Nak jugak ada entry pada tarikh ni. 09.09.09
Tiba2, 1 hari ni tak dapat internet kat opis. Network connected, tapi tah, server problem kot. Macam tau2 je aku ad akelas dari kul 8 pagi - 5 petang. Sungguh memahami diriku. Kesempatan yang ada waktu rehat tengahari, aku gunakan untuk menjahit. Kalo ada internet tuuu, komfem tak ku pandang baju2 tuh. Buat penat je bawak turun naik tiap2 ari, tak jugak jahit. Setakat ni, dah baju yayu dah siap 2, baju aku pon 2. Tapi ada 1-2 yang belom pasang hook dan butang. Tapi kira dah siap la tu.
Hari ni, aku buat ujian kat bebudak nih. Pukul 8.15 am lagi aku dah start. Tiba2,
Student : Puan, soalan ni saya takleh jawab ni. Saya tak datang masa puan ajar nih. Saya pegi klinik.
Aku : He? Ok, awak pegi la klinik, tanya kat doktor, camne nak jawab.
:P Kijam! Saper suruh tak jumpa aku. Aku bukan apa, sejak h1n1 tu, bebudak kerap sangat pegi klinik. Bukan demam pon. Berlakon je lebih. Mentang2 kitorang beri kebebasan pegi kelinik demi keselamatan diri kami sendiri. Tiap2 ari, ada je yang pegi klinik. Ada sekali tu, budak ni gi klinik, tapi tak dapat mc. Wakakak padan muka. Itu bermakna ko masih mampu menjalankan tugas ok? Boleh pulak dia tunjuk surat bukti buat rawatan kat aku. Dah komfem la bukan sijil sakit kan. Tak agak2 ek ko nyer auta.
Ada 1 hari tu, aku bebel la, korang ni, jawab assignment, jawapan sebijik cam kat nota ponnn boleh salah jugak. Cuba la buat bebetul sket. Tetiba, sorang budak ni jawab, "at least, kami mencuba puan." Erkkk. Terdiam aku dibuat nya. Bila fikir balik betul jugak ek. Tapi, takleh la guna alasan tu kan. Kena la buat bebetul pada cubaan pertama.
Tengok la pe'el bebudak ni. Tengah presentation nih. Rasa nak jotos je sensorang.
Wednesday, 9 September 2009
Macam2 Pe'el Budak2 Nih
Hasil karya AyunasiA pada 10:35 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment