Hari Rabu sebelum raya, suasana di opis dah pon lengang. Masuk kelas, nampaknya, kami 2 orang je yang datang, puan. Balik ler, gi tido. Jangan kan student, kami yang pengajar ni pon dah mood raya dah.
Sebelum tengahari, aku ajak member keluar. Nak gi carik tudung kat bin obod. Puas aku carik kat bazaar, takde pon kaler yang aku carik. Time keluar tu, kemain lagi lebat hujan. Singgah dulu kedai pakaian tradisional melayu. Kalo nak pakai tudung awning2 tu, kat sini ar murah2. Masuk bin obod, wallaaa banyaknya tudung bawal bling2. Tudung trend 2007 pon ada, derang lelong murah2. Tapi, tak best ar kan. Orang sekarang pakai matahari, nora danish, sulam tangan sumer kan. Manjalara pon dah out of date sket. Apatah lagi ezora kan. Wah wah sumer nama tudung aku hapal tau.
Lama la jugak aku membelek tudung2 tuh. Namun, takde pon kaler yang aku cari. Ada, tapi, batunya pulak batu ezora. Tak cantik la kan. Tapi, jumpa plak untuk baju raya ke seterusnya. Actually yang aku cari tu tudung untuk raya pertama. Dah jumpa yang lain tu, beli je lah. Batu nora danish. Sila imagine eh.
Kendian, pikir2, katne lagi ada jual tudung2 nih. Try pegi area pasar tuh. Ada satu kedai kecik je, tapi baaaaaanyak tudung. Pon takde kaler tu, tapi ada kaler lain. Beli lagi. Batu ketupat huhuhu. Kat situ, aku menurunkan ilmu menelek batu tudung ni kat member tuh. Kemain suka dia. Salu tu, asal nampak bling2 je. Now, dah pandai belek sebijik2. Jangan tertipu uolsss.
Dari situ, patah balik ke bus stand. Katanya ada kedai bertajuk alamanda. Aku pon tak pernah pegi. Ooo kat sebelah kedai sukan tuh. Tak banyak sangat tudung dia, tapi boleh la. Pon tak jumpa tudung raya pertama kuh. Kendian, terus balik opis. Dari hujan lebat, sampai la panas terik kami keluar soping. Boss takde, dah balik kampung beraya hikhik.
Balik opis pulak, member ajak pegi kuarters, beli kek serawak. Seperti biasa la, kek kak timah. Rupanya dia ada buat banyak. Konon takmo pergi la. Sekali, kak ita plak call dari sana. Kirim je lah. Aku beli yang dipotong 3. Kalau seketul besar tu rege rm65. Yang potong 3 tu dia jual rm22. Aku beli 2. Satu, jenis biasa. Dua, jenis tampal2 seperti gambar di bawah. Cantik. Dah tau rasanya cemana.
Hari khamis tu pulak, seperti yang aku cerita kan, aku tak jadi balik kampung. Hari jumaat, kononnya nak tunggu cherry kat rumah, kendian baru balik kampung. Sekali, nenek pulak jatuh sakit. Timbang sukat gedebuk gedebak, kami decided to pegi parit yusof dulu sebelum balik. Derang kat kampung pon timbang sukat jugak samada nak bawak nenek ke hospital atau tidak. Pukul 12.30pm, tengok gaya macam cherry belum nak sampai, kami pergi muor dulu ah. Kang cherry sampai, senang, ada alasan nak balik hikhik. Sekali, baru sampai sharp sri gading, orang courier tu dah call. Kami pon patah balik ke ito.
Dah ambik cherry, betul2 masuk waktu. Nak jumaat kat ito ke, pintas puding ke, parit jelutong ke, sri gading ker? Memula dah belok kiri hala ke pintas puding, sekali, berubah fikiran pulak, nak ke sri gading. Pusing balik hala ke bp. Manyak fenin lorrr. Sudahnya, kami singgah masjid sri gading, sebelah asrama sharp tu. Aku tunggu ngan nana dalam kete.
Sambil2 menunggu tu, tengok gelagat orang. Ada satu tu, pakcik ni bawak 3 orang anak. Dia parking depan kete kami. Memula dia dah keluar, tapi tak tutup tingkap. Dia patah balik, start kete dan naikkan tingkap dia. Semi auto tingkap dia tu. Masa tu tengah khutbah lagi. Kendian, time orang dah tahiyat akhir, datang satu innova ni. Tergesa2 dia masuk masjid. Tapi, aku rasa komfem tak sempat masuk nyer sebab dah nak salam dah. Aku follow je nengok dia. Bila dah salam, dia masuk kat kaki lima masjid menuju ke belakang. Tak sampai seminit, orang kuar, dia pon sama2 kuar dan terus pecut innova dia hikhik. Dua kebarangkalian. Dia malu nak solat zuhur time orang ramai2 dan solat di rumah/opis. Atau dia tak solat terus. Hopefully dia pilih yang pertama.
Pakcik yang bawak 3 anak pulak, ambik kabel jump start tu, bukak bonet dan start kete dia guna kekdah jump start kot, tapi jump kat bateri sendiri kot? Ada 3 orang budak yang menunggu bapak derang pon melihat scene tersebut dengan muka kagum hihi.
Dari masjid, kami terus ke muor. Sampai2, rupanya, baruuu je derang bawak nenek ke spital muor. Tak sempat jumpa. Katanya, doktor kat kampung tu dah check dan katanya kurang air. Ingat nak terus balik. Sekali, encik hairul nak tunggu berita pulak. Tunggu la situ sampai nenek jumpa doktor. Sudahnya, tak kena tahan, tapi kena masuk air 2 botol. Nak tunggu masuk air, lama la pulak. So, lepas asar, kami pon beransur. Jauh lagi perjalanan nih.
Tengah jalan, jumpa eksiden.
Sampai kota, betul2 masuk waktu berbuka. Terus pegi bazaar dekat kipmart. Beli air jagung (yang sepatutnya air keladi, orang tu silap bagi) dan ayam percik. Berbuka dalam kete. Ramai jugak yang buka dalam kete kat situh. Orang semenchu pon ada. Ada yang siap bawak jag air teh lagi. Agaknya dia memang plan nak buka kat kota kot.
Lepas maghrib, pusing2 dalam kipmart cari tudung lagi. Takde jugak. Kena buat decision lagi. Nak balik dan esok kuar lagi soping tudung raya pertama ku, atau sekali harung je beli malam nih. Sekali harung. Terus ler kami ke kedai kemboja. Ok ok, tahun depan takyah pening2 nak carik tudung raya. Kat kota ni, berlambak2. Dari satu kedai kemboja ke satu kedai kemboja, akhirnya, kedai hujung sekali baru aku jumpa tudung raya pertama ku. Beli sekali tudung untuk emak dan mil. Sekejap je. Tak sia2 buat keputusan untuk sekali harung.
Sampai semenchu, terus makan mihun goreng. Sebelum tido, buat terawih sekejap. Demikian lah kisah balik raya tahun ini.
Monday, 28 September 2009
Sebelum Cuti Hari Raya
Hasil karya AyunasiA pada 1:12 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment