Friday 27 February 2009

0.68 Sen


Pepagi lagi, sampai opis orang duk sebut2, point 68 dan 68 sen. Aku tak tau menahu la pulak sebab dah 2 ari tak sempat tengok berita awal2. Biler dah bukak laptop, baru lah tau cerita sebenar.

Sebenarnya ramai yang keliru. Biasanya kita baca duit ni RM2.80. Contohnya. Kalau tak sampai singgit, orang akan tulis, 80 sen. Tetiba kali ni, nilai nya tak sampai 1 sen.

Kenapa mesti point 68 sen? Kenapa tak .679567 sen ker kan? Atau .60 sen ker, .65 sen ker. Rasanya kenapa dia letak 2 decimal point jek? Duit satu sen pon dah takde. Pastuh, kalau dah didarab bagi bagai, tiba2 dapat nilai selain 5 dan 0, dahhhhh kena buat pembundaran kepada gandaan 5 terhampir.

Saper nak jawab? Takyah jawab. Aku cuma memberi my 0.9877234343553 sen comment. :-P

Thursday 26 February 2009

Bahasa Melayu

*Kalo agak2 takmo fening, elok baca 2 perenggan pertama dan 2 perenggan terakhir sahaja.

Dalam meniti kehidupan di tanah melayu yang berbilang kaum tetapi aman harmoni ni, kiter kena menggunakan akal fikiran secara optimum supaya tidak dianggap ketinggalan, dan tidak juga dikatakan obses dalam menghadapi isu2 semasa. Tapi, sebagai saya yang menurut perintah, jadilah aku seorang yang 'ikut kan je lah' kind of person.

Aku bersyukur kerana aku bukan cikgu sekolah. Dan lebih bersyukur lagi kerana aku bukan cikgu matematik atau sains sekolah. Bila membaca berita di salah satu sotkabar di malaysia nih, aku rasa terharu dan macam nak menangis membaca kata2 seorang sasterawan negara. Baru lah aku tersedar, bahasa ibunda sangat tinggi nilainya.

Dulu manusia tak ramai, jadi kebarangkalian untuk jumpa budak yang cerdik pon kecil. Sekarang manusia semakin ramai, jadi, semestinya lah kebarangkalian untuk jumpa budak yang cerdik pon turut bertambah. Bukan sebab bahasa inggeris tuh la.

Ok, undur balik ke point aku tadi. Aku pon asalnya dah jadi lalang sekejap. Aku akui yang aku nyer bahasa inggeris sungguh la sederhana. Setakat tangkap sikit2 tu boleh lah. Tapi kalau tengok movie omputih, hampeh, tak paham pon.

Aku ambil dari contoh aku je lah. Sekolah tinggi aku menggunakan bahasa inggeris sebagai medium pembelajaran. Thank you Allah, aku faham apa yang aku belajar dan boleh menyampaikannya semula dalam bahasa inggeris. Satu yang bagus waktu aku kerja dengan uni dulu ialah, aku 'terpaksa' menggunakan bahasa inggeris juga sebagai medium pengajaran. Dan ianya lebih mudah, aku rasa, kerana aku tak perlu fikir, apa makna perkataan itu dalam bahasa melayu. Cikgu aku ajar, salah satu cara nak belajar bahasa inggeris ialah dengan takyah tau apa maknanya dalam bahasa melayu. Macam aku, kalau abang tak bagitau, aku pon tak tau yang 'capacitor' tu adalah 'pemuat' dan 'oscillator' tu adalah 'pengayun' kihkihih.

Ok lah, itu aku cakap pasal aku. Sebab aku rasa, dengan belajar dalam bahasa inggeris, aku boleh bercakap tentang sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Bukan kah itu hebat? Kalau lah aku belajar dari darjah satu dulu lagi dalam bahasa inggeris, agaknya, aku nyer english pon hebat juga kah?

Tapi kita kena terima hakikat. Dalam dunia ni, tak semua orang masuk uni dan tak semua orang pandai. Cuba tengok statistik. Dalam 400k plus orang calon spm dalam setahun tuh, berapa orang yang masuk uni? Tak kisah lah, sejak zaman ppsmi ke, sebelum tu ker. Hanya segelintir je yang masuk uni. Bergelintir2 lagi adalah tidak. Dalam bergelintir2 itu, ada segelintir sahaja yang pandai berbahasa inggeris dan bergelintir2 lagi adalah tidak.

Kiter tengok kategori pertama. Segelintir yang masuk uni. Segelintir dari segelintir tu adalah yang hebat berbahasa inggeris, dan bergelintir2 lagi adalah tidak. Dalam kategori ni juga, tidak semuanya menggunakan sains dan matematik dalam pengajian mereka. Tetapi kelebihan bagi mereka jika hebat berbahasa inggeris.

Tengok pula kategori kedua. Segelintir dari bergelintir2 yang pandai berbahasa inggeris tapi tak masuk uni. Mereka ini mungkin tak berapa pandai dalam akademik. Tetapi ada kemahiran atau bakat. Mereka ini sangat beruntung.

Tengok plak bergelintir2 yang selebihnya, yang tak pandai berbahasa inggeris dan tak berapa pandai dalam akademik. Ini memang ramaiiiiiiiiiiii sangat.

Kategori ni mengikut pendapat aku, derang bukan memerlukan sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Sains dan matematik tu pon derang tak perlu sangat dalam kehidupan derang, apatah lagi dalam bahasa inggeris. Cukup setakat bahasa inggeris tuh je. Bahasa inggeris tu ialah sejenis ilmu bahasa. Bahasa ni ada kena mengena dengan bercakap, membaca dan menulis. Bahasa inggeris tuh yang kena tekan kan supaya derang boleh upgrade diri mereka untuk masuk dalam segelintir daripada bergelintir2 tuh. Iaitu kategori yang tak berapa pandai dalam akademik, dan pandai berbahasa inggeris. Hahaha pening lah kepala. Aku pon dah kompius.

Adoiyaiii aku nak tulis lain, tapi entah apa yang aku dah tulis ni tah?

Kesimpulannya, eh, aku bukan menyokong sasterawan negara ke tadik? Cop cop. Ah... lantak lah. Yang penting, aku nak tekan kan bahawa, bahasa inggeris tu yang perlu ditekankan sebenarnya, bukan sains dan matematik dalam bahasa tuh. Takut2 jadi macam aku, yang masuk dalam kategori bergelintir2 yang pertama tadi.

p/s Tapi, bahasa ibunda kita bukannya bahasa arab. Kalau bahasa ibunda kita ni bahasa arab, rasanya adalah point 'bahasa al-Quran atau bahasa Rasulullah' untuk backing kan? Ada takde, terpaksa guna point hang tuah. Tak melayu hilang di dunia. Yang 'melayu' itu mereka fahami sebagai 'orang' melayu, bukan 'bahasa' melayu. Yang hilang orang melayu cakap melayu. Orang melayu cakap bahasa omputih tak hilang.

Wednesday 25 February 2009

DVD Penang vs Pasaraya Smartt JB

Gara2 menyampah ngan cite spakiu yang semakin hari semakin menampakkan kegonjolan karakter2nya, aku mengambil keputusan untuk tidak menontonnya secara fokus. Tengok sambil lari antara bilik dan ruang tamu. Apa best nyer saingan spakiu ini? Hehehe ni bukan saingan dengan stesen tv. Spakiu bersaing dengan 24 season 5. Ini bermakna, Kistina vs Jack Bauer. Dan semestinya lah jack akan menang sebab dia takde iklan hehehe. Ok, takmo komen pasal spakiu.

Inilah jack yang digilai oleh orang rumah no 6 tuh

Tapi, aku nak komen pasal 24! Bukan komen pasal cerita tu, tapi pasal dvd yang aku beli tuh. Untuk dvd 24 season 1, 2 dan 6, aku beli kat penang. Masa tu tak tau pon kat jb pon leh dapat murah jugak. Selepas tau, aku pon beli season 3-5 di pasaraya smartt jb. Aku tau, ada tempat lain nak beli benda alah ni kat jb, seperti holidai inn. Memula memang aku nak beli kat situ. Dah siap masuk lagi. Tapi masa aku pergi tu tengah cuti raye cina, so sumer kedai tutup. Ok, aku takmo komen pasal kat mana aku beli dvd tuh.

Boleh tak aku gedik2 tak tau nak ambik gambar mana satu nak ditepek kat sini?

Tapi, aku nak komen pasal kualiti dvd tuh. Sejak aku demam awal bulan yang lalu, aku dah mula layan dvd dan vcd. Ye lah, mc, duduk kat rumah, nak buat apa lagi, kan. Maka, oleh kerana dah lama juga tak ulang tayang 24, plus season 6 kat tv tu macam lambat jek nak tunggu (khamis 10pm), aku pon mulakan dengan season 2. Dari aku mc, sampai la minggu lepas, baru lah cukup 24 jam. Yang melambatkan tu bukan apa. Selain sebab aku selang seli dengan meteor garden, ianya adalah kerana cd tu yang sangkut2. Punca utama aku tengok meteor garden tu pon sebab tak larat nak tunggu cd tu sangkut2 selepas 20-30 minit. Nak kata cd rosak, biler kiter resume, dia leh je jalan macam biasa. Cuma bila dah 20 minit gitu, dia pon tersengguk2. Nak kata player rosak, aku bukak dvd muhsin ngan vcd meteor garden, ok jek. Sampai lenguh2 la badan menatap kotak segi empat tuh. Kes yang sama turut melanda biler aku bukak season 1 dan 6.

Gambar dari siri 24

On/In contrary, mulai ari ahad lepas, aku pon mulakan season 5 pulak. Yang sepraisnya ialah, cd tu langsung tak sangkut. Ko bukak la sampai 3 cd pon, memang clear jek. Biler dah cd clear, harus lah susah nak stop kan. Biler dah takleh stop tu, maka baibai la spakiu 2. Jadi, boleh lah aku buat kesimpulan bahawa dvd pasaraya smartt jb adalah lebih berkualiti daripada dvd penang. Sekian.

Nak tengok gambar smart2 dia, cuma time malam anugerah jek

Adeh! Nak cite pasal jack la pulak. Nak jugak ulang. Jack ni macam shahrukhan tau. Tak ensem, tapi macho. Tapi jack lagi macho la kan sebab dia leh main tembak2 dan gasak2 tanpa perasaan. Dan dia sangat setia uhuks. Walau pon dia ganaz, tapi biler part cintun, alahai... longgar lutut ku ekekeke. Aku pulak. Hihihi teringat time tengok meteor garden. Subtitle dia memang direct translation tau. So, memang ada keluar perkataan 'kaki lembut' yang bermaksud longgar lutut ni lah, atau pon cairrrrrrrrrrrrr.

Auw!

Hehehe cuba compare kan derang berdua nih

Online kat opis, tak berani lah aku nak download movie2 nih kan. Kok ye pon nak menyalahgunakan rete gomen, agak2 lah kan. Tapi aku dah gedik tak sabo nak tengok season 7 lorrr. Aku rasa lepas abis season 6 kat tv, baru dia tayang season 7 kot. Lagi pon kat us pon baru tayang bulan 1 arituh kan. Tu lah jack! Saper suh ko memandu dalam keadaan mabuk. Kalo tak, kan dah masuk season 8 agaknya. Dush! Takpe, tumbuk je jack ni, dia takde perasaan ok. Takde kesian2 punyer. Patriotik giler vaveng. Eh, tapi dia ada perasaan cinta wiwiwiwiwiwi nenonenoneno...

p/s apakah aku angau mata lembu meletup perut tinggal tulang? Uwek!

Baju Sekolah Lagi

Elok je petang semalam, 2 orang budak sekolah ni melintas depan aku. Saje nak tayang baju dia kaler apa lah tu. Hihihi mentang2 la aku tak mention kaler baju sekolah dia. Ok ok aku tambahlah senarai kaler baju sekolah tu. Budak berdua tu pakai baju kaler peach! Memang pelik la budak sekolah pakai baju macam baju raya. Eh, terlupa lak. Ada satu lagi kaler yang agak biasa ditemui iaitu maroon. Kan? Isy, aku ni macam dah takde keje lain jek, menengok baju sekolah. Ok, itu je nak cite.

Tuesday 24 February 2009

Dah Abes Ke Sukan Sekolah Korang?

Sejak musim persekolahan bermula, aku rasa macam nak balik kul 7 malam jek setiap hari. Sebabnya, ada satu sekolah ni, tiap2 ari buat latihan sukan. Dengan lagu tema sukan mereka dari filem duyung 'kita hampir ke situ' (sebenarnya u're almost there), bebudak ni abis latihan lebih kurang kul 5-5.30pm gitu. Ya, time aku lalu sekolah derang lah.

Lalu depan sekolah derang tu takde la masaklah ke hape. Yang masaklahnya, jalan tu jalan kampung, sempit dan tidak rata. Dan kebanyakan dari bebudak ni menunggang motor. Tanpa helmet. Ehhh time kat kampung dulu pon aku naik motor tak pakai helmet, tapi jalan kampung aku tu bukan jalan negeri dan takde dalam peta malaysia.

Jalan kampung derang ni ada dalam peta. Jalan negeri. Dan banyak kete, lori, bajak dan motor (bas je aku tak pernah nampak) yang lalu jalan ni. Short cut kalo nak ke pontian. Ok ok ok aku tak komplen pasal derang speed, ke tengah ke tepi, memotong sesuka hati, membelok tiba2 atau berduet di jalan raya. Kalau derang pon tak kisah keselamatan derang (apa, korang ingat kalo aku terlanggar korang, korang leh lepas begitu saje?), derang ingat ada aku kisah? Hehehe aku tak kisah pon. Cuma aku sakit ati je lah sebab terpaksa telan asap motor (ni istilah je, hakikatnya tingkap aku tertutup rapat) derang sebab takleh memotong di jalan yang sempit itu.

Ok, itu perkara yang dah lepas. Minggu ni, atau lebih tepat lagi, semalam, latihan sukan derang dah pon berakhir (aku wat spekulasi jek, tapi harap2 betullllll la. jangan ler derang sambung balik). Time aku lalu sekolah tu, lengang jek pintu masuk nyer. Sekarang, aku dah boleh sampai di rumah lebih awal. Hehehe jiran aku pon perasan aku salu sampai rumah lambat, tetiba semalam cepat plak. Hihihi dia tak tau aku lambat sebab mogok arituh huhuhu.

Baju warna warni

Masih tentang sekolah. Dulu, aku jeles jek tengok pengawas ngan pustakawan, pakai baju selain daripada putih. Sekolah aku dulu pengawas baju biru, pustakawan baju hijau. Beberapa tahun lepas pulak, sil mintak tukar dari jadi pengawas kepada pustakawan sebab nak pakai baju pepel. Maknanya warna baju sekolah masih menjadi isu la ek? Pernah gak aku dengar orang mintak tukar kaler baju sekolah anak2 ni sebab susah nak maintain keputihan tu kan. Apa... kpm ada mou dengan southern lion or unilever ker? Bu ke neng?

Tapi sekarang ada hari pakai uniform ko-ko kan. Pastu, aku tengok satu sekolah ni (on the way gi keje, aku toleh2 la jugak budak sekolah beratur perhimpunan nih), punya lah berwarna warni. Aku ingat ada 2 je jawatan tertinggi kat sekolah. Aku quite confident yang hari tu bukan hari pakai uniform ko-ko sebab tak nampak pon pakai pengakap tu sumer. Tapi memang macam2 kaler aku tengok. Biru, hijau tu memang dah biasa. Pepel, pink, kuning cair pon ada. Macam air kat pasar lambak je kekdahnya. Takde lah ramai, cuma segelintir je. Agaknya, apa jawatan derang2 tuh ek? Ketua darjah, penolong ketua darjah, setiausaha kelas, bendahari kelas bla bla bla...

Monday 23 February 2009

Adakah Fidjit Itu Benar? Bilkul Sahih?

Salah satu kesukaan aku ketika menyerfing blog sendiri ialah membaca senarai fidjit. Dulu aku dikatakan online dari tangkak, sekarang dari bangi plak. Tipu ah ko ni.

Apa yang aku cari di segmen fidjit? Aku suka tengok apa yang orang gugel sehingga mereka tersinggah ke blog aku. Kekadang tu memang kena blog aku ngan benda yang dicari. Tapi yang banyaknya memang takde kena mengena langsung hihihi.

Tiba2, kecut perut aku sekejap tadi. Biasa aku tengok orang gugel nama 'ayunasia'. Tak kisah lah. Mungkin orang tu tak link blog aku dalam senarai feveret mereka. Tapi tadi, ada orang gugel nama penuh aku, siap ngan nama bapak lagik. Aiyak? Siapakah dia? Adehhh kecut perut aku memikirkannya.

'HELLO, SIAPAKAH ANDA YANG SAYA MAKSUDKAN? SILA TINGGALKAN JEJAK OKEH?

p/s please...

Marinating

Boleh ke guna perkataan nih? Lantak ler. Yang pasti, memang aku memerapkan diri ku di dalam rumah selama 2 hari. Hari ni dah boleh bakar ek. Segala rempah ratus dah menyerap ke dalam tulang sum sum. Manis sekali.

Hari Jumaat lepas kerja, kami terus ke bp. Nak stock up makanan untuk aku yang akan diperap semalaman nih. Mengikut nafsu betul membeli makanan. Macam ada perintah berkurung jek. Sampai rumah, lepas Maghrib. Lepas isyak abang kuar gi main futsal. Aku layan raje lawak jek.

Hari Sabtu, lepas abang bertolak, aku pon memula kan misi menggunting kain. Dari pagi membawak ke malam, akhirnya, siap pon aku memotong 3+1 pasang kain. Siap jahit tepi lagi. Mesin jahit tepi tu ada hangin sket. Kalo dah panas je, dia pon takmo jalan. Terpaksa berenti2. Diselang-seli dengan jahit tak tepi (jahit biasa la). Siap pon 2 bijik kusyen. Ala... lupa nak ambik gambo. Malam tu aku mencarik kekabu sambil tengok cerekarama. Kul 12 malam baru siap. Mencarik kekabu ni aku rasa memang kena pakai gogel ngan face mask ler. Arituh masa nak raya kan aku membuat 4 bijik bantal, raya plak aku selesema. Mungkin akibat habuk kekabu yang masuk ke dalam rongga trakea dan esofagus kot.

Hari ahad plak, keje mengemas rumah. Selesai mengemas, aku layan 24 musim ke 5 sambil iron baju. Kengkonon nak malas2, iron suar abang jek. Baju aku dah iron untuk 3 minggu. Baju abang plak tahan 2 minggu. Biler dah layan jack bauer tuh, cam best plak mengiron. Abis suar, gosok kemeja. Abis kemeja, gosok tudung. Abis tudung, iron baju kurung. Last2, semua aku dah iron. Best best. Boleh la bermalas-malasan selama 2 minggu. Tapi selalunya aku iron tiap2 minggu sebab takmo penat sekaligus. Kiter mana tau biler angin malas tu nak datang, kan.

So, begitu lah berakhir hujung minggu ke 3 bulan februari 2009. Minggu ni kiter kuar rumah plak ek? Pakej rangsangan ekonomi (baca=gaji) ke-2 tahun 2009 akan dibentangkan hari khamis nih. Jom sediakan bajet!

Friday 20 February 2009

Lawatan Sambil Belajar

Semalam, aku dan abang. Ya, kami telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing masing. Uhuks.

Bukan semalam sebenarnya. Rabu malam lagi abang dah keluar rumah. Meninggalkan aku sensorang. Sambil membawa beg pakaian beliau. (Sepersalinan jek). Pukul 10.50pm, abang pon start kete and go. Sedey, pilu hatiku. Lalu malam itu, aku tido dengan nyenyaknya seperti tiada apa2 berlaku.

Pagi2 semalam, seawal jam 5.30am, aku dah dikejutkan oleh alarm dari henfon. Baru aku ambik towel nak mandi, abang call. Uhuks. Abang dah sampai di rawang. Jauhnya membawa diri. (Aku yang suh call, takut aku tak dengar alarm ker kan). Kul 6.15am, aku dah pergi membawa diri. Opsss bukan, gi tempat keje. Ada rombongan sambil belajar ke kuala lumpur. (Abang plak ada rombongan sambil belajar ke peroton tanjung malim).

Ingat lagi masa kecik, pergi rombongan sambil belajar ke melaka, kuala lumpur dan johor bahru. Rombongan dengan bayaran tak sampai RM50 dengan subsidi. Masa tu tak tau apa ke benda subsidi tuh. Yang tau, memula kena bayar sekian ringgit. Kendian dikurangkan kepada sekian ringgit. Pengurangan itu adalah subsidi yang ditanggung oleh... siapa? Adakah gomen? Entah.

Kawan seopis sumer takmo pergi. Kecuali diarahkan. 'Kalo kasik sejuta baru kami pergi,' kata mereka. Sampai begitu sekali tau. Maka, aku yang siang2 dah diarahkan ni pon pergi lah dengan paksa rela.

Pukul 7.15am baru kami bas bergerak. Benci betul dengan orang yang lambat tapi diiringi dengan janji, on the way. WL (apa ni? pandai2 la carik sendiri)! Biler bergerak lewat, jalan sesak lah kan. Bas keluar di tol yong peng dan singgah sarapan di r&r ayer keroh. Jangan tanya jejantas ker? Baca frasa yang diboldkan itu. Cukup. Aku makan mihun sup yang sungguh enak di situ. Beli di gerai yang juga menjual mee rebus.

45 minit kemudian, bas pon meneruskan perjalanan. Kali ni terus je tanpa henti. Sampai di pi wt si jam 11.30am. Satu yang best biler pergi ke ekspo, exibition atau apa yang seumpama dengannya ialah peluang mengumpul beg, pen dan mini note book tanpa rasa bersalah pemberi itu akan jatuh bankrupt. Dan aku sedang menyesal kerana tidak sabar menunggu untuk menulis nama dibuku tetamu setiap booth sebelum dihulurkan beg cenderamata. Ya, aku sangat menyesal kerana aku hanya membawa pulang 3 buah beg, walhal aku sepatutnya membawa paling kurang 7 buah. Hahaha keji betul.

Tapi semua ketakbestan terpaksa pergi ini telah terubat apabila aku dapat bertemu 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan ramai lah juga kawan2 di zaman uni ku di sana. My ex student yang dah jadi r.a. pon ada. Suka sangat. Tapi, siapa lah aku kalu dibandingkan dengan derang yang kebanyakannya dah approved scholarship nyer untuk menyambung phd kan. Alah... academician memang cenggitu. Sikit2 master, sikit2 phd, sikit2 prof. Hehehe ni dikira mengata suami ku sekali ke? Takde lah. Memang lah aku takde master, jauh sekali phd kan. Dunia kami berbeza, tapi tugas kami sama. Mendidik anak bangsa. Hahaha patriotik terus. Walau pon aku takde paper atau projek yang boleh diposterkan di ekspo inovasi sebegitu rupa, tapi aku bangga lah juga biler berjumpa dengan bekas student diploma aku dulu, dah pon grad degree dia. Biler dah jadi r.a tu, sikt haribulan masuk lah tuh dunia academician tuh. Ok aper. On top of that (wah! berani plak guna ayat nih), sekarang aku dah masuk dunia training plak. Kira jajahan takluk aku dah bertambah, kan? Kalo dulu kumpulan student yang 'pandai2', sekarang yang 'mahir2' plak. Hehehe nak sedapkan ati biler hanya mampu menjawab, 'tak' pada setiap soalan mereka tentang sambung belajar. Alah, yang ko rasa rendah diri sangat tu kenapa? Entah? Apasal tah ko ni? Emosional no kenapa? Dah.

Okeh, sampai mana tadi? Okeh, lepas aku lari sebab takut kena tanya ngan visitor sebab aku lepak2 sensorang kat booth 'non destructive watermelon ripeness blablabla' milik kawan aku yang sibuk nak cuba alat pengukur aura ngan kengkawan dia, aku pon turun ke demall. Memula aku naik tingkat atas. Termasuk dalam parkson. Ada sale untuk bonuslink card member. Kengkonon nak tengok2 jek. Langsung terbeli sarung bantal. Nyaris2 nak terbeli cadar lagi. Namun, bila memikirkan akan dibebelkan oleh suami ku itu kerana asik beli cadar tapi, abang jugak yang basuh tiap2 minggu, aku pon membatalkan hasrat tersebut.

Kendian aku turun bawah plak. Alahaiii... ni yang den lomah nih. Henbeg la pulak. Pusing punya pusing, feh! lega. Sibbaik yang aku nak tu takde kaler yang aku nak (ayat apa nih?). Kalo tak, mesti aku dah terbeli.

Tapi, baru aku nak menarik nafas lega dan berlalu pergi, terpandang pulak segerombolan henbeg yang tersangat la menangkap mata ini. Tengok2, alamak, dah terberkenan lah. Try tanya promoter, ada stok lain tak? (dengan harapan dia jawab takde, dan selamat lah duit aku). Dia pon tengok kotak kat bawah rak tuh. Hampir semua dia dah punggah, last sekali, ada la pulak. Huhuhu. Apakah ertinya? Lu pikir lah sendiri!

Antek tak? Antek tak? Antekkk...

Nak tunjuk jugak. Dari sisi.

Belah belakang plak.

Selepas rasa bersalah sebab dah menghabiskan duit, aku pon blah, sebelum minum2 watermelon dulu kerana epal kasturi dah abis. Ah! Aku benci makan sensorang. Kesian kat aku.

Pukul 4pm, aku pon naik bas. Dan bas pon jalan. Kena bergerak sebelum jalan jam. Singgah di pagoh dari jam 6.30pm (sempat tengok spakiu sambil makan nasi goreng ngan lauk sardin dan telur mata kerbau) hingga 8.15pm. Biler laaa nak sampai nih.

Sampai di tempat kerja, jam 9.30pm. Terus pecut balik. Best nyer derang, sampai2, bleh terus meluruskan kaki. Aku plak terpaksa menekan minyak lagi selama 3o menet. Sampai rumah tepat pukul 10pm. Bagus! Tepat! Laju! Hihihi.

Pagi ni, lepas mandi, dalam ati berkata, 'abang ni takmo anto aku ker? Aku ngantuk nih.' Dan seperti tau2, abang pon terus bersiap dan menghantar aku gi kerja. Hehehe tak boleh la mintak yang bukan2 dalam hati ek...

Wednesday 18 February 2009

Musim Bunger

Gugur.

Kat batu pahat neh (mandai je aku meluaskan skop kajian aku nih) sekarang tengah musim bunga gugur tau. Alaaa pokok yang salu banyak kat tepi jalan tu. Kalo kat kota derang tanam pokok akasia sebagai pokok tepi jalan. Pokok ni aku rasa di tanam oleh majlis atau jkr kot. Yang aku perasan, paling banyak pokok ni kat jalan parit karjo, dekat2 nak sampai senggarang tuh. Ko bayangkan pokok tu berderet2, besar2 dan berbunga lebat. Derang tanam plak selang seli bunga putih, pink, putih, pink.

Minggu lepas aku perasan pokok2 ni berbunga, minggu ni aku baru perasan bunga2 tu banyak yang gugur. Cantikkkkkkkkkkkkk sangat biler tepi jalan tu dipenuhi bunga2 nih. Tengok atas, nampak bunga, tengok bawah pon nampak bunga. Sker sker! Pastu, masuk tempat kerja, e'ehhh ada jugak pokok nih kat depan. Selama nih tak pandang pon pokok ni. Biler dia berbunga, baru lah rasa macam menghargai gitu. Ok lah jugak dia tanam pokok tu kan. Selama ni aku komplen2, naper derang tak tanam pokok rambutan ke, pelam ke, kat tepi jalan cenggitu. Boleh jugak dikutip oleh pengguna2 jalan raya ek? Hehehe pasnih aku akan appreciate pokok2 di tepi jalan. Rasanya pokok kat depan umah aku tu pon pokok jenis2 cenggitu kot. Kiter tunggu ler seploh tahun lagi kalo nak tau ek.

Tuesday 17 February 2009

Kawan dan Kerja

Yeay! Dapat slip gaji! Apa yang best nyer dapat slip gaji? Lain la kalo dapat duit gaji, kan? Bukan sebab tempat aku ni advance bebeno (walau pon nama nya ada 'advance' sikit). Ni dinamakan ketinggalan. Bukannya advance. Ekceli, bulan lepas adalah bulan terakhir gaji ku dibayar oleh jabatan lama. Mulai bulan ini barulah tempat sekarang yang bayo. So, aku suh la kawan aku pos kan slip2 gaji aku yang dah terakru kat sana. Ni baru sampai. Susah biler keje tempat lain, gaji tempat lain nih. Macam masa nak kekalkan kwsp arituh, kena wat kat tempat pembayar gaji. Sudah nya, tak kekal pon huhuhu. Tak pe lah. Akhirnya selesai urusan transfer ku. Sikit punyer lama ker. 6 bulan beb.

Semalam p.a. pengarah call, pengarah nak jumpa berkenaan confirmation. Adoiyaiii! Susah tul nak komfem. Kalau tempat lain, urusan confirm tak de 'direct contact' ngan pengarah. Tapi kami di sini siap ada deal lagi. Huhuhu ngeri sungguh. Nak tak nak terpaksa lah aku terima deal tersebut. Consider done, sir! Cehhh... Positif sungguh!

Bercakap pasal kawan ni, aku terfikir satu perkara. Berkenaan kawan sekerja. Biasa lah kan. Biler masuk kerja satu batch, kiter akan ada satu bond ngan kengkawan tuh. Macam sekolah jugak lah. Tapi kawan sekerja ni aku rasa macam lain sikit. Perkara begini boleh juga berlaku dalam kursus2 seperti induksi, btn dll. Macam kes aku, minggu kedua lagi kami dah gi team building. Kendian kursus 2 minggu. Kemudian kami berpisah 6 bulan. Kemudian berjumpa lagi untuk kursus 3 bulan. Kemudian berpisah lagi 3 bulan. Pastu jumpa balik. Akhir sekali, kami pon berpisah dan mula bertugas dalam erti kata sebenar. Setahun kami pisah jumpa pisah jumpa dan ia telah mewujudkan satu talian persahabatan yang unik. Perasaan aku je lah kot.

Sekarang, 3 daripada kami dah bertukar jabatan, sorang bertukar kerja dan ada sorang yang cuti tanpa gaji. Tapi, masing2 macam tak boleh terima hakikat bahawa kami dah lain jabatan. Kalau ada apa2 aktiviti kengkawan jabatan asal, kami yang dah tukar ni pon sibuk la nak join. Sedey je biler tak tau perkembangan terkini derang sebab 'alerrr terlupa la, korang kan dah jabatan lain'. Hahaha. Aku rasa ini adalah salah satu kenangan manis dalam hidup aku. Syo syweeeetttt!

p/s yup! aku rindu dengan derang sumer... sob sob sob.

Monday 16 February 2009

Buat Apa Di Hujung Minggu?

Balik dari futsal, abang suh siap. Awal lagi, lum pukul 12 pon. Aku pon lengah2 je lah. Sekali, biler dah kuar, abang belok kanan. E'ehhh kiter nak gi maner nih? Nak gi sana ke? Lerrr nape tak cakap suh siap cecepat tadik. Yeay yeay!

Sampai sana, terus gi angsa na. Dah lapar plus nak gi romantiika. Sampai2, tengok ada bunting pelancaran sldn. Mesti jumpa kawan nih. Masuk2 je, makan dulu. Nampak dah orang yang dikenali.


Sorry ler owang jb ek. Aku rasa stulang laut punyer lagi kick ar daripada hj wahid nih. Rasa macam mi kari pon ada. Stulang laut nyer ada cendawan goreng tepung, kuih tempeyek yang rangup, toge yang dicelur dan limau sambal.

Lepas makan, jenjalan tengok pameran. Jumpa kawan seopis dan ex seopis (mersing). Dapat ler pen, keychain dan note book kecik. Pegi romantiika, takde stok baru. Erm... keciwa.

Selesai kat situ, gi maidin plak. Terjumpa plak benda nih. Ingat nak beli gaji bulan nih. Sekali tengok rege, tersangat lah reasonable. Stok pon ada. Terus je lah sambar.

Tempat lain memang tak jumpa tv semurah ini. Kalo kat k4, dengan rege ni tv 14 inci pon tak dapat nih. Tapi aku dapat 21 inci punya lagik.

Selesai kat sini, dah dekat kul 5. Pegi johor jaya, carik kepala pili. Haih! Musykil aku. Bilik air tengah tuh jarang diguna. Tapi kepala paip dia sumer nyer dah rosak. Aku bagi tempoh 6 bulan, rupanya tak sampai 6 bulan dah kong. Memang la pemaju kasik tap yang ala2 je kan. Tapi bilik air aku punyer ok jek. Ganas2 tul tetamu aku. Solution nya, untuk bilik air tengah tuh, kiter guna kepala paip besi galvani yang keras tu jek. Takyah nak melawo. Komfem sampai pencen tak rosak.

Sampai2 je kedai fevret ku, tutup la pulak. Ari sabtu dia tutup kul 4.30pm. Lorrr aku sampai kul 5pm. Dah takde tu, nak blah, tengok2 dah dekat ngan tesko ekstra. Terjah ler epal ganal dulu.

Duren2 memang best.

Oleh kerana nak berlama2 tengok wayang, tokleh la beli duren2 tu lelebih. Biler masa plak aku nak makan kan. Kendian, terus gi tebrau siti. Beli tiket dulu. Punyer la panjang barisan. Aku rasa, kali terakhir aku bersusah payah beratur beli tiket wayang ialah masa nak tengok kabhi kushhi kabhi gham kat midvaley dulu. Punya la ramai umat manusia. Memang banyak movie pon. Time dah dekat giliran aku, dah blink2 'few'. Jangan ler abis plak tiket nih. Sibbaik sempat.

Dah dapat tiket kul 9.10pm, kami pon membunuh masa di jasko. Masih ada jkad sale lagik. Pusing punya pusing, kul 8pm kami gi makan. Pon ramai umat. Ramainya orang kat dalam bangunan nih.

Ehhh lupa lak. Dalam jasko tadi terjumpa ngan melly. Kawan sekampung abang dan classmate kami juga. Makin montel kawan ku ini.


Punya lah ramai orang, air dah nak abis, makanan tak sampai2.


Abang makan nih. Sebenonya dari minggu lepas (besdei abang) dah niat nak banjer abang makan nih.

Aku seperti biasa ar, penggemar kambing. Sampai terlupa ambik gambo. Sampai2 je, terus ngap.

Abis makan dah kul 9pm. Terus ler gi ke panggung wayang. Mak aih... ramai giler. Yang menunggu lampu nombor '1' menyala pon ramai. Biler lampu nyala jer, terus sumer serbu. Macam lah nak naik air asia takde nombor seat ek?

Mentara wayang start, abang pon sempat gi isyak dulu. Abang sampai pon wayang tak start2 jugak. Last2, kul 9.30 baru start. Dia nak bagi peluang sumer orang tengok dari mula kot. Hampir fullhouse. Bebudak ramai giler. Lagi ramai dari orang dewasa kot. Hehehe kot lah. Kesimpulannya, bebudak memang suker ler. Aku suka lah jugak, tapi tak sesuka derang la kot huhuhu. Aku cakap begini sebab aku tak pernah tengok upin dan ipin kat tv hahaha.

Tengah tunggu orang masuk tu, ternampak plak anak jiran sebelah rumah kat kampung. Hek elehhh... punya lah aku datang dari jauh, jumpa orang kampung kat sini jugak. Masa tunggu makanan tadi pon nampak kawan sekampung jugak hihihi.

Selesai citer tu, kami pon nak bayo parking. Mak aihhhh panjang giler. Mulai bulan februari, walo pon ada jkad, still kena bayo selepas 2 jam. Kalo takde kad, selepas 1 jam. Dia memang tak mo orang shopping kat jasko lelama kot. Ko dah kehilangan 2 pelanggan selepas ini ok. Aku dan abang ler hehehe.

Sampai rumah, terus ler pasang tv baru. Tv kecik letak kat dapo, tv baru letak kat bilik. Pas nih nak beli tv lagi. Berapa banyak da... Tapi kali ni kena beli yang best2 sikit. Soni 37 inci tu macam menarik jek? :-P

Semalam plak, pegi kedai beli cable dan benda alah nih. Akibatnya, malam tadi tido lambat sebab menggodeh benda nih la.

Splitter ini adalah penyelamat. Tengah pikir cemana nak overcome losses kat sini. Satu tv ok, satu lagi cam tak terang plak. Kena buktikan kat abang bahawa aku sememangnya layak memegang segulung ijazah kepujian dalam major bidang telekomunikasi kehkehkeh. Tapi pasang terminal coaxial cable pon tak tau huhuhu. Eh, sekarang dah tau dah.

Eksperimen kami berjaya! Tengok tv kecik tuh. Pasnih boleh lah aku masak sambil layan spakiu hehehe. Takde alasan lambat maghrib sebab memasak huhuhu. Petang ni abang wat wiring eh?

Malam tadi juga aku tengok cite toll gate girl kat ntvtujuh. Tapi tak sampai abis la. Dia start kul 11pm. Sebelum tuh tengok hujan malam. Sambungan dari minggu lepas. Apa daaa. Lum mati lagi dia dah kasi laki dia kawin. Tetiba dah bersalin, tak ninggal plak. Tak pepasal dapat madu huhuhu. Geram tul tengok eman manan dalam citer nih. Bleh pulak dia main kejar2 ngan awek dia kat rumah sendiri. Pang!!!!!!

Friday 13 February 2009

Nak Join?

Weekend ni nak wat apa?

1. Nak tengok wayang - upin ipin (done)
2. Nak makan kambing - lamb chop / beriani (done tp lamb stew)
3. Nak tengok kambing - dewan jubli ada pameran cam tahun lepas
4. Nak tengok 24 (done season 2)
5. Nak tengok Meteor Garden (done sampai abis. pon nangis2 lagik)
6. Nak tengok raje lawak - malam nih dan ulangan ari sabtu dan ahad (done)
7. Nak potong kain - batik 3 lai
8. Nak shopping - rangsang ekonomi beb... (done)
9. Nak masak dadih
10. Nak cuci porch (done)

Sumer aku nak buat. Tapi lum tau lagi apa yang akan berjaya aku buat. Eh, ada lagi satu...

11. Nak balik. Babai!

Belinda

Balik keje semalam, dalam kete, aku terdengar satu lagu yang sungguh nostalgia. Saper suh dengar sinar kan? Biler linda sebut je, dengar kan lagu daripada belinda carlisle, terus aku kuatkan volume. Apa yang menjadikan lagu ni nostalgia ek? Sebenarnya, lagu ni lah yang aku sampaikan pada peringkat akhir talentime sekolah (tak padan sekolah kampung huhuhu) semasa aku di darjah 6. Masih ku ingat, aku pakai suar ngan baju kemeja time tuh. Huhuhu sungguh meriah suasana ketika itu. Tapi, idak ler aku menang pon. Pemenang nyer ialah oyen. Apa ke nama betul dia ek? Alaaa adik jaja sebelah umah e'in la yu. Dia nyanyi lagu graviti yang pusing2 mike tu, kalo tak salah la. Yang lawak nyer, ada ker cikgu siap umumkan saper yang corot. Cis! Sibbaik bukan aku. Biar lah aku rahsiakan demi menjaga nama baik beliau huhuhu. Yang best nyer, pencorot tu nyanyikan lagu Sumbanganku. Lagu norshila amin tuh. Memang sumbang hihihi. Masa zaman tu memang glemer album kompilasi lagu omputih nih. Apa ke nama album tu? Dia ada bersiri siri. Abah yang beli tau album tu. Kat kedai syarikat. Kalo nak tau, abah pon ada beli album aishah janji manis mu. Pastu album shila majid lagenda, wann yang ada lagu ewa ewa tuh dan duet cover version zaleha hamid dan abdullah chik. Oh! Best nyer lagu2 dalam album duet neh. Tapi sumer tu dah takde dah. Tah mana hilang tah. Okeh, ni lirik lagu yang aku nyanyikan ituh.

Tinggalkan Cahaya Tuh Menyala (Untuk Aku) - ko nak pegi, pegi lah, tapi jangan padamkan lampu beranda okeh? aku takut nak balik nanti. gelap!

Take my hand
Tell me what you are feeling
Understand
This is just the beginning

Although I have to go
It makes me feel like crying
I don't know when I'll see you again

Darling leave a light on for me
I'll be there before you close the door
To give you all the love that you need
Darling leave a light on for me
cause when the world takes me away
You are still the air that I breathe

I can't explain I just don't know
Just how far I have to go
But darling I'll keep the key
Just leave a light on for me

Yes I know
What I'm asking is crazy
You could go
Just get tired of waiting
But if I lose your love
Torn out by my desire
That would be the one regret of my life

Just like a spark lights up the dark
Baby that's your heart

Nih plak utube dia nyanyi live. Tak best ar kalo letak lagu dari kaset kan. Suara live lagi hampir dengan suara aku time pertandingan tuh huhuhu. Layan kan ajer...



Opsss lum abis lagi. Aku nyanyi lagu ni time final kan? Wah! Macam final af lak bunyik nyer. Lagu apa plak yang aku nyanyi di peringkat saringan? Tadaaaa! Lagu ni lah. Lupe la pulak saper yang nyanyi lagu nih. Tapi memang aku sangat suka lagu ini pada ketika itu. Eh, sekarang pon kalo dengar, masih best lagik. Kalo aku undi kat sinar mesti leh masuk carta sms sinar ek? Masaelah nyer aku lupa kumpulan apa yang nyanyi. Dush! Camne nak kasik dengar lagu nih ha??? Puas ku gugel dan ku yahu kan, non ado! Adakah ini membuktikan bahawa lagu ini hanya popular di telinga ku sahaja? Huhuhu sedey nyer. Mana nak carik neh??? Anyway, layan lirik je lah. Ni pon aku tak jumpa kat internet. Tapi masih ku hapal. Lebih kurang gini la...

Firasat Cinta

Semalam waktu pun menyepi
Purnama hilang embun bermimpi
Di kamar usang ku menghitung hari
Sakit mentari dinodai

Dalam hakikat janjimu ku ikat
Dalam firasat lukaku terubat
Segala pertanyaan tiada terjawab
Dalam debar mencari kasih

Pasti seribu tahun tahun lama
Aku harus menanti
Pesona cinta kau tiada bersembunyi

Anggunnya dia wajah mu
Sinar cahaya
Keharuman bak sutera
Itulah yang ku rindu
Penyuluh jiwa
Bagai penawar derita

Tetapi gelora terpancar jua
Entah bila mendung menjelma tiba
Ku gapai cahaya tiada terdaya
Terdampar menanggung luka lama

Bagaikan terasa kau mempersenda
Atau mungkin cuma hanya menduga
Selagi hakikat kasihku ikat
Atau firasatmu tak menentu

Sekian terima kasih. Tepuk tepuk tepuk tepuk.

Thursday 12 February 2009

Ronda Kampung

Hari isnin lepas, lepas 'penat' tidooo jek, abang ajak jenjalan. Aku suker hihihi. Eh? Dah tak mogok kah? Kira dalam tempoh pemulihan ler tuh. Kan aku dah cakap, mogok sampai aku dapat rumah ku semula? Consider settled je lah.

Dalam pada settle tu, aku ni betul la kedekut dan berkira. Sampai kan orang tu park kete kat depan rumah pon aku leh hangin. Ni memang kena berkira ok. Depan umah aku ada pili bomba. Atas jalan pulak ada tanda 'H'. Apa, ko ingat 'H' tu sempena pangkal nama ko? Nahi nahi. Tu maknanya ada pili bomba di situ. Sibbaik ada reason ek? Huhuhu selamat. Kalo aku sajer2 tak kasi parking, mesti abang lak mogok ngan aku hihihi.

Ok, habis dah bab tuh.

Berbalik kepada ronda2 kampung eh. Memula kami pusing taman nih jek. Kendian ikut jalan parit lapis sempadan plak. Motif? Mata aku sekarang sangat sensitip terhadap bunga kertas. Tak boleh tahan. Biler ronda2 kampung nih, leh tengok pokok bunga nih kat laman orang. Sambil2 cari idea nak beli kaler apa plak pasnih. Secara rambang nyer, aku rasa yang kaler merah tu memang wajib ada lah kot. Takpe, aku dah ada dah. Ada tu daun tak nampak, bungaaaaaaaaaaaaa jek penuh. Eeeeeeee geram nyer.

Ronda punya ronda, tembus lah ke jalan parit botak. Kalo patah balik, tengok rumah yang sama. So, abang masuk jalan parit daun plak. Best best. Macam2 kaler bunga aku tengok. Siap leh wat analisis, rumah mana yang baru lepas sapu laman. Teringat zaman dulu2. Ada tu, pokok bunga lantana cam aku punyer tu, gemokkkkk pokoknya. Penuh lah bunga dia. Cis! Mencabar betul la.

Sebelum sampai rumah, kami singgah tapak pembinaan kat seberang sungai rumah kami ni jek. Sepelaung gituk. Katanya saiz 'lebih luas'. Ok. 24x70 jek. Bila masuk, e'eh, naper cam kecik jek umah nih? Alerrr lebar je lebih sikit. Binaan dia kecik jek. Tanah kat belakang rasanya 12 kaki gitu. Porch plak ada lah dalam 20 kaki kot. So? Berapa luas rumah nih? Maka, jadik kecik la kan? Dia lebih kan tanah dan porch rupanya. Porch tu leh masuk 4 bijik kete rasanya. Bilik dia pon kecik2 jek. Tapi kalo nak bercucuk tanam kat belakang rumah memang best la. Kalo nak 'rumah' yang luas, kena modal sendiri la nak sambung belakang tuh. Tak best ah. Wira jayer ku jugak yang best hihihi.

Wednesday 11 February 2009

Bongsu

Uhuks! Sedey tau. Orang salu tanya, aku anak ke berapa. Kalo orang yang takde kena mengena atau yang bertanya sekadar untuk berbasa basi, aku salu cakap, anak bongsu. Huhuhu sungguh perasan. Sebab apa ek? Sebab memang aku anak bongsu kepada emak aku aper.

Aku suka kalo balik kampung jumpa sedara mara biler derang cakap, aku ni anak umak ku yang alus. Keh keh keh. Sker sker! Apa tah yang best nyer biler jadik anak bongsu neh. Aku pon tak tau dan tak rasa apa2 keistimewaan ke hape. Cuma perasaan halus di sudut hati tu macam melonjak2 gitu. Tah, apa jenis perasaan tah. Perasaan perasan kot huhuhu.

Aku ada adik. Biological sister okeh. Takde syak wasangka lagi. Tapi, aku still perasan yang aku ni anak bongsu. Nak kata manja ke, dimanja ke, tak de pon. Kan? Kan?

Alerrr kasi can ar aku nak jadik adik bongsu. Kesian aku tau. Dah ler lahir thru' c-sect. Pastu derang citer, arwah mak mula sakit sejak terjatuh time ngandungkan aku. Huhuhu. Eh , yang aku tiba2 ni apa hal ha? Entah?

Satu hal lagi, kalo orang tanya pasal adik beradik plak. Susah tul nak jawab. Macam kes di atas, ikut jenis orang jugak. Nak kurangkan soalan susulan, aku jawab 7 orang jek. Kengkadang 6 orang. Sukati aku jek. Kalo orang terdekat baru aku kasik ayat matematik 6+4+1. Ko kira lah sendiri.

Rayuan Semak Semula & Teori Kembar

Aku takde pengalaman dalam membuat rayuan semak semula. Tapi baru2 ni aku terlibat sikit dalam perkara ini kat sini. Tak sangka, rupanya ada kes kesilapan teknikal. Terus aku rasa nyesal sebab tak meneruskan hajat nak wat rayuan dalam beberapa situasi sepanjang hayat ku ini.

Kes satu

Rayuan Semak Semula Bahasa Inggeris SPM

Tak lama lepas kuar result, pihak sekolah aku ada mengepos surat beserta borang supaya student yang tak berapa nak ado result bi nyer ini membuat semakan semula. Nampak beno budusnya ek? Cis! Tapi bukan aku sorang je yang dapat. Geng satu 'set' pon dapat jugak. Bayarannya RM50. Mahal beno rasanya masa tuh. Lain la kalo dapat naik 2 ke 3 gred ke kan. Masa tu yang aku pikir, kot2 lagi turun gred, tak ke naya? Plak tu, kan ke aku pitam2 time exam tu kan. Aku sendiri tak yakin sangat time menjawab, saje carik pasal la pulak kang. Walo pon keputusan tu tak mengganggu agregat, aku pon takmo menambah buruk sijil spm kuh nanti. Sudahnya, aku abaikan ajer. Baru ku tahu, kalo kat tempat aku, selepas semakan, keputusan yang lebih baik akan diambil kira. Maknanya kalo markah turun, dia kekal kan yang lama. Tak tau la spm nyer kes cemana.

Kes dua

Rayuan Semak Semula Subjek Engineering Lab

Ni masa degree. Pon kos nyer RM50. Kalo tak salah la. Masa tuh aku dapat gred teruk sangat, tapi still pass la. Paras idung kata orang. Sem tu memang cgpa aku jatuh jugak ar. Memula, berkobar2 aku nak buat semakan. Sebabnya, dengan gred cenggitu, umpama aku tak buat lab langsung, atau tak hantar report. Aku suspect maybe report aku hilang ke gitu lah. Pastu, pikir2 balik, awal2 sem nak pakai duit. Loan tak masuk lagi. Pasrah je lah.

Kes tiga

Rayuan KPLI

Ni selepas kandas mtest. Humangaih! Susah jugak soalan math tu ek? Soalan sekolah menengah je, tapi dah lupa teknik, langsung tak sempat siap. Lepas tau dah kandas tuh, terus putus asa, takmo jadik cikgu dah. Pon tak merayu.

Gitu lah lebih kurang pengalaman 'tak' membuat rayuan. Malas arrr nak ngendeng2. Terima je lah hakikat. Tapi ada satu rayuan yang mesti dibuat. Kalo tak buat, memang rugi arrr. Rayuan pengurangan saman speed trap!

Teori Kembar

Sebelum ni aku terima dengan positifnya teori yang mengatakan, anak kembar akan lahir secara berselang generasi. Maksudnya, kalau ko kembar, anak ko takkan kembo, tapi cucu ko yang berkemungkinan kembo.

Tapi, baru ni, baru aku tau bahawa bapak si ekin (mawi) tu ada kembo. Kembo pempuan. So, teori di atas otomatik boleh dianggap mitos hihihi. Sesuka ati aku je.

Takde Apa Apa

Nampak sedap je bubur ni. Tapi time demam, tunjuklah makanan sedap camne pon...

Macam zaman sekolah2 plak wish besdei beramai2 cenggini. Belum matang lagik bebudak nih

Best betul weekend aku yang lepas. Bangun makan tido, bangun makan tido. Langsung tak produktif. Kengkonon nak jenjalan shopping ker. Dah lama giler rasanya tak jenjalan. Minggu lepas lepas aku demam. Sebelum tuh cuti raya ciner, lagi lah bizi. Rasa macam dah sebulan tak berkongsi rezeki ngan pasifik tuh. Mesti banyak duit aku kalo selalu camnih. Tapi memang tak bleh la. Gatal tul tangan dan kaki aku ni nak menabur duit tuh. Tak kira! Minggu ni nak gi jugak. Lagi pon nak gi tengok geng upin dan ipin kan. Jom kiter sokong pelem animasi 3d mesia pertama ituh!

Tuesday 10 February 2009

Gegirl Keliru Lagi

Woman missing found at Hulu Kelang.

Wanita hilang di Hulu Kelang ditemui.

Apa yang ko faham biler baca ayat bahse inggeris tuh?

Wanita hilang dijumpai di Hulu Kelang.

Maknanya, ada sorang pempuan nih hilang entah kat mana, akhirnya dijumpai di Hulu Kelang.

Ayat bahse melayu plak?

Sorang wanita yang hilang kat Hulu Kelang, dah pon dijumpai.

Ada lagi 2 yang aku dah lupa. Tapi benda ni kuar kat tv yang bernama tv.

Camno?

p/s atau memang ada dua berita berbeza kot.

Friday 6 February 2009

Penamaan Calon

(Sorry to adik badik ku. Adik mu ini blur tentang discussion arituh. Ikut majoriti jek lah)

Ehhh ni bukan penamaan calon pilihanraya lor. Mentang2 orang sibuk2 pasal folitix, aku lak ter advance dari espiar umum pilihanraya lak.

Alkisah, aku ni sekolah ugama tak abis. Nyesal betul lah. Tak sempat nak belajo pasal faraid. Tapi aku pernah tengok rancangan kat tv pasal syarikat apatah tu yang uruskan wasiat tuh. Antara yang aku paham ialah, kalo takde wasiat, otomatik pembahagian harta akan secara faraid. Kalo ada wasiat, wasiat ni akan diberi prioriti. Selebihnya baru ikut faraid. Tapi wasiat pon takleh sesuka ati. Tulah gunanya ilmu faraid. Kiter leh menimbang2 untuk membuat wasiat. Pastuh, dalam wasiat nih, ada satu part yang tokleh diambil ringan ialah berkenaan hadiah aka errr lupa lak time nak taip nih. Kiranya kalo kiter cakap nak bagi hadiah kat sesiapa, memang benda tu komfem dia punyer. Rasanya kalo kiter beli insurans, ejen tu leh terangkan jugak sikit2. Pastu, istilah wasi dan waris. Kengkadang kiter terkeliru. Kalo kata penama kwspi ker, aesbi ker, tu nama kiter, duit tu akan jadik milik kiter biler orang tu meninggal. Padahal, penama tu bertindak sebagai wasi atau pon pemegang amanah untuk membahagikan duit tu kepada yang berhak menurut faraid. Kira aku sepatutnya tak layak ler jadik wasi ni sebab tak arif bab faraid nih huhuhu. Silap haribulan, penama ni makan sorang plak.

Dalam kes syarikat wasiat nih, derang diberi amanah sebagai wasi atau pemegang amanah. Kalo yang 'gomen2' sikit, ada amanah rayer. Kalo yang banyak duit tu, leh hire syarikat swasta nih. Macam kes baru2 ni, yang bunuh bini, pastu masuk spital bahagia, tuntut rete bini dia, pastu tak dapat sesen pon tu kan. Tu kan amanah rayer yang tolong kat mahkamah kan.

Alerrr aku ni bukan ler berharta sampai nak membahagi2 rete bagai nih. Cumanya time beli insurans arituh, ejen tu kering lioq jugak lah menerangkan kat aku pasal penama. Penama insurans ni kira penerima hadiah lah kan. Kot gitu lah yang aku paham. Susah gak nak letak penama insurans nih. Nak letak nama laki, kang dia dapat duit insurans wat kawin lain lak. Bukan takleh kawin, tapi bukan lah dengan duit insurans bini kan? Kalo banyak hutang, elok lah bagi kat suami, leh dia tolong settle kan hutang tuh. Kalo setakat hutang ptptpu, dah ada insurans, hutang rumah, pon dah ada insurans. Aku pon kompius nak letak nama saper.

Citer pasal insurans rumah ni, arituh kan ada kawan abang beli umah kat taman jaser senggarangg tuh kan. Menurut cerita abang, jiran dia tak sempat duduk, wife nyer dah meninggal. Ironinya, rumah tu atas nama wife tersebut. Makanya, free je lah dia dapat rumah tuh. Tapi, sebagai suami, takkan la tergamak nak duduk rumah tu kan? So, dia nak jual la rumah tu. Rege pon ok. Tak tau lah dah terjual ke belum tuh.

Eh, dah melalut2 nih. Sebenonya aku tengah fikir pasal penama kedua tanah penerockers feldaa. Kalo tak salah aku, dulu penama kedua ni taruh nama anak lelaki sulong. Tah ye ke tidak tah. Mandai aku jek. Sekarang nih, penama kedua kena letak nama penerockerswati. Pedulik haper nak heran kan? Dah derang laki bini yang menerockers tanah tu dari mula jalan tanah merah, sampai la ke la, jalan tar 4 lane (hihihi ni tipu arrr). Memang mereka berhak pon. Kami sebagai generasi kedua adalah pewaris. Tak lari gunung di kejar kan? Tapi kete kemri bleh lari kalo di kejor yop!

Masaelah nyer sekarang, camne kalo penerockerswati yang tersebut adalah bukan penerockerswati yang asal (hadir 15 tahun kemudian, 5 tahun selepas kemeninggalan penerockerswati asal) dan mempunyai anak yang asalnya bukan generasi kedua?

Sekarang nih, pejabat tanah kot, memerlukan surat daripada anak2 penerockers yang memberi persetujuan untuk meletakkan nama penerockerswati baru tersebut sebagai penama kedua.

Persoalannya, apakah hak generasi kedua selepas kemeninggalan penerockers tersebut?

Adakah tanah tersebut akan menjadi hak mutlak penerockerswati baru dan seterusnya turun ke waris2 beliau?

Rasionalnya, macam kes baru2 ni yang makk bapak letak nama rumah atas nama anak, anak tu jual rumah mak bapak, kendian pembeli sewakan balik umah tu kat mak bapak dia. Kami ni bukan lah sekejam ituh. Kami ada rumah masing2. Kami pon tak duduk situ.

Kami sebagai generasi kedua ni sebenarnya bukan lah jenis manusia mengejar harta pusaka ke apa. Benda tu rete mak bapak kami. Kami tak minta apa2. Kami boleh cari harta lain. Cuma benda tu bukan ker ala2 hak ek? Serius, aku tak tau pasal urusan tanah2 atau rete2 nih. Alerrr nampak macam aku ni materialistik la pulak. No! Aku tak nak pon rete tu, tapi tak jugak boleh dilepaskan begitu sahaja.

p/s Alhamdulillah, abah ku masih sihat walafiat. Entry ini tak bermaksud nak membesarkan sesuatu seperti itu, sedangkan abah masih hidup. Salahkan pejabat tanah yang raise the issue hihihi. Sorry kalau ada yang sensitif dalam perbincangan ini.

p/s2 Tak setuju! Abaikan jek dulu. Tapi kan, nanti balik kampung, standby ler kalo kena sindir ke hape. :P

Gerbang Dunie Kiter


I like this channel. Kat sini jer kiter boleh tengok orang amno leh duduk sebelah orang pikear sambil berbalas2 hujah dengan 'aman' nyer. Depan tivi nampak aman. Time eklan kiter tak tau. Mesra politik betul channel nih ek? Aku suker!

Walau pon pelbagai krisis berlaku sejak setahun kebelakangan ini, aku sebagai 'insan biasa' ni telah belajar banyak perkara. Tentang undang2, folitix, ekonomi dan macam2 lagik. Kalo tak berlaku, kiter tak tau, kan?

Thursday 5 February 2009

Happy Birthday!


Selamat Hari Lahir Ke 30 Kepada Encik Hairulazwan bin Hashim.

Semoga semua impian dan cita-cita akan terlaksana serta segala doa dimakbulkan.

Age is just a matter of mind.

If you don' mind, no matter!

Semoga bergembira makan 3 potong kek!

Nah, kek lagi...

Dan lagi...

Lagi lagi kek...

Tuesday 3 February 2009

Lagi Lagi Mogok


Carik pasal memang senang. Dan best. Pada waktu tu lah. Biler pikir balik, sampai biler? Ah!

Aku ingat akan mendapat ketenangan fikiran selepas berpusing2 keliling parit raja mencari rumah. Masalah nya, rumah murah selalunya ber jalan mati. Leceh nak u turn. Rumah tak ber jalan mati ialah rumah sederhana ke atas. Yang juga bermakna sewa nya sederhana dan ke atas juga.

Dua minggu lepas, sebelum raya ciner, aku dah jumpa satu rumah. Dah siap call landlord bagai. Sudahnya, dia nak rumah lain. Setingkat kononnya. Sewa rm280. Murah.

Minggu lepas, hari Selasa, dia datang bawak pc. Hari Rabu dia datang lagi. 2 trip. Bawak segala mak nenek rete. Penuh bilik tengah tuh. 10x10. Leh bayangkan la banyaknyer camne. Gas dapo pon ader. Kira semua rete dia lah tu kan.

Hari Jumaat dia datang lagi. Basuh rumah. Belah malam, abang pon ikut sekali gi baca yasin.

Hari Sabtu dia angkut segala rete benda tadik. Feh! Lega.

Tengahari Sabtu, derang lepak2 tengok tv sampai ke petang.

Lepas Maghrib, derang kuar. Aku ingat dah blah rumah sewa dia. Rupanya dia gi angkut semula barang2. Sebahagiannya ke rumah aku. Sebahagian lagi dalam AH ku. Dan dia balik semenchu dengan AH ku itu. Aku kisah dan berkira. (Boleh tak aku nak beli kete lain?)

Aku tak tau lah kat mana dia letak his mind. Katanya environment rumah sewa tu tak best. Satu malam pon dia lum tido situ, dah ngengada. E'eh, best nyer environment rumah aku biler ko duk sekali. Ceria, sejuk dan happening jek aku rasa sejak 2-3 hari nih. Kesimpulan yang boleh aku buat ialah, gedik dan mentel. Lelaki pon ada yang gedik dan mentel ek.

Hari Ahad tengah malam, dia datang dan memulakan kerjaya baru nya dari rumah ku. Sehingga kini. Dan dia menemui hari kedua kerjaya barunya di rumah ku. (Boleh tak aku nak beli rumah lain?)

Semalam aku sampai rumah kul 6.45pm. Hari ni juga mungkin sama. Atau mungkin 7.30pm. Hari seterusnya juga mungkin sama. Sehingga rumah ku menjadi rumah ku semula.

Semalam aku tak masak. Aku makan di warong harun. Hari ni juga mungkin sama. Atau mungkin restoran lain pula. Hari seterusnya juga mungkin sama. Sehingga rumah ku menjadi rumah ku semula.

Semalam aku kunci peti suara. Hari ni juga mungkin sama. Atau mungkin kunci pintu bilik juga. Hari seterusnya juga mungkin sama. Sehingga rumah ku menjadi rumah ku semula.

Ya! Aku mogok. :P

p/s 1 dia nampak macam ada abang dia sorang jek dalam rumah tu? rumah saper tu ek?

p/s 2 untuk rekod, dia pernah menumpang di rumah ngah di nilai selama 6 bulan masa praktikal dan rumah kak zela di masai selama setahun sebelum kawin. masa duk masai tuh dia keje kat senai. jauh gilos. kira hidup menumpang ni umpama sesuatu yang best bagi dia kot. abang, kakak dan kakak ipar dia sumer sporting, kecuali aku. ada aku kisah?

Cases

Situasi 1 : 9.15pm

A : Sorang je ari ni dik? Abang mana?

B : Errr kursus

A: Kerja?

B : Kursus

Errr tipu sunat :P

************************************************************************

Situasi 2 : 7.35am

B : Ah!

Repetition day : Off

Errr siapa sabotaj henfon aku? Atau aku sendiri yang mensabotaj? Tak mungkin, sebab untuk pergi ke menu alarm, perlu tekan banyak key. Auto kot.

Punch card merah.