Aku adalah seorang yang percaya kepada online shopping. Kenapa tidak? Aku sendiri pernah berniaga di internet. Bagaimana aku nak orang percaya kepada aku, macam tu lah juga aku percaya kepada peniaga2 online nih. Tapi, sebagai manusia, kita tak dapat lari dari kesilapan. Memang kita dah sedaya upaya memuaskan hati orang, tapi kadang2 datang ujian2 kecil yang sebenarnya memberi pengajaran supaya kita lebih berhati2 di masa hadapan.
Sesiapa yang biasa dengan wanitamelayu, mesti kenal c.t.redzuan. Penjual tudung bawal online yang glemer dan berjaya. Sejak dari zaman aku berniaga, sampai la sekarang, belum pernah lagi aku beli tudung ngan dia. Selama ni aku beli ngan orang lain. Selalu lah juga aku nak beli, tapi biler ditanya, dah 'sold'. Memang takde rezeki aku nak pakai tudung dia nampaknya.
Sehingga lah 2 minggu lepas, baru lah aku dapat berurusniaga dengan dia. Biler dapat tau je tudung yang aku nak tu 'available', terus je aku order. Aku order hari selasa, esok tu jugak dia pos. Aku pon cenggitu gak dulu. Kalau boleh nak pos dan2 tu jugak. Tau perasaan pembeli nih. Kami juga pemandu seperti anda.
Hari Khamis sepatutnya tudung tu sampai, tapi aku terlupa lak nak gi ambik. Aku guna alamat opis, senang, sentiasa ada orang yang terima. Kalo kat rumah, satu keje plak kena pegi p.o. nak gi ambik. Jumaat tengahari, ct tu sms, tanya, aku dah terima lom tudung tuh. Wah! Siap follow up eh? Aku pon bagitau lah, dah sampai kot, cuma aku lom gi ambik kat admin. Malas aku nak turun naik banyak2 kali. Ingat nanti balik time nak punch card tu je terus ambik.
Sekali, ct tu reply lagi. Dia kata, semalam dah sampai, fahmi nama penerimanya. Aku pon, ok je lah. Kang aku ambik lah kan.
Rupanya tak abis di situ. Sebenarnya, tudung yang sampai kat aku tu bukan aku punya, tetapi dah tertukar ngan customer dia yang lain, orang johor gak. Alaaahai. Patut la beriya2 dia follow up. Dia pon bagi alamat dan phone no customer tuh.
Lepas jumaat, aku terus gi ambik tudung tuh. Memang betul pon, bukan tudung aku. Ada 3 lai tudung dalam tuh. Masa tu jugak, aku dapat call dari someone. Ya, pemilik tudung tuh. Dia cadangkan supaya aku pass kan tudung dia kat anak sedara dia yang dok kat bp nih petang tu jugak sebab anak sedara dia nak datang umah dia esok tuh. Aku pon setuju je lah. Dia kata, nanti dia pass kan tudung aku kat anak sedara dia dan hari isnin, aku boleh dapat tudung tuh dari anak sedara dia. Bunyik macam bagus, kan?
So, petang tu, balik keje, aku terus berjanji ngan anak sedara tu, jumpa kat belah luar epal besar. Sebelum tu aku call bagitau, aku sampai dalam 5.30 gitu. Dia pon setuju, dekat je katanya. Dia dok kat linau-bukit pasir area.
Sampai di sana, dah dekat 5,45 gitu. Aku pon kelibang kelibut la call, takut2 dia dah lama menunggu. Rupanya dia pon lom kuar lagik. Ok, takpe. Dekat je katanya. Bila dia sampai, aku terus je kasik tudung mak sedara dia, dan berjanji nak jumpa kat situ semula ari isnin. Waktu yang sama. Ok, dah lepas tanggungjawab aku.
Hari isnin, sebelum balik keje, aku call anak sedara tu lagi. Asik anak sedara jek. Aku kasik nama je lah. Sikin, memang nama sebenar. Bila aku tanya, jadik tak nak jumpa? Dia cakap, dia keluar, takleh jumpa. Esok boleh tak? Mmm aku pon malas nak pikir. Ok je lah. Bukannya aku terdesak sangat pon nak pakai tudung tuh.
Esoknya, selasa, aku call lagi. Kali ni aku call tengahari. Kurang2, kalo dia kuar macam semalam, sempat ler dia balik petang tu kan. Pon, kali ni takleh jumpa gak sebab dia ada keje kat muo, katanya. Sabar lagi. Esok pulak.
Hari rabu pulak, opis aku ada wat makan2 tuk meraikan 4 orang opismate ku yang akan berpindah. Sekarang, bahagian aku cuma tinggal 8 orang jek. Nak ajar budak yang ada 7 kelas. Camno tuh? Tahun depan aku tak sempat ler nak lepak2 santai2. Yang dah comfem, kelas aku 24.5 jam seminggu. Compare ngan sebelum nih, 15 jam seminggu. Boleh bayangkan? Aku malas nak bayang. Tunggu jelah tiba masanya nanti.
Sambung balik.
Oleh kerana makan2 kami tu akan dibuat di luar, aku pon cuba call sikin tu untuk jumpa kat mana2 lah. Kebetulan, kedai makan tu kat area bukit pasir, dia pon setuju untuk jumpa kat restoran tersebut. Tapi, kena cepat sikit sebab dia nak ke jb.
Pukul 12.30, aku pon kuar ngan kengkawan. Derang ajak singgah k4 sementara tunggu yang diraikan tu sampai. Aku pon terpaksa lah ikut, walo pon derang naik kete aku dan aku dah ada janji lain.
Tengah kat k4, sikin tu call, boleh jumpa kat rengit kopitiam tak? Erkkk kat bpmall tu ker? Aku cakap, aku tengah kat k4. Boleh tunggu sekejap tak? Dia kata, dia nak cepat, takut pejabat kat jb tu tutup. Aku takleh nak pikir dah. Aku suh dia tunggu sekejap pon dia tak mo. Aku tanya, dia katner? Dia kata, kat jalan kluang, dah nak kuar hiway. Apa ke hey ko dah dekat ngan hiway tapi ajak jumpa kat bp mall? Dah tentu2 hiway terdekat is ayer hitam. Jauh lagi la weiii. Pastu dia letak. Aku try call lagi, dia tak angkat. Aku sms, dia tak balas. Ok, sms memang la tak patut dibalas kalo tengah drive.
Aku ingat nak suh dia pass je tudung tu kat suami ku. Kan dia on the way ke hiway, kan, mesti lalu ito punyer kan? Aku pon sms, bagitau dia, pass kan kat orang yang naik kete kancil hijau kat entrance ito. Dia tak balas apa2. Tapi aku suh gak encik hairul tunggu kat entrance tuh. Lebih kurang agak2 dia dah lepas ito, aku pon suh encik hairul blah. Sian suamiku. Tak pepasal kena tunggu buah durian yang tak gugur hikhik.
Oh, sebelum dia letak phone tadi, dia suh aku bagi alamat, dia nak poslaju je tudung tu. Dia nak pos arini, esok sampai lah, katanya. Dah cenggitu, aku kasik lah jugak alamat aku. Lagi pon, kalo dia pos ari ni (rabu), khamis dah sampai. Malam tu aku dah nak gi langkawi, sempat ler merasa pakai tudung baru tuh.
Khamis tengahari, sikin tu sms, bagi nombor reference poslaju. Aku tanya balik, bila dia pos? dia tak balas. Aku pon sms mak sedara dia pulak, tanya yang sama. Dia cakap, baru pos arinih. Haihhh tak tau nak cakap apa. Aku merungut lah juga kat mak sedara dia, sikin tu kata nak pos semalam, tetiba ari nih pulak. Aku pulak cuti next week, makanya, lambat ler lagi aku akan dapat tudung tuh. Gitu jek. Takde lah aku marah ke hape.
Tiba2, sikin tu sms,
Xpyh nk marah2 org.untung aku nak pulang tudung ko.
Boleh?
p/s c.t.redzuan tanggung kos pos tersebut.
Monday, 28 December 2009
Tudung Bawal Punya Pasal
Hasil karya AyunasiA pada 9:31 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment