BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 30 September 2009

Balik Semula Ke Parit Raja

Hari raya ke-6, Jumaat, kami pon balik semula ke parit raja. Memang sungguh penat hari raya tahun ini. Kami bertolak sebelum tengahari.



Raya ke-6, baju raya ke-5. Ada lagi 2 pasang tak pakai lagik.



Memula gi raya umah najib. Tengok2, naim dah gondol rambut semula. Dalam masa 3 bulan, 1 inci rambut dia tumbuh. Terpacak plak tuh. Cepat betul. Cuba tengok gambar sebelum dan selepas nih.


Dia selesema, tu yang kuning hidung ditenyeh kunyit tuh.

Dari rumah najib, kami menuju ke kota. Singgah jumaat kat masjid kampung makam. Bilal dan khatib dia sungguh la sedondon. Siap berlagu. Baca khutbah pon berlagu, suh jemaah luruskan saf pon berlagu jugak hihi.

Kat masjid ni lah terletaknya makan sultan mahmud mangkat dijulang.


Masjid belah kiri.


Makam belah kanan.

Lepas jumaat, kami terus ke jb. Kononnya encik hairul nak pergi beraya di rumah cikgu sekolah vokay beliau. Nak pegi ngan adik kak ani la kununnya. Sebelum puasa itu ari, tiba2 cikgu tu call, sembang2. Pelik jugak. Try call banyak kali, tapi tak angkat. Mula la fikir yang bukan2. Dulu pernah dengar citer cikgu ni sakit. Entah2, dia call tu ari tu untuk kali terakhir ke haper ke kan. Mudah-mudahan cikgu rohana masih panjang umur hendaknya. Kot sape2 kenal cikgu rohana sekolah vokay tanjung puteri, sila la update, okeh?

Sampai ke jb, still tak dapat contact cikgu tu, so kami melencong ke jusco. Tak sampai sejam dah kuar balik. Takde benda yang dicari. Dah terlanjur kat jb tu, pegi je lah ke taman u. Actually nak cari notebook sleeve ngan cooler. Banyak pon kat taman u tu. Suka!

Dah kat situ, perut mula lapar. Pagi tadi sarap ubi rebus ngan sambal tumis jek. Aku makan fries jek. Mana tak lapar. Dah pukul 4.00pm. Sampai kulai, try call member yang buat open house tuh. Boleh datang lagi tak? Katanya, lepas jumaat. Boleh lagi. Sampai umah dia ni, aku makan cukup2.

Sesat la jugak nak menyampai ke rumah dia. Dia kata, pintu rumah dia ada gelung 3. Aku dah imagine gelung rotan tuh. Kenapa pulak nak letak gelung rotan kat pintu eh? Ropa2nya, gelung yang dimaksudkan itu ialah erkkk cemana nak terangkan eh? Alaaa kalo kat beranda ke, jalan masuk tu kan ada lengkung bentuk kubah gitu kan. Benda tu lah yang dia maksudkan gelung. Cuba tengok gambar nih.

Gelung???

Masuk2 je rumah, terus minum air dengan banyak nya. Macam kebulur je kekdahnya. Kendian dia suh makan. Mula nampak mihun kosong atas meja. Ingat, alamakkk makan mihun je ker? Aku dah lapar gilos nih. Ropanya ada nasik dengan lauk bermacam2. Daging masak black pepper, asam pedas ayam, ikan keli bercili, ulam2an, kerabu mangga, sambal belacan dll. Apa lagi, makan ler dengan lajunya. Encik hairul siap tambah dan makan 2 ekor ikan keli lagi hihi.

Selesai makan, balik ler. Kata datang open house untuk makan kan. Oh, bermaaf2an juga. Kendian, kami pon balik. Singgah solat kat simpang renggam. Tetiba, encik hairul dapat idea nak balik parit yusof pulak. Kebetulan ngah pon nak pergi sana, ada la geng. Biar penat sekaligus jek. Kalo tak, kena pegi jugak hari lain. So, calling2 ngah, dia baru sampai parit sulong. Boleh la. Kami pon pecut ke sana lalu yong peng. Singgah maghrib kat parit yaani.

Sampai umah nenek, derang baru nak makan. Makan lagi. Lom hadam ikan keli tadi. Tapi, rezeki jangan ditolak. Lauk sup ayam ngan telur dadar dan ikan kering je, tapi menjilat jari tuh. Huhahuha, pergi pulak umah maklong. Dah jumpa maklong kat umah nenek tadi. Saje pegi umah dia, jumpa sepupu2 pulak. Oh, sedapnya dodol di rumah itu. Lepak2 sekejap, pukul 10.30pm baru kami balik. Sampai rumah lebih kurang 11.30pm. Feh! Lega. Yang tambah lega, cherry dah jejak ke rumah ini hihi. Dari aritu dia tak balik lagi.

Hari sabtu, hari lepak. Tak kuar rumah pon. Aku masak kari bungol jek. Tengahari, abang yus pulak datang. Kak ada cerita, dia baru je keguguran. Anak pertama dia dah 8 tahun. So, biler pregnant tu, suka ya amat la kan. Sekali, baru 2 bulan, jantung baby terhenti. Terpaksa gugurkan. Dia kata, dia ada buat treatment ngan sorang pakcik ni kat skudai. Umahnya dekat2 hotel goodhope tuh. Siap mandi air kelapa malam2 lagi. Laki bini kena mandi. Sebulan kemudian, terus lekat. Tapi, takde rezeki. Kata maklong, tanah dah lama kering, tiba2 lekat, tu yang tak tahan tu kot. Perumpamaan orang tua2. Dia kata, lepas 6 bulan baru dia nak pergi semula. Kalau ok kali ni, dia nak suh aku pergi. Kiter tengok nanti macamana.

Lepas derang balik, ramai pulak budak2 datang beraya. Derang nampak pintu terbukak kan. Kang baraan aku akan pastikan derang tak dapat duit raya kali kedua. Aku hapal muka korang okeh. Huhu kedekutnya.

Hari ahad pulak, kami keluar ke bp. Dah sebulan tak makan beriani super. Padahal, bulan puasa tu, selalu jugak makan beriani. Tapi bukan super la. Tak sama. Lepas makan, kami uruskan hutang2 bank. Bayar cc siap2. Lega rasanya. Dah bayar untuk cherry dan kemre tu sekali. Dah takde hutang dah.

Kendian, pegi summit pulak. Sekali jalan je, terus beli beg untuk cherry. Beg putih yang dalam entry cherry tu lah. Jangan main2, LV lagi tau hikhik. Orang beli LV rm5k, aku beli rm50 jek hikhik. Takde saper kisah pon. Kemain lagi ko ek. Sumer nak baru. Alah, sekali sekala. Sekali ni je lah kot.

Malam, baru iron baju. Oh! Dah masuk keje semula. Hiyarghhh... Keletup!


Hari Raya Di Kulai & Pekan Nenas


Hari raya keempat, kami duduk di rumah saja. Tapi bukan duduk saja. Masak ketupat juga. Malam ni baru semua dapat berkumpul. Jadi, kami buat acara khatam dan tahlil la. Dari pagi anyam ketupat, sampai la ke petang, masak kuah soto dan sambal kacang.


Selesai mengaji, makan ler, apa lagi.


Besok pagi nya pulak, lepas sarapan, bersiap2 nak beraya. Adoiyaiii. Penat gilos.


Memula kononnya nak pegi at1 ngan pasak je. Sekali, saper punya idea tah, ajak pegi kulai pulak. Maka, ke kulai la kami. Memula pegi umah pak andak kat errr apa nama tempat yang ada ioi mall tu eh? Makan nasik. Wajib ada rendang cili api. Dari situ, pegi umah cik man pulak. Kat kampung pertanian, dekat2 situ jugak. Makan mihun tomyam pulak. Pastu, saper punya idea tah, ajak gi umah cik as pulak. Kat pekan nenas. Adoiyaiii. Sabau je lah. Pegi la jugak. Baru aku tau, dekat je pekan nenas tu ikut jalan gunung pulai tuh. First time lalu jalan tuh. Sibbaik aku tido dalam kete. Takde la pusing kepala ikut jalan bengkang bengkok tuh.


Ni rumah baru cik as. Masih dalam pembinaan. Rumah pprt nih. tapi, lagi besar dari rumah aku huhu. Asik laaa sebut rumah dia rumah bersama mu.

Dari rumah cik as, waktu maghrib. Singgah maghrib kat masjid besar atas bukit. Terus balik kota. Sampai rumah, boleh lagi masak2. Aku terus kebabom jek. Kul 12 malam aku bangun mandi. Memang amalan tak sihat.


Tuesday, 29 September 2009

Hari Raya Di Kampong

Raya kedua, kami nak balik kampung. Mersing. Bergerak dari rumah lebih kurang pukul 10 pagi. Singgah beraya rumah along (kakak tiriku) kat kota kechil. Makan roti canai nyum nyum. Abang ali pon ada kat sana. Oh, lupa nak citer. Tahun ni anak pak sepan conquer rumah at5. Anak mak siti, cuma ada ina jek. Lepas makan kenyang2, kami terus menuju ke mersing.

Kat mersing, terus gi umah makcik baie (adik abah) kat errr kampung bahagia kot.

Kendian, kami pergi umah maklong (kakak arwah mak). Maklong tengah buat rumah. Rumah baru tu dibuat mengelilingi rumah lama. Jadi, nanti bila dah siap, rumah lama tu akan duduk dalam rumah baru. Kendian baru rumah lama tu akan dirobohkan. Ada pulak gitu ek?

Haaa yang papan tu rumah lama, yang batu tu rumah baru.

Dari rumah maklong, kami ke rumah nenek tepi sungai aka nenek urut. Nenek ni adik beradik ngan nenek belah abah. Suami dia plak adik beradik ngan nenek belah emak. Suami dia dah meninggal. Nenek urut ni da nyanyuk kot. Memel kemain suka dengar dia cerita berulang2.

Lepas tu, kami gi umah pakcik adul. Sepupu abah. Sedap kek kukus dia. Dari situ, baru lah pergi umah abang epet kat kampung makam. Eita dah balik rawang time kami kat rumah nenek urut tadi. Sampai2 je, terus masak. Dari tadi tak makan nasi. Sebelum maghrib, kak onnie balik muadzam.

Malam tu, kami bersembang berborak bernostalgia adik beradik ngan abah. Macam2 cerita keluar. Sampai kisah percintaan abah ngan mak pun ada hikhik. Tido pon pukul 1 pagi. Kalau dilayan sembang, kang sampai ke pagi. Malam semalamnya pon derang sembang jugak tengah2 malam. Aku biasa la, tak tahan ngantuk. Tido lagi best.

Besok paginya, lepas sarap, kami bersiap nak beraya lagi. Nak terus balik kota selepas itu. Memula, pegi umah mak kak ani dulu. Belakang umah derang je. Encik hairul cam biasa arrr, jumpa kawan sekolah dia. Blogger gak tuh huhu.

Lampu pon ada penutup.

Kreatif kan?

Dari sana, pegi umah mak teh. Jumpa tv nih.

Jenama sharp. Solid state katanya.

Pastu, pegi kuburan dulu. Kendian, pegi rumah pakcik rani'. Dia ni suami kepada sepupu kami. Tapi sepupu kami tu dah takde. Baru2 ni, dia dah kawin baru. Kira ni nak jumpa isteri baru dia la. Eh, jap, aku dah kompius, pegi mana dulu eh? Tak kisah la.

Kendian, kami pegi umah sape eh... sepupu abah jugak kot. Tapi dia takde. Pegi umah anak dia. Kat sini, kami berpisah untuk balik semula ke kota. Singgah dulu beli keropok depan sekolah arab. Kengkonon nak makan tengahari kat mersing. Pegi tunas manja sat. Ingat kedai makan kat r&r tu dah bukak. Ropanya semua masih tutup. Patah balik ke bandar, makan kat jeti tioman. Abang tp pon makan kat situ. Boleh tahan sedap nasi ayam kat situ. Laju je aku makan. Ke, sebab aku memang suka nasi ayam? Lepas makan, baru lah bertolak balik kota. Hujan on off time tuh. Aku tido dari ilp lagi. Sedar2, dah sampai tenggaroh. Nak terkucil plak. Maklum la, beraya kan banyak minum. Singgah kat dusun panti. Sibbaik ada tempat tuh. Kalo nak tahan sampai ke kota, ada kang aku lepaskan ajer dalam kete huhu.

Dekat traffic light kota, jammed sket. Jalan desaru pon penuh kereta. Ada eksiden, kete polis. Sape yang salah tuh? Dalam jammed tu, ada la kete2 yang potong kiri. Jadi satu keje pulak, aku yang kena tangkap gambar kete2 tuh. Encik hairul la tuh. Konon rakan cop boleh report ar.


Hah, tu nampak nombor plate tuh. Gi ar report kalo berani.

Sampai at5 lebih kurang pukul 3.30pm. Lepak2 sekejap, terus balik semenchu. Demikian lah kisah kami berhari raya di kampong. Mersing.


Hari Raya Pertama

Koleksi sampul raya yang sedia diagihkan.

Pagi raya, abang2 ku sibuk membakar sate. Dari jam 5 pagi lagi tau. Banyak la jugak sate2 tuh. Lepas solat raya, mak masak puri pula. Macam biasa, tiap2 tahun, orang baraan mesti serbu makan puri mak siti nih. Cicah ngan kari ayam, siap mintak plastik nak tapau lagik. Tapi, makan puri tu kena panas2. Kalau dah sejuk, dah tak kick lagi. Makan gitu aje pon sedap. Tapi, kami orang dalam rumah ni dapat rasa sikit je la. Tak cukup.

Orang laki duk depan.

Orang pempuan duk kat dapo.

Amin ngan nurin.

Amir dan azam.

Budak kecik ni, asal ambik gambar je, mesti nak tunjuk peace. Cuba tengok sumer gambar yg ada dia. Takde yang tak peace nyer la. Prektis jadi miss world kot. Peace no war!

Kan betul aku kata.

Lepas semua balik dari baraan, waktu dah tengahari, sesi bermaaf-maafan dan berfoto.


Tahun ni, baru lah semuanya enterframe. Kalo tak tu, ada je budak kecik yang ketinggalan. Kalo dah budak kecik tertinggal, ngan mak nyer sekali ler ikut tertinggal.

Foto mengikut femli. Kami, masih berdua.

Yayu, najib, nurin dan naim.

Kak onnie, abang saiful, taufiq, diah, uda dan aina.

Abang tp, kak sheila, memel, ariff dan afiff.

Eita, abang zaidi, amir dan azam. Sorang lagi dalam perut.

Lepas zohor, kami semua beraya rumah mak aji, pak sim dan wak ru. Settle semuanya, lepak sekejap. Lepas asar, pergi kubur pulak. Malam raya pertama tak pegi memana. Layan evolusi kl drift jek. Dan makan.

Nak pergi kubur.

Tu la tudung yang susah beno nak carik tu. Biasa je kan?

Monday, 28 September 2009

Ayam Oh Ayam

Sabtu pagi, bangun2 je, terus kemas2 baju dan bersiap2 nak balik at5. Ala, nak balik umah sendiri, bangun pon cepat. Cuba kalo nak balik umah mertua, dah bangun pon buat2 tido balik hihi. Mana tidaknya. Kalo ikut plan nya, aku kena marinate 3 ekor ayam dari rumah lagi tau. Tapi, sekor pon tak nampak bayang lagi. Kononnya aku yang akan balik dulu. Tapi, sudahnya, aku gak yang last. Saper nak jawab tuh? Abang epet ngan yayu dah sampai malam tadi lagi. Abang tp dah sampai kul 4 pagi tadi. Aku? Belum nampak kelibat lagik.

Tengah menunggu encik hairul bersiap untuk menghantar aku, yayu call. S.O.S. Ayam kat at5 dah abis. Sg mas, papan timur pon tarak. Semenchu macamana? Tanya fil, dia kata ada kat kedai sani. Ok, felda paling ceria 2008 ada ayam. Nak berapa ekor? 5 ekor kecik atau 4 ekor besar. Ok, consider done. Maka, aku pon pergi ler ke kedai sani. Sekali sampai...

Alamak! Kena beratur ker? Iyer ler. Limited edition ayam2 nih. Saper nak beratur? Aku la kan. Tu, yang baju pink tu saper lagi kalo bukan aku.

Panjangnyer la haiii. Kira tong2 tu, cukup ke tidak nih? Kalo sorang beli 5 cukup la kot. Kalo sorang seploh ekor?

Lambatnya nak sampai turn aku. Bawah kasut aku tu taik ayam ok. Redah je. Sibbaik la aku ni orang kampung gak. Kalo orang bandar, ada ke yang sanggup buat keje nih ek?

Sengih lebar brader tuh. Masuk metro besok ni, kata derang.

Selang dua orang dari turn aku, derang bagitau ayam yang lain tuh dah ada orang tempah. Yang tinggal cuma yang dah sembelih ni je. Cukup ke tidak nih?

Agak2 ada yang takmo makan ayam tak kalo tengok gambar nih? Akhirnya, dapat jugak kami beli 10 ekor ayam. 5 ekor lagi untuk rumah semenchu. Tengok, semenchu ni, macam2 ada. 2 tahun lepas cariikan uji rasid nak buat laksa pon, jumpa kat semenchu jugak. I love orang semenchu.

Lepas hantar ayam, kami pon terus ke at5. Tiap2 tahun, benda ni lah yang aku cari2.


Sampai2 je, terus la menguruskan ayam2 itu. Lelaki2 siang ayam, pompuan2 siang daging dan buat perencahnya. Petangnya pulak, kak uni sampai bawak ayam dan daging yang siap diperap. Terus lah kami mencucuk sate. Tak terasa pulak banyaknya biler dibuat beramai2. Apa yang penting?


Dah lah tengah puasa lagik. Tengok ni pun dah rasa lapar. Tu tak kira baunya lagi.


Lepas siang ayam, encik hairul balik semenchu semula. Beliau memang anak mithali. Tahun ni semua abang kakak beraya rumah mertua. Yang tinggal cuma anak2 dara dan teruna. Adik2 beliau sibuk soping2 kat kota, beliau tolong emak masak. Sayang, anak emak.

Lepas asar, encik hairul balik semula ke at5 membawa juadah hari raya. Cepat la pulak. Pukul 6pm, hidupkan api, dan bakar sedikit sate. Harumnyaaa.

Berlakon lebih eh.


Demikian lah kisah ayam di hari terakhir bulan ramadhan tahun ini.