Gambar ini ialah bill cc yang baru sampai semalam. Sikit punya lama ker menunggu kehadirannya. Yang best nyer, dah 2 bulan aku tak bayar bil sebab balance nya masih credit. Tah, aku pon dah lupa bila masa tah aku bayar sekali banyak tu. Tau2, bulan lepas dah terlebih 2++. Alaaa, aku bukannya guna cc sangat pon. Tu, yang 3 transaction tu pon aku isi minyak untuk sebulan. Jimat, kan? Tapiii...
Tapi kan, sejak aku isi ron95 tu kan, aku rasa macam tak jimat la jugak. Biasa aku isi penuh tu boleh pergi lebih dari 550km. Tu kalau isi shell la. Kalau petronas, lebih kurang 500km gitu. Tapi aritu aku isi ron95 shell, tak jejak 500km pon. Ni baru isi petronas lak, tah, tak tau la boleh pegi sampai berapa km. Nak isi ron97, rasa cam mahal banget la pulak. Dah macam rege time naik giler2 tahun lepas, kan? Lagi pon, aku tengok kat petronas dekat rumah aku ni, sumer pemegang kuning jek. Camno? Kat bandar tak tau la pulak. Kot ada. Tapi, giler kental la kan kalo aku pegi bandar semata2 untuk isi minyak mahal. Terlebih kayer ke haper? Helep! Helep! Kami mau bonus lorrr...
Eh, cakap pasal bonus ni, aku ada satu citer lawak katun sikit. Kan aritu pm umum 'bantuan' rm500 kepada staf sokongan kan. Mak aiii, mentang2 ler presiden tu staf sokongan, ko kasik kat dia jek ek. Abis, kami ni camno? Ini tidak adil!!!
Rentetan dari itu, petang khamis lepas, time nak punch card, aku ternampak satu balang gula2. Ala... balang gula2 cadbury yang penutup kaler pepel tuh. Kat badan balang tu ada tertulis lebih kurang cenggini.
'Tabung sumbangan kepada kakitangan kumpulan pengurusan dan professional yang tidak mendapat bantuan kerajaan. Daripada, J41-J54.'
Mak aihhh, saper la yang buat tu eh? Masih menjadi misteri lagi hihi. Kalau nak diikutkan, J54 tu pengarah la kan. Hikhikhik. Tak pepasal dia termasuk sekali dalam ini pilem. Yang tak tahan tu, pagi besoknya pulak, kelihatan sekeping note rm50 di dalamnya. Wallaaa! Siapa kah yang begitu prihatin dan bermurah hati itu? Kembang2 hati kami melihatnya. Apakah akan penuh tabung itu, dan kami akan mendapat wang ehsan sebelum balik beraya nanti?
Jangan harap! Note rm50 tu sebenarnya adalah wang pelesu belaka. Saper tah yang akal panjang sungguh tu pegi print out duit rm50 pelesu tu. Hihihi Pandai bergurau derang nih ek? Macam budak2, tak padan dengan bapak budak.
Macam2...
Monday, 14 September 2009
Best nyer... Kalau Tetiap Bulan Cenggini Pon Takper
Hasil karya AyunasiA pada 8:01 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment