Friday 4 September 2009

Tahniah! Tapi Maaf, Ko Takde Iklan Nuffnang Dalam Blog


Tahniah kepada cik puan izan kerana menjadi satu2 nya peneka serta meneka dengan tepat sekali huhuhu. Ini membuktikan bahawa korang memang sama macam aku, malas nak komen kat blog orang hahaha. Padan muka. Eh, takde masalah la. Walo pon korang tak nak teka, at least daam hati mesti ada tertanya2 gak kan. Fuh! Selamat idup aku. Takyah susah2 nak pegi balik klik2 kat iklan korang banyak2 kali sebab si izan tu tak tepek iklan kat blog dia ngehngehngeh.

Eh, so, apa maknanya entry itu? Hahahaha. Betul la tu. Aku dah beli kemre baru. Yahoo!!! Google!!!

Ceritanya gini. Hari Selasa lepas,

Yang, malam ni abang ada boling.

Ok.

Tak nak ikut?

Erm.(buat2 tanya pulak. dah tentu2 aku lebih pentingkan tido. tak cukup tido, cemana nak lontarkan vokal setiap hari dengan baik?)

Kat mana?

Summit. Kalau ayang ikut, kiter boleh tengok...

Haaaaa ikot ikot ikot ikot!

Kenapa aku nak ikot pulak? Sebab kalau ikut, kiter boleh tengok kemre hehe. (dan2 sanggup tido lambat)

Sampai2 je foto charlie, dah nak tutup. Ye lah, dah kul 9.45 pon. Pegi lepas terawih. Roller shutter tu pun dah turun sebelah. Staff derang sedang berkemas2.

Percaya atau tidak, time aku beli kemre yang dulu pon cenggini jugak. Pergi time orang dah nak tutup kedai. Not good not god. Macam beli topup henfon je kekdahnya. Mintak je terus bayar. Macam beli jajan 20 sen jek.

Memula tengok t900.

Eh, kenapa mahal plak. Bukan aritu 1299 ker?

Yang ayang tunjuk tu t90 la. t900 yang 1499 tuh.

Ooo tapi rege dia pon tak sampai 1499 ek. Yang t90 pon bawah 1299.

Kiter ada diskaun meh. Dengan free 4G memory.

Apa beza eh?

T900 ni video dia lagi baik lor.

Ermmm bukan nyer kiter nak buat filem pon. Tak penting lah tuh. Kaler apa ada?

Merah je yang tinggal.

Pink takde.

Ni memang keluar kaler hitam, silver, sama merah lor.

Ooo tengok yang t90 tu lah. Nak tengok kaler pink.

Pung pang pung pang.

Ok lah. Ambik yang nih.

Balik rumah...

Ayang, smile...

Kenapa abang nih?

Smile ler, nanti kemre ayang kan boleh detect smile.

Eeeee... poyo!


4 komen:

ANAKIRANA said...

boleh la upload gmbar byk2 kat blog pasni :)

aku tak guna lagik smile shutter function tu..ehhee ..canggih la skrg mcm2 leh detect

AyunasiA said...

hehe best oh function tuh.

yayu said...

Nurin mesti suka kat kemre tu...sbb dia sebut kemre kan "senyum"

AyunasiA said...

hihi bagus2. kalo guna function tu, selagi x senyum dia tak tangkap gambar. kena nampak gigi dan kecilkan mata.