Alamakkk caner eh? Aku takde idea la nak update pasal umrah ni. Ni kira update semata2 nak taruk gambo je ni. Cerita nya lenkali la bila2 aku ada idea ke. Kalau ada la. Kalau tak, setakat ni je lah.
Pada hari khamis, 9 Jun, kami dibawa ziarah sekitar makkah seterusnya melakukan umrah, miqat di jaaranah.
Seterusnya kami ke jabal rahmah, lokasi pertemuan nabi adam dan siti hawa selepas berpisah beratus tahun.
Seterusnya kami ke padang arafah dan mina.
Kembali dari ziarah, kami diturunkan di hotel, simpan beg dan terus berjalan ke masjid untuk umrah kedua. Waktu dah hampir waktu zuhur. Panas berdenting. Orang lain, sikit2 berenti minum air zam2. Aku pulak, air liur pun dah tak kuar dah. Kering sampai ke tekak. Waktu saie ke-6, azan zuhur pun berkumandang. Kami solat di tengah jalan. Lepak gilers.
Selesai umrah, kami terus berjalan balik. Aku dah rasa nak pengsan. Haus sehaus-hausnya. Sampaikan aku terfikir, macam ni agaknya bila kita berada di padang mahsyar besok. Haus haus haus. Sampai di bilik, bukak ekon, terus hilang haus hahaha. Sibbaik tak berenti beli aiskrim kat tengah jalan tadi hihi.
Esoknya, kami pergi ke tanaim untuk miqat umrah seterusnya. Kali ni takde ziarah2 lagi dah. Dari tanaim, kami diturunkan di bawah masjid. Kali ni, kami tak ikut mutawwif sebab masa nak mula tu, ada orang yang lambat. Ustaz suh buat sendiri je sebab hari ni hari jumaat. Orang ramai tengahari karang.

0 komen:
Post a Comment