Kisah bermula pada 3 September 2009. Selepas membuat survey berbulan2, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menempah benda ni. Asik survey jek, biler nak belinya? Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Ye tak? Maka, aku pon suh suami ku membuat tempahan menggunakan nama beliau. Senang sket, opis dia dekat ngan rumah. Payment pon guna cc beliau juga. Senang sket, boleh bayar bil terus dari akaun simpanan beliau.
Keesokan harinya, begini status tempahan tersebut. Ok, fine.
Kalau ikut piagam pelanggan mereka, 7 hari dah boleh dapat. Tapi, selepas 7 hari, status di atas masih tidak berubah. Why oh why? Lalu encik hairul pon call la derang. Ada masalah payment rupanya. Mereka suh kami call bank untuk open payment. Biler call bank, rupanya, untuk pembelian >rm700, mereka memerlukan confirmation dari kiter. Masaklahnya, derang dah request dari bank pada 3hb. Sepatutnya bank yang call kami. Ni, kami yang call bank. Pulak tu, mana kami tahu yang kena wat confirmation tuh kan. Alaaa, kiter tau la awak takleh caj kiter sebab kiter bayar bil cash, takde delay2. Saper suh kasik cc kat kiter, kan?
Akhirnya, pada hari sabtu, status sudah bertukar kepada ini pula.
Alamak, 28hb bermakna lepas raya. Tak dapat la sebelum raya eh? Uhuksss keciwa. Sampai la ke hari khamis sebelum raya tuh, masih lagi takde progress. Pasrah je lah. Dalam pada tu, aku beli benda ni dulu. Seploh hengget je. Tetikus sekarang ni dah boleh guna atas permukaan transparent eh. Pastu ada butang double click pulak. Bagus2.
Hari khamis, sedang kami bersiap2 berkemas2 nak balik kampung, dapat call, esok derang nak hantar. Aiyak? Aku nak balik kampung dah nih. Cemana? Kalo tak esok, maknanya lepas raya la kan. Errrrr kiter postpone balik kampung nak? Nak buat macamana. Dah dapat isteri yang tak begitu sabar kan. So, kami postpone la. Hari ni leh rehat2.
Esoknya hari jumaat, dekat2 pukul 1pm baru dapat call. Dia dah sampai bandar u. Terus berdesup kami ke ito. Dari jauh nampak lori nih.
Kendian nampak orang nih. Dia suh cepat, sebelum jumaat.
Sign2 sikit.
Tak sabar nak bukak.
Posing dulu.
Mentara encik hairul solat jumaat, kiter bukak ler kotak dia.
Ambik gambar dia.
Taraaaaaaaaa! Hai, nama saya Cherry!
p/s ini entry pertama menggunakan cherry!
0 komen:
Post a Comment