Kalau diberi pilihan buat masa ini, aku akan memilih untuk solat terawih di surau yang memang buat 8 rakaat berbanding buat 8 rakaat di masjid atau surau yang buat 20 rakaat. Bukan tak mampu buat 20. Takde keuzuran pon. Takde la tulang ku boleh patah kalo wat 20 tu. Tapi, sejujur nyer, memang malas. Terus terang je lah kan. Watpe pura2 dan memberi pelbagai alasan. But why? Porke? Kiu? Kenapa?
Seumur idup aku berterawih ni, 3 tempat yang memang buat 8 rakaat ialah
1. Surau seksyen 7 bawah, shah alam.
2. Surau kampung erk apa ke nama kampung tu eh? Kat taman bunga raya lah, dungun.
3. Surau bukit perdana, batu pahat.
Mungkin pengaruh dari surau2 ni jugak kot. Dah biasa wat 8, biler pergi yang 20, still buat 8 jugak. Dengan tak malunya. Malu la jugak sebab makcik2 nenek2 tu sumer buat 20 hihi. Ok, takyah beri alasan.
Berbalik kepada persoalan tadi. Kenapa aku suka gi surau yang memang buat 8?
1. Dapat witir bersama2 imam dan jemaah.
2. Dapat niat poser bersama2 imam dan jemaah. Kalau balik cepat, boleh jadi terlupa niat plak.
3. Dapat aminkan doa lepas terawih. Dah ler susah nak jumpa surau yang baca doa setiap 4 rakaat tu. Setakat nih, masjid at5 ada baca doa tu. Tapi tak seperti surau bukit perdana yang ada amin aminnnnnnnnnnnn tuh. I loike... Eh, boleh ke gini?
4. Dapat terus tadarus bersama2 imam dan jemaah (if applicable ekekekekek)
5. Dapat dengar surah yang panjang2 (huwargh!!! menguap2) dengan surah al Qadr setiap hari. Kalo yang 20 ni biasanya dia baca ikut buku; takathur, wal asr, wailullikulli, alam tarakai rakaat pertama dan qul huallah rakaat kedua. Lepas 15 hari baru dia baca al Qadr rakaat kedua.
6. Dapat salam makcik2 makmum selepas terawih (boleh ke ni dijadikan sebab?)
7. Dapat dengar tazkirah. Kalo yang 20 tu, jarang ada tazkirah cenggitu. Maybe dia nak cepat kan.
8. Dapat makan moreh bersama2 imam dan jemaah kehkehkeh (ni tak pernah kot. biasa terus chow cin chow kejar tilam bantal).
Semua perkara di atas boleh didapati juga, hanya jika aku buat sampai 20 ler. Tapi, seperti yang aku katakan, aku buat 8 jer hehe. Tak tau lah biler aku nak buat 20 tuh. Lum datang seru kot kihkihkih. Jumaat boleh kot. Maybe.
Eh, kan aritu aku ada citer pasal imam yang baca fatihah style 3 kali berenti tu kan? Lorrr baru sekali aku dapat jadi makmum dia, tetiba kena stroke la pulak pakcik tuh. Sekarang ni imamnya diganti ngan pakcik yang salu baca zikir ke aper tah nur tu. Tapi, tahun ni takde pulak dia baca zikir tuh. Aku suka dia baca. Masalahnya pulak, dia selalu ter skip satu ayat dalam surah erk apa ke nama surah tu tah. Wailullikulli tu la. Tahun ni juga, derang dah buat bunting besar bacaan selawat setiap kali salam tuh. Senang sket. Memang menyenangkan la surau tuh. Dah la ada ekon. Fuh! Selesa sungguh. Tu pon ko masih tak buat 20 ek? Erkkkkkk :p
Thursday, 3 September 2009
Sembahyang Rehat-Rehat
Hasil karya AyunasiA pada 10:54 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment