BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 25 November 2009

Loteng, Attic : Pengganti Bilik Ke-4 (Siri 8)

Puas sudah aku berduka semalaman. Esoknya balik keje, tengok2 dia tengah varnish. Apa jadi dengan penutup putih tuh? Tiada lagi! Dia dah bukak balik, potong, terbalikkan, dan pasang kat bawah setiap step. Maknanya, kita boleh nampak steps tu la. Tak lah sia2 aku buat steps tu pakai papan 2 inci tu kan hahaha. Nak jugak tunjuk tuh.

Masa dia tengah varnish, aku dah gembira sebab color nya sama ngan jenang pintu. Memang aku mintak color yang sedondon ngan furnitures aku yang serba dark brown tuh.

Ada 2 keping je plywood yang dia tak terbalikkan. Satu kat bawah, dan satu lagi kat atas. Tak tau kenapa. Dah tak kuasa nak tanya.

Macam sama, kan, color nya? Tapi, tu masa basah. Biler dah kering, dia jadik color kemerah2an pulak. Aiyok? Sama la macam rumah taman wira tu ek? Musykil nih.

Mula2 macam ok.

Kalau color cenggini, memang aku puas ati sangat.

Tapi tidak begitu. Ilusi belaka.

Merah pulak? Mengikut teori encik hairul, kadar serapan kayu berbeza2. Itu menyebabkan ada bahagian yang gelap, ada yang cerah. Dan kelihatan bercapuk2. Jadi, kiter kena varnish lagi selapis untuk mendapatkan warna yang dikehendaki. Tapi, memandangkan color ni tak dikehendaki, boleh ke aku varnish terus dengan color yang aku nak tu ek? Kerrr kena gosok balik dan tukar color terus? Tah.

Masa form 1 dulu pernah la buat kerja kayu masa kemahiran hidup kan. Tapi, masa tu kiter syelek, kendian baru varnish. Kalau ikut pelajaran dulu, syelek tu lah yang menentukan warna. Varnish tu pulak just untuk mengilatkan jek. Now, aku dah kompius, apa yang aku belajar dulu ek? Kalo tak salah aku, dulu aku syelek beberapa lapisan. Syelek ni macam minyak gitu. Siap takleh syelek waktu cuaca hujan lagik. Last sekali, dah puas ati dengan color tu, baru kiter varnish. Haihhh mana yang betul nih?

p/s ok lahhh aku update sekali 2 ari ni la. petang ni eh. esok aku dah cuti raya. tapi yang siap cat sumer lepas raya lah ek...


6 komen:

adipro said...

pasal syelek menyelek.. varnish memvarnish. bukak la balik nota KH tingkatan 1 dan 2.

sape cikgu tu.
cikgu azmi or sir ah chai?

hik hik

AyunasiA said...

alaaa cikgu pompuan la. roziah ke haper namanya tak ingat.

adipro said...

ooo.. tak kenai aku cekgu tu.

ZERO VENDETTA said...

Salam,

Tumpang tanya, apa brand & code nama varnish ni?

Anonymous said...

Brpe kos wat loteng

AyunasiA said...

anon: rm3k pd tahun 2009.