Semalam, masa aku isi m inyak, sebelah pam tu ada sebuah kenderaan pacuan 4 roda (pelik plak tulis cenggini. 4x4 kot?) yang mempunyai logo ahli parlimen malaysia di tepi nombor platnya. Rupa2nya semalam dato' tu ada kat surau yang aku terawih. Patut ler imam pon hafiz. Sempena road tour ahli parlimen ropa eh.
Semalam juga, jemaah wanita tak ramai. Tak sampai 15 orang pon. Sebelah kiri aku, ada sorang makcik. Sebelah dia pulak, mulanya takde orang. Sekali, time kami dah rakaat ke 3 terawih, kedengaran sliding door dibuka. Tapi agak keras bunyinya. Komfem la orang tu masuk ikut pintu yang ketat. Kalo yang biasa aku masuk tu, smooth jek. Dan makcik tu solat di sebelah makcik yang sebelah aku tuh. Tamat di situ.
Hari ni pulak, makcik yang sebelah kiri aku semalam tu, ada lagi. Sebelah dia kosong dan makcik yang lewat semalam tu agak jauh sikit dari makcik. Kiranya ada ruang antara makcik sebelah aku dan makcik lewat. Sesuka ati aku je memperkenalkan makcik tu mengikut situasi semalam. Waktu aku masuk tu, imam baru je angkat takbiratul ihram. So, aku terus lah masuk kat tengah2 yang kosong tu. Tu pon masih ada space antara aku dan makcik lewat, leh masuk lagi sorang. Dia tak mo berganjak.
Mula2 aku takde perasaan apa. Cuma, waktu aku sujud rakaat pertama isyak tu, aku perasan yang makcik lewat tu lambat turun sujud. Aku tak fikir apa2 lagi walo pon aku rasa macam dia tak ruku'. Isy, sungguh tak khusyuk eh?
Selepas kami beri salam terawih pertama, rakaat kedua, tiba2, makcik lewat ni pusing ke arah aku dan terus menerpa makcik sebelah aku. Sila bayangkan, aku kat tengah2, makcik lewat agak besar, dan aku ala2 tersepit dan kompius. Erk??!!//E#%^$^(&$&^#@. Tak pepasal aku terlepas menjawab zikir bilal tau.
Kenapa makcik tu menerpa makcik sebelah? Eh, bukan terpa la. Kira dia ermmmm cemana aku nak terangkan ek? Kira macam dia selak2 telekung makcik sebelah dan mencari jari makcik sebelah. Yang tambah aku kompius tu, dia sebenarnya nak tengok cincin di jari manis makcik sebelah???!!*#!*#*&!&(&(&^ Blur aku siot... Makcik sebelah pulak ala2, eh, kenapa ko nih? Gitu lah. Pastu kami pon terus sambung terawih. Tapi aku dah start ngeri la pulak. Pulak tu, makcik tu berdiri pon macam serong sikit dari arah kami semua. Sangka baik ok...
Terawih kedua berjalan lancar. Selepas salam terawih ketiga, rakaat keenam, tiba2, sekali lagi makcik lewat tu menerpa makcik sebelah. Eh, betul la kot dia terpa sebab aku tak terpikir perkataan lain hehe. Kali ni pulak, semasa makcik lewat cari jari makcik sebelah, dia berkata2, tengok2, cantik la cincin ni. Dan dia memusingkan cincin di jari makcik sebelah. Makcik sebelah pulak, eh, kenapa ni, orang tengah sembahyang la. Mana ada cantik. Macam tak pernah tengok pulak. Ewah, dah berdrama pulak makcik berdua ni. Ko tak nampak ke aku tersepit di tengah2 nih. Terasa la jugak ke'berat'an makcik lewat tu sebab dia macam menindih peha aku gitu. Aku, seperti biasa, kompius dan blurrr. Biler kami nak sambung rakaat ketujuh, aku terus rasa macam nak tergelak hihihahahuhu.
Kemudian dari itu, kami pon meneruskan lagi terawih. Haisyyy memang tak khusyuk ler aku nampak gayanya. Takut tiba2 makcik lewat tu buat hal tengah2 sembahyang ke kan. Selesai rakaat kelapan, seperti biasa, aku bangun, ambik sejadah dan bentang di belakang untuk solat witir. Maaf yea... aku bukan nak menunjuk aku buat terawih ke haper. Tapi, memang citer ni kena masukkan point tu sumer untuk diterangkan hihi. Harap maaf.
Belum aku sempat bentang sejadah, tiba2, jeng jeng jeng... suspen siot. Suspen sebab makcik lewat macam nak follow aku hihi. Tiba2, dia tanya aku, dah abis 10 ke? Aku jawab, 8. Dia tanya lagi, aku jawab lagi. 3 kali dia tanya, maybe sebab tak dengar. Sambil dia tanya tu, aku pandang la jugak muka dia. Tapi aku terus melarikan pandangan sebab dia macam menjegilkan matanya gitu. Takut aku. Dan tamat lah episod makcik lewat yang psiko.
Sebelum witir aku senyum je dalam hati. Macam2 hihi. Yang aku pelik, kenapa aku cuma jawab '8' je biler dia tanya tadik? Kenapa aku tak jawab ayat ke haper kan. Maybe aku begitu neves kot hahaha. Esok macamana eh?
Thursday, 10 September 2009
Makcik Lewat Yang Psiko
Hasil karya AyunasiA pada 9:49 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment