Thursday, 17 September 2009

Curtain

Aku ni dah macam si limah ngan si lijah dalam drama rendang tokwan kat radio sinar tu lah pulak. Balik keje je, jenguk2 rumah sebelah, tengok langsir derang tukar baru tak hihihi. Semalam aku nampak ler, langsir dia dah ada day curtain. Sebelum ni ada selapis je night curtain kaler pink. Kali ni day curtain nyer kaler merah gitu. Night curtain dia, tah tak nampak la pulak. Nanti kiter tengok time baraan raya ek. Kepochi la pulak menjelang hari raya nih.

Kenapa aku kepochi plak nih? Sebabnya, aku pon dah pasang langsir baru ku itu huhu. Hari Ahad lepas la aku suh suami ku pasang. Tak sabo lerrr. Lagi pon terlanjur dah pinjam tangga ngan jiran sebelah, buat ler apa yang patut sekali harung. Dinding lorong ke dapur pon dah siap cat. Biler dah siap sumer, baru lah boleh buat2 berlakon ala2 terkejut tengok rumah sendiri huhuhu. Memang dah pe’el semula jadi, takleh buat apa keskeskes.

Belah malam pulak, gigih ‘kawen’kan curtain dengan sofa. Jahit sarung kusyen la pulak. Kalo aritu, aku kata cikgu pendidikan seni aku mesti menangis tengok frame aku kan? Kali ni aku rasa cikgu kemahiran hidup pulak yang meraung2 tengok sarung kusyen aku. Siap peluk2 kaki lagi. Masa form 3 kan kami kena buat 3 projek untuk kerja kursus kemahiran hidup. Satu, projek buzzer elektronik. Dua, folio. Tiga, beg kain. Aku nyer beg punya la selebet. Orang lain sumer letak span seluruh beg. Aku plak, letak span kat poket jek. Sedih tau. Takde duit nak beli span. Eh, apa kena mengena dengan sarung kusyen aku? Tah?

So, rumah aku dah siap sedia untuk berhari raya. Yeay! Sila lah datang beraya ke rumah ku uolsss.












p/s sila kutuk dalam hati eh. kalo tak aku kecik ati. memang ada kecacatan di situ, tapi aku malas nak repair uhuks...

2 komen:

viruspadu said...

Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Dari
Jemah, Laloque, Cica dan Anoi

AyunasiA said...

tq vp.