Friday, 4 December 2009

Cubaan Merosakkan Rancangan Itu - Atas Pengaruh Nates dan Dorongan Nafsu

Ewahhh sedap nyer korang mengata aku ek. Tak faham tanggungjawab lelaki la, pendengki la, iri hati la, hati kaudu la, syak wasangka la, kedekut la, hipokrit la. Pendek kata, semua yang buruk, jahat, negatif, dosa, sumer aku la. Ingat aku tak tau lah tuh. Walau pon korang tak menyatakan dalam bentuk komen, tapi aku merasainya melalui trafik nuffnang tau huahuahua.

Walau pon begitu, aku ni cakap jek lebih. Tu pon dengan encik hairul jek aku pung pang pung pang. Depan in-law, terus sopan santun. Last2 esok, aku ikut jugak hehehe. Biasa lah kan. Dalam rumahtangga ni kenalah ada tolak ansur. Kalau bukan, aku yang beransur, jangan harap la nak tunggu dia pulak kan? Berhenti berharap lerrr. Wahhh dan2 mode ustazah.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Tapi, itu tak bermakna aku dah berubah. Aku belum suka dan gembira dengan apa yang aku katakan sebelum ni aku tak suka itu. Hahaha terus ilang imej ustazah. Tapi, mengikut senario kali ni, masih boleh dikompromi lagi. Huh! Kalo tak memikirkan pinggan mangkuk dan periuk belanga kat idaman suri ngan haji ismail group tu, tak kuasa aku nak ikut kihkihkih. Nak kuar tanduk dah ni. Ermmm sempat lagi kalo nak rosakkan plan itu huhu. Astaghfirullahal'azim...

Eh, jom tengok, apa yang aku terfikir untuk merosakkan rancangan licik mereka tuh. Meh cekidaut!


Cubaan pertama:

Menggunakan pihak ke-4 iaitu encik fendi. Bapak dia kan keje bergilir ngan fil kan? Fendi, ko suh arrr bapak ko cuti 17-23hb ni. Buat la kenduri anniversary pertama ko ker, lenggang perut ke, cukur jambul ker sunat anak sedara ke, apa2 la janji bapa mertua ku kena ganti jaga pam air tu pada hari tersebut. Plissszzz!!!

Harharhar kerja kotor.

Cubaan kedua:

Apa kata kalo aku terbang je sensorang gi langkawi??? Lantak ler derang nak naik kete sakit2 pinggang. Huh! Nyesal aku sokong cadangan untuk naik kete.

Cubaan ketiga:

Bling! Haaa apa kata kalo aku kasi rosak itu AH? Mesti kena naik kancil ek? Kancil takleh naik ramai2. Ermmm...

Cubaan keempat:

Camne kalo aku pulak ajak mak abah aku? Hah? Camne?

Tapi macam takkan berjaya jek. Sebabnya, cucu derang kat kedah tu dah tefon tiap2 ari tanya biler tok bah ngan nenek nak datang sana. Ditambah pulak, menantu kat sana baru je jadi yatim piatu. Tapi, syaratnya, takleh bawak adik2 sekali ek. Ngan adik boleh derhaka kot? Alahaiii...

Sekian, terima kasih.

"Isteri Taat, Keluarga Berkat"

Saya yang menurut perintah,

2 komen:

Anonymous said...

salam....

sucikan hati..ikhlaskan diri....walau payah namun itulah yg harus dilakukan...

pegi jek la....lagipon bukan sampai langkawi reramai...kat Yan dah tinggal sume....

ko nak shoping ke...nak gomol laki ko 4 hari 3 malam ke....itu ko wat ler sepanjang kat langkawi tu hihi....

selamat bercuti...renung2kan

AyunasiA said...

anon?: tetttttt! bab gomol tu aku tak heran ler. xyah tunggu gi langkawi pon boleh kehkehkeh. by the way, aku tetap pergi, cuti dah approved hehehe. aku pasrah. peduli tidak!