Terlupa pulak nak citer. Masa kami sampai ari sabtu tu, nampak rumah mak aji dicat warna sebijik sebijon ngan kaler umah abah. Abah cat tahun lepas. Cemana boleh sedondon eh? Poyo tau mak aji nih hihi.
Sejak tahun 2008 ke tahun ni tah, felda telah melancarkan program/kempen edible garden. Konsep edible garden ni boleh lah diberi nama lain, kebun sayur depan rumah. Kalo tengok kalendar felda 2009, dia letak gambo rumah beredible garden ni lah. Yang lawaknya, dia letak gambar sebelum dan selepas, tapi yang selepas tu dia buat superimpose. Lain macam jek rupa rumah tu biler dikelilingi tanaman sayur-sayuran. Sayur musim sejuk pon ada. Over jek.
Sebenarnya aku nak citer, umah jiran aku tu meriah ngan edible garden. Siap dia pasang pagar jaring lagi. Banyak sungguh sayur2an di rumah beliau. Umah aku ada jugak, tapi pokok lada jek la. Tu pon dapat free dari felda hikhik.
Ok, sambung balik pasal balik kampung. Time kami gi kota tu, hujan turun sepanjang hari. Tengok berita pon ada tempat banjir, kan? Memula kami pegi econsave. Biasa arrr, tempat baru, kena la wat lawatan tapak. Ramai jugak orang kat situ. Banyak aje gula kat situ. Kami beli 4 bungkus, tapi bayar asing2. Sebabnya, dia limit kan 2kg per customer, per bayaran, per troli. Dalam pad anak beli gula tu, terbeli la jugak benda2 lain. Aku beli mesin mee. Alaaa yang pusing2 je terus tepung tu keluar macam mee tu. Dulu2 setiap rumah kat felda tu mesti ada satu kot. Rumah aku punya dah karat dan rosak. Salu kalo nak buat karipap pon leperkan tepung guna benda tu. Mudah! Pastu, dulu kami salu buat kuih apa ke nama tah. Tepung sira sambal kot. Pon guna benda alah tu. Nak buat kerepek pagoda pon leh guna tu jugak. So, raya kali ni aku nak buat la kuih sambal tu lah hihi. Sempat ke tak eh?
Lepas tuh, kami pergi kipmart pulak. Yayu je yang membeli belah. Aku cuci mata jek. Param pon ada kat situ. Penat tawaf param, sudahnya, beli roti john, putu bambu, air tebu ngan murtabak je. Je?
Balik tu, antar yayu ke sg mas. Sampai rumah, mak aji ngan wak aji ada kat edible garden derang. Terus ar kepochi. Dia tanya kami, kenal tak anak sedara dia, ada kedai kat parit raja. Lorrr ropanya, selama ni aku beli ikan sayur balik keje tu kat kedai abang mak aji. Ain evergreen tuh. Ain tu nama anak eh. Cashier yang muncung manjang tu la anak sedara mak aji. Lulusan universiti katanya. Tapi, bapak eh kasik gaji 2k untuk jaga kedai tuh. Ada anak sorang tuh. Pastu derang citer ar, salu derang wat kenduri kawen ke haper, tak pernah nyer beli barang kat kota. Sumer beli kat abang kat parit raja nih. Angkut ngan lori sumer ngan ayam2 sekali. Ooo, aku ooo kan je lah hehe.
Kebetulan kami sampai tu saing ngan ina. Dia pon beli makanan kat param kota. Jadi, mewah ler kami makan buka malam tuh. Mak pulak masak sambal pedal ngan ikan masak taucu. Pergh! Menjilat jari ar sambal tuh. Sampai aku tak sabar nunggu sahur sebab nak makan sambal tuh huhu. Poyo.
Lepas tarawikh, cecepat balik sebab nak tengok konsert satu ct nurhaliza. Tak senonoh perangai. Tah2 tengah kat masjid dah terbayang2 tv. Macam la esok2 takde ulangan. Tengok konsert sampai abis. Besok pagi sahur bersungguh2. Banyak makan.
Isnin pagi, bangun lambat sket. Hari ni bebudak main meriam pulak. Sakit telinga, sakit jantung plus sakit hati dibuatnya. Bukan calang2 plak tu bunyik nya. Macam bom. Eeeeee nyampah. Tapi, dulu masa kecik2 ada gak tengok budak main meriam. Tengok je lah. Biasa kat belakang rumah cik yasin. Tamat ar taiko meriam tin kat blok kami. Tamat tu nama kawan seblok ku. Hatamat nama betul dia.
tbc...
Tuesday, 1 September 2009
Edible Garden
Hasil karya AyunasiA pada 4:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment