Tuesday, 15 December 2009

Pemasangan Karpet

Jumaat lepas, balik keje, tengok encik hairul tengah memasang karpet kat tangga. O alah. Ingatkan cukup, rupanya tangga bawah tak cukup lak.

Masa buat arituh, kami suh wakjoe pasang skirting kat keliling loteng nih. Alaaa macam biasa kita tengok kat lantai jubin tuh, tapi ni pakai kayu. Tapi, dia bukan pasang skirt, sebaliknya apa ke benda nama kayu kecik nipis yang salu orang letak kat penyambungan siling kayu tuh. Dah la gitu, paku plak kat lantai, bukan kat dinding. So, dah lari spec la kan. Maka, untuk memasang karpet ni, terpaksa lah kami bukak balik kayu tuh. Akibatnya, encik hairul sudah terketuk tangan sendiri huhuhu.

Oh, kami tak main2 membuat loteng. Bukan berfungsi sebagai stor, sumbat apa sahaja yang tak berkenan di mata supaya tetamu datang tak nampak. Sebaliknya kami jadikan ia bilik bacaan. Ecehhh nak baca apa tah kan? Tak kisah la. Yang penting kat atas ni akan tinggalnya kabinet buku dan meja komputer. Guna tak guna, baca tak baca, tu belakang citer.

Downlight masih lom 'masuk karen' lagi. So, terpaksa pinjam lampu english ku. Tengok2, oh, memang masuk arrr.

Tengok cenggini, sanggup ke ko nak jadikan dia stor?


Sampai selekoh tu je karpet tu cukup. Kena beli lagi sikit arrr. Selepas dikarpet nih, aku dah berani sikit nak naik turun. Kalo tak tu, takut tersagat kaki kat kayu.

Sabtu pagi baru kami gam kan karpet nih. Meleleh air mata tokei karpet kalo tengok hasil keje kami nih huahuahua.


0 komen: