu ditulis sebagai SEPERTI MELEPASKAN BATOK DI TANGGA?

Tak perasan? Perasan, tapi apa bezanya? Bezanya, ialah pada ejaan ini BATOK dan BATUK.

Batuk ialah coughing, uhuks, kong kong, seperti gambar di atas atau seperti aku sedang buat sekarang (macam la korang nampak. tapi memang aku sedang batuk, tak baik lagi).

Sementara batok pula ialah benda alah ni...


Benda apa tuh? Alaaa benda alah tu ialah pencedok air yang digunakan untuk mencuci kaki jaman dolu2. Macam niii...


OooooooooooooooooooooooooooooooooOooooooooooooooooooooooooooooooooO...

Jadi, sekarang dah faham la kan, kenapa peribahasa tu bermaksud sedemikian? Kiranya umpama kiter cuci kaki sebelum naik tangga tu, kendian kiter main lepaskan atau campak je batok tu. Sepatutnya kena letak balik elok2 macam kat gambo atas ni ha. Tu pasal la...

Kawan aku kata, ni bahasa jawa. Tapi selepas di gugel, aku rasa orang indo memang panggil benda tu batok kot.

Tak caya, cer google.

p/s sama-sama, u r welcome. aku tau korang takkan komen nyer nak ucap timer kasih atas ilmu ini, tapi aku jawab siap2. macam sindir jekkk :P