Monday 14 September 2009

Beli Kerepek Dan Shopping Raya

Update seadanya saja. Tak sempat nak edit2.

Hari Jumaat, balik keje, kami dah berjanji nak jumpa kat kedai kerepek. Macam tahun lepas.



Tak beli banyak pon. Belikan yayu pon tak banyak. Banyak nyer untuk mil je la. Aku beli kerepek ubi pedas basah dan kering, popia gulung sira pedas (macam baru jek), jajan bika dan kuih semprit. Untuk mak, aku beli kerepek ubi masin, pedas basah dan kering. Setahun, satu je aku beli biskut. Tahun lepas dah beli sarang semut. Kali ni nak try semprit plak. Balik kampung mesti mak buat kuih raya. Kuih wajib setiap tahun, tempeyek, kuih goyang, maruku, suji dan makmur. Semalam abang bawak balik batang buruk pulak. Eh, dahan rapuh eh nama baru dia. Nak makan macam2 kuih, pergi je beraya rumah orang hehe.



Balik dari kedai kerepek, singgah param kat simpang parit raja darat. Bahaya la tempat tu. Gerai2 kat tepi jalan parit botak tu je. Kete banyak. Kendian singgah pulak bazaar raya parit raja. Survey je dulu. Nak membeli, tak sempat. Dah dekat pukul 7. Macam2 ada di situ. Baju macam2 pesen. Sabtu pagi, aku jahit butang dan hook. Leceh jugak menjahit benda alah tu. Asik nak tukar benang jek. Nak lenjan benang hitam sumer kang, buruk la pulak.

Siap sumer, kami kuar lagi ke bazaar raya. Nak cari baju raya suami ku ngan tudung ku. Umak aiiiiii panas nyaaa macam dalam oven. Peniaga2 tu pon aku tengok macam kuih bangkit dah. Masing2 berlengas jek. Ada budak tu siap bungkus air batu dalam sapu tangan, tepek2 kat muka. Kesian… demi sesuap ketupat. Sudahnya, tak beli baju pon. Nak beli tudung, baju pulak tertinggal. Kang tak matching plak. Panas betul tempat tu. Kena pegi memalam kot.Dari situ, kami terus ke bp pulak. Memula pegi k4. Beli brooch jek. Tak macam bazaar raya pon? Macam bazaar raya cino plak. Banyak jual tshirt2 plak. Baju melayu pon tak jumpa.

So, kami terus kan ke pasar malam. Beli kebab ngan air tahu jek. Buat sahur. Waktu berbuka, kami pergi ke seri kenangan. Lepas buka, maghrib kat surau jalan kenangan.





Sepelaung je dari restoran tuh. Kendian, meneruskan misi ke bp mall pulak. Jumpa pon baju raya yang agak sedondon. Adoiyaiii… memang penat biler membeli baju ngan suami ku. Boleh tahan ‘ceweret’ nya. Sampai tercangkung aku kat celah2 seluar tuh. Balik rumah pulak, nak kena test2 pulak. Bukan kena la. Aku yang over excited bukak plastic biler balik soping. Pas mandi baru wat terawih. Ingat boleh ngelat?!?

0 komen: