Pagi jumaat lepas, aku dapat satu call kat opis. Haiyaaa, manyak suspen lor. Aku ni dah ala2 fobia lak nak jawab tefon opis. Pepaham la kan.
Rupanya2 kerani kat admin call nak bagitau yang aku kena pegi kursus 14-19 September ni kat Melaka. Hello! Aku dah cuti 17hb lagi la. Apa ke hey la p.s.m.b. tu eh? Tau la korang pon ada skt nak dikejar, kan. Tapi, agak2 la sikit. Kenapa derang tak macam hsbc eh? Tak memahami hasrat setempat.
Minggu lepas, derang buat kursus yang sama jugak. Derang panggil yang boboy2 jek. Tu pon rasa macam tak patut. Memang la puasa bukan penghalang untuk bekerja, tapi, kiter ni duk kat mesia tercinta kan. Kena lah peka terhadap sensitiviti kaum dan agama. Kiter nak terawih kan. Kursus pulak bukan jenis santai2 pasang telinga jek. Kalau gitu, boleh la malam2 tu kuar cari masjid atau surau ke kan. Ni, ada assignment, presentation bagai. Dah tentu2 kena wat research dan preparation kan.
Ok, minggu lepas tu aku leh terima lagi lah. Kalau diarahkan pon, memang aku akan pergi. Tapi, minggu nih? Dah lah aku dah mintak cuti 17hb, nak balik kampung dah. Ahad dah nak raya. Biler masa pulak aku nak kemas rumah, pasang langsir bagai? Sudahnya, kami ber-4 yang kena pergi tu, buat surat tunjuk sebab jek la. Orang p.s.m.b. tu siap stress kan perkataan 'kementerian' lagi, nak kasik aku gentar. Tak dapat dek. Aku ingat, saper yang pegi kursus tu boleh la diberikan anugerah khidmat cemerlang tahun depan eh. Take note yer...
Sorang member yang pergi minggu lepas cakap,
"Aku ingat, aku lah yang paling malang, ropanya ada lagi yang lebih malang wakakakak..."
Tapi takpe. Perkara2 begini, kita kena tegas. Tak guna kiter pergi kalau fikiran dan emosi dah melayang ke kampung. Minggu lepas je, dah terasa mood raya tu. Ini kan pulak minggu ni, kan?
p/s aku memang mintak nak pegi kursus tu, so, tiada isu terpaksa pergi. cuma, wrong time je kot.
Monday, 14 September 2009
Hati Kering
Hasil karya AyunasiA pada 12:50 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment