Raya kedua, kami nak balik kampung. Mersing. Bergerak dari rumah lebih kurang pukul 10 pagi. Singgah beraya rumah along (kakak tiriku) kat kota kechil. Makan roti canai nyum nyum. Abang ali pon ada kat sana. Oh, lupa nak citer. Tahun ni anak pak sepan conquer rumah at5. Anak mak siti, cuma ada ina jek. Lepas makan kenyang2, kami terus menuju ke mersing.
Kat mersing, terus gi umah makcik baie (adik abah) kat errr kampung bahagia kot.
Kendian, kami pergi umah maklong (kakak arwah mak). Maklong tengah buat rumah. Rumah baru tu dibuat mengelilingi rumah lama. Jadi, nanti bila dah siap, rumah lama tu akan duduk dalam rumah baru. Kendian baru rumah lama tu akan dirobohkan. Ada pulak gitu ek?
Dari rumah maklong, kami ke rumah nenek tepi sungai aka nenek urut. Nenek ni adik beradik ngan nenek belah abah. Suami dia plak adik beradik ngan nenek belah emak. Suami dia dah meninggal. Nenek urut ni da nyanyuk kot. Memel kemain suka dengar dia cerita berulang2.
Lepas tu, kami gi umah pakcik adul. Sepupu abah. Sedap kek kukus dia. Dari situ, baru lah pergi umah abang epet kat kampung makam. Eita dah balik rawang time kami kat rumah nenek urut tadi. Sampai2 je, terus masak. Dari tadi tak makan nasi. Sebelum maghrib, kak onnie balik muadzam.
Malam tu, kami bersembang berborak bernostalgia adik beradik ngan abah. Macam2 cerita keluar. Sampai kisah percintaan abah ngan mak pun ada hikhik. Tido pon pukul 1 pagi. Kalau dilayan sembang, kang sampai ke pagi. Malam semalamnya pon derang sembang jugak tengah2 malam. Aku biasa la, tak tahan ngantuk. Tido lagi best.
Besok paginya, lepas sarap, kami bersiap nak beraya lagi. Nak terus balik kota selepas itu. Memula, pegi umah mak kak ani dulu. Belakang umah derang je. Encik hairul cam biasa arrr, jumpa kawan sekolah dia. Blogger gak tuh huhu.
Dari sana, pegi umah mak teh. Jumpa tv nih.
Pastu, pegi kuburan dulu. Kendian, pegi rumah pakcik rani'. Dia ni suami kepada sepupu kami. Tapi sepupu kami tu dah takde. Baru2 ni, dia dah kawin baru. Kira ni nak jumpa isteri baru dia la. Eh, jap, aku dah kompius, pegi mana dulu eh? Tak kisah la.
Kendian, kami pegi umah sape eh... sepupu abah jugak kot. Tapi dia takde. Pegi umah anak dia. Kat sini, kami berpisah untuk balik semula ke kota. Singgah dulu beli keropok depan sekolah arab. Kengkonon nak makan tengahari kat mersing. Pegi tunas manja sat. Ingat kedai makan kat r&r tu dah bukak. Ropanya semua masih tutup. Patah balik ke bandar, makan kat jeti tioman. Abang tp pon makan kat situ. Boleh tahan sedap nasi ayam kat situ. Laju je aku makan. Ke, sebab aku memang suka nasi ayam? Lepas makan, baru lah bertolak balik kota. Hujan on off time tuh. Aku tido dari ilp lagi. Sedar2, dah sampai tenggaroh. Nak terkucil plak. Maklum la, beraya kan banyak minum. Singgah kat dusun panti. Sibbaik ada tempat tuh. Kalo nak tahan sampai ke kota, ada kang aku lepaskan ajer dalam kete huhu.
Dekat traffic light kota, jammed sket. Jalan desaru pon penuh kereta. Ada eksiden, kete polis. Sape yang salah tuh? Dalam jammed tu, ada la kete2 yang potong kiri. Jadi satu keje pulak, aku yang kena tangkap gambar kete2 tuh. Encik hairul la tuh. Konon rakan cop boleh report ar.
Sampai at5 lebih kurang pukul 3.30pm. Lepak2 sekejap, terus balik semenchu. Demikian lah kisah kami berhari raya di kampong. Mersing.
0 komen:
Post a Comment