Monday 28 December 2009

Langkawi 2009 : The Beginning

Banyak gilos nak citer nih. Nak mula dari mana eh?

Khamis malam Jumaat, 17 Disember 2009 bersamaan 1 Muharam 1431H

Baju dah siap packing sejak semalam lagi. Lebih kurang jam 10.30pm, kami pun bertolak. Sebelum tu, singgah makan dulu kat lengkuas. Kedai makan baru kat melewar. Hampes. Ni saper ajar masak nih? Dah la air milo cair. Toksah cakap la isi kandungan paprik yang tah paper tah tuh. Tambah spoil, nasik dia macam pakai beras 15% hancur jek. Agak2 ler kalo nak cut cost pon. Huh! Memang sekali tu je lah aku makan kat kedai ko.

Lebih kurang sejam kemudian, kami pon memulakan perjalanan ke utara. Mula2 boleh la, melalak2 dalam kete tu nak ilangkan ngantuk. Sampai rawang, dalam kul 2 lebih gitu, betri aku pon kong. Terus lena.

Sampai tapah, berenti rehat. Sempat ler pemandu melelapkan mata barang sepicing dua. Picing tu ape ek? Tak lama, kami meneruskan perjalanan. Pon aku masih tido macam rumah sendiri kehkehkeh. Sampai bukit gantang kot, berenti lagi. Dah subuh pon. Bila kami meneruskan perjalanan, sekali lagi aku tido ekekek. Tak menarik langsung perjalanan aku kali ni ek? Abis, jalan memalam, memang time aku tido kannn. Sedar2, dah sampai penang.

Kuar tol gurun, lalu guar cempedak. Percaya tak? Masa balik pon keretapi ni lalu jugak. Waktu yang sama. Elok plak timing nyer.

Tut tuttt ketapi nak lalu.

Kami sampai di rumah kak sya lebih kurang jam erkkk 9 lebih kot. Sampai2 jek, terus sarapan nasi lemak. Kendian lepak2 sat sambil...................................... tido lagi hehehe. Bukan aku yang tido la, encik hairul. Aku kalo datang umah orang terus behave tau. Selak je mata tu tak kasi tutup. Takpe takpe, dalam feri sejam lebih bleh sambung mimpi.

Masa kami kat penang, abang anas call, dia nak gi belikan tiket feri. Kalo tak kami nak terus gi beli tiket dulu baru gi umah dia. Tau, musim cuti cenggini ramai orang. Biler kami sampai, tak lama tu dia pon sampai gak. Tiket jam 11.30am.

Tak sempat lepak lelama, kul 10.30 kami pon bersiap2 mandi manda. 10.45, kami pon bertolak ke jeti kuala kedah. Asalnya kami bawak backpack besar satu ngan backpack kecik satu. Sampai umah tu, kak sya tunjukkan backpack besar saleh. Terus sumbat beg kecik dalam beg besar tuh.

Jeti dari rumah kak sya lebih kurang 30 minit gitu. Sampai2, tengok, punya lah ramai umat dan manusia. Muat ke pulau langkawi tu ek?

Pukul 11.30, feri 10.30 pun baru jalan. Jadi, tiket 11.30 jalan pukul 12.30 la ek? Bukan 12.30. 12.45 sebenarnya. Dapat naik feri besar. Full house. Ni baru pergi. Kalo balik sok, dengan barang2 bebas cukai lagi, mesti lagi sendat.

Sesampai jer di langkawi, kami terus cari moto. Kete memang putus harapan la nak dapat waktu2 cenggini. Kalo ada pon boleh cover installment AH sebulan la kot untuk 3 hari sewa. Dapat moto yamaha ego yang memang ego tinggi betul. Mahal beb. Tapi kami ambik juga. Daripada takde, kan.



Boleh melenggang kangkung lagi ngan beg nih

Moto baru ok. Baru kuar minggu lepas

Tengok, baru jalan 309km. Ni moto register tanah besar.

Jangan bayangkan cemana kami bawak 2 bijik backpack dengan sebijik motor skuter ni, ok? Nak tambah dramatik sikit, half way kami ke awana, hujan turun dengan lebatnya. Memula berenti kat stesen minyak. Dah reda sikit, jalan lagi. Hujan lebat balik, berenti kat depan hospital plak. Huuuuuuuu lawak pon ada. Terpaksa kami rasmikan baju hujan dia.

Petang, lepas registration, kami ikut trip ke kuah. Secretariat yang organize. Naik bas sikit punya besar. Yang pergi nya 6 0rang jek. Ramai yang belum sampai kot. Pergi kul 6pm, bas datang jemput kul 10pm. Meronda la kami kat kuah yang tak sebesar mana tuh. Sambil2 survey benda apa yang nak disambar helang.

Sebelum balik, makan siap2. Sampai bilik leh terus zzzzzzzzzzzzz. Sariknyakkk aiii.

0 komen: