Dah lama giler aku tak follow bola sepak malaysia. Dari zaman semi pro, sampai la ke zaman kemunculan johor fc lagi rasanya. Dan kalau aku follow pon, time final jek la. Tak kosser aku nak tengok tiap2 minggu. Oleh kerana faktor itu, maka, jelas lah sudah, kenapa aku dah tak follow sukan tersebut. Ate, bila kali terakhir johor masuk final hah? Biler? Biler? Biler? Jadi, bukan salah aku lahkan. Saper suh tak main betul2.
Tapiiiiii aku suka world cup. Yeay! Tahun depan ek. Aku suka world cup sebab dia lawan tiap2 hari. Takde lah berjanggut menunggu abis. Musim yang lepas adalah yang terbaik bagi aku sebab aku tak keje time tuh. Doploh pat jam ngadap tivi jek. Eh, betul he. Dulu rumah aku kan kecik cinonet jek. Situ lah ruang tamu, situ lah dapo, situ lah bilik tido. Maknanya memng sentiasa ngadap tivi lah. Tapi tak semestinya tivi tu idup la. Time dia mati pon aku tetap ngadap tivi tu hihihi.
Tapi, musim depan akan berlangsung di afrika. Maybe aku tak dapat ikuti sangat atas faktor masa. Maksudnya, tak dapat tengok live la kot. Dan, kalo pon nak tengok siaran tertunda, dah tak cukop masa kot. Masa tu sentiasa ada, cuma, kena curik la sket. Hmmm kita tunggu je lah nanti cemana.
***********************************************************************************
Sejak 2 minggu yang lalu, kami hidup dalam debu. Rimas nya laaa. Memula debu simen, kendian debu kayu. Pasni, tah debu apa plak tah. Minggu lepas aku rajin lah jugak vakum rumah. Tapi minggu ni aku dah malas. Buang karen jek. Aku vakum ari ahad, ari isnin dia debu balik. Baik aku tunggu sampai musim jerebu ni tamat. Sejak bila pulak jerebu ni eh? Kerrr rumah aku je yang berdebu hebat nih?
Teringat masa aku form 5 kat asrama dulu. Masa tu ada satu projek perumahan nak dibangunkan di jalan masuk sekolah kitorang. Taman bersatu. Kalo pernah nampak, ibu pejabat felisa cosmetic tu terletak kat taman tu. Sebelum ni, jalan masuk ke sekolah kami tu cuma ada hutan belukar jek. Dan sebuah kuil berpokok besar. Biler derang buat projek tu, tinggal kuil berpokok besar tu jek.
Biler derang tebang pokok dan ratakan tanah, abis asrama kitorang berdebu. Debu tanah merah plak tu. Baju pon tak leh sidai kat luar. Kendian, pihak sekolah komplen kot. So, derang kasik ganti rugi. Derang pasangkan ekon kat bilik apa tah, lupa. Pastu derang buatkan tempat pejalan kaki dari jalan besar sampai la ke sekolah kitorang. Tapi kami tak sempat merasa pon.
Kesan langsung yang aku rasa time tu ialah aku selalu selesema. Memang la, kalo ikut kata dato fadilah kamsah, orang yang lahir bulan jun ni selalu kena selesema, tapi ni dah terlebih sudah. Boleh dikatakan, selang seminggu dua baik, kena balik. Memang udara ketika itu sangat tidak sehsuai dengan aku kot. Dah la nak spm kan. Aku rasa kalo persekitaran sihat, aku boleh dapat 10A1 kot hahahaha. Tak boleh blah.
Tah apa kaitannya citer ni ngan jerebu tah. Layan je lah...
Monday, 9 November 2009
Bola Bola Debu
Hasil karya AyunasiA pada 10:01 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment