Diam tak diam, hari ni genap setahun aku menghuni rumah ku itu. Rasa macam sekejap, tapi dah setahun ropanya. Setakat hari ini, aku masih rasa macam rumah baru lagik. Salah satu sebabnya ialah aku baru cat dinding! Sikit hari lagi, lagi la nampak cam baru sebab nak pasang langsir baru pulak. Semangat2.
Selain dinding hall, kami juga baru cat bilik tetamu. Cat feature wall jek. Cat bilik tido kami dulu ada lebih, so aku suh abang cat bilik tu la. Kenapa aku tak cat semua dinding bilik tu? Hahaha nak cakap memang agak keji arrr alasan nih. Kalau dah dasar pendengki tu, ngan bilik tido pon nak dengki. Ada diskriminasi di situ.
Bilik jahit pulak cemana? Buat masa ni belum cat lagi sebab nak tunggu mezzanine floor tu dibuat. Kenapa tak sebut loteng je? Saje, nak kasik cam best sket. Alaaa biler sebut pasal loteng ni, terus aku jadik down tau. Alaaa, kan aritu kemre aku hilang sebab loteng tu la. Abang pegi rumah member tu nak ambik gambar loteng umah kawan tu. Konon kalau cantik nak suh wak jo tu jugak yang buat. Sekali, bukan setakat gambar, ngan kemre2 nya sekali aku tak dapat tengok. Nak pergi lagi, segan hikhik. Tapi menurut gambaran suami ku, hasil kerja beliau seperti tidak begitu memuaskan kot. Tapi mungkin sebab tuan rumah nak cepat, tu yang dia buat tergesa2 dan kurang keberhasilannya tu. Tu pon dia repair balik kerja yang tergesa2 tuh. Dah, abang kata tangga tu dia buat cam tangga naik rumah felda dulu2. Aku pon takmo cenggitu. Sekarang dah ok kot. Nanti raya kiter gi beraya umah dia nak? Katanya belum siap lagi.
Eh, pasal cat tadik, aku plan nak cat bilik jahit aku kaler maroon/purple/pink. Mesti semangat nak menjahit nanti, kan? Harapan...
Dapo pulak, aku macam sayang nak cat sebab kaler sekarang ni memang sesuai dengan pintu kabinet dapor tu. Kot di kaler kan dengan warna warni kang, jadik tak matching plak. Tengok la nanti cemana.
Semoga rumah ini akan terus aman tenteram selamanya.
Friday, 11 September 2009
Home Sweet Home
Hasil karya AyunasiA pada 11:20 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment