Aku selalu berharap moga2 aku takkan mendapat student dari kalangan orang yang aku kenal. Sedara mara, keluarga kepada sesiapa yang aku kenal atau sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan orang yang aku kenal lah. Kekok lah. Nanti mesti aku akan diperkatakan oleh mereka. Biarlah kalau nak mengata pun, orang tak kenal. Boleh?
Tapi minggu ini, tetiba seorang kawan sekolah semejay (kenal gitu je, tak kawan rapat) mengepost di dinding fb ku, mengatakan dia ada adik yang belajar kat sini. Aku pun tanya lah, course apa? Dia kata, mekatoronikusu! (bahasa jepun nya). Aiyok! Siapa pulak? Aku ingat, maybe budak semester 1 kot. Terlupa lah pulak aku yang budak semester 1 yang baru masuk ni semua budak bp dan semester 1 yang lagi satu ramai budak utara.
Pagi rabu (kemarin), member tu belum reply. So, aku belum tahu lah siapa adik dia tu. Dalam kelas, aku sajer lah tanya, dalam kelas ni ada tak yang binti atau bin zulkafli? Ni haikal ni puan, kata derang. Errr macamana ejaan nama bapak awak? Ada D kat depan. Aku pun perati kan muka dia. Ermmm ada la sikit2 air muka member aku tu. Lalu aku pun menyiasat. Ada kakak? Kerja apa? Kampung mana? Nama kakak saper? Hah! Komfem!
Adoiyainya pun... ketahui lah oleh mu wahai nana bahawa adik mu ini lah budak yang paling rajin ponteng dalam kelas ni. Hmmm...

Friday, 25 May 2012
Studentku, Adik Kawanku
Hasil karya AyunasiA pada 12:00 PM 1 komen Pautan ke karya ini
Thursday, 24 May 2012
Debat
Saper tengok debat kj-rafizi hari selasa lepas? Aku tengok! Aku tengok! Errr kena tengok ker? Takde la keperluan. Cuma sebagai pengguna ptptpu, aku nak juga dengar pendirian bakal2 gomen sikit hari lagi ni tentang ptptpu. Walau pun aku dah memutuskan hubungan dengan ptptpu. Ehhh belum putus hubungan lagi lah. Rupa2nya selepas ditambah tolak kali bahagi, aku ada terlebih bayar pada ptptpu tau. Takde lah banyak mana. Cukup lah kalau nak servis kete. Aritu tetiba puan dari ptptpu tu call, mintak nombor akaun. Tapi sampai la tak masuk2 pun duit nyer. Masih gantung tak bertali la kiranya.
Macamana aku boleh tau pasal debat itu? Ekceli hari isnin lepas encik suami pergi bawak students dia ke karangkraf. Lawatan sambil belajar kekdahnya. Kebetulan debat tu dianjurkan oleh sinarharian yang diterbitkan oleh karangkraf. Tu yang dia tau tu.
Apa yang diperdebatkan oleh mereka berdua? Kalau nak tau, sila lah klik sini. Tak kosser aku nak join berdebat. Babai!
New Update.
Ok, aku tau video tu sejam setengah. Sampai kuar janggut pun belum tentu abis donlod. So, aku dengan baik hatinya akan bagi point2 penting. Aku pun dah lupa apa yang derang perdebatkan.
Janji PR jika membentuk kerajaan ialah
- Mansuh ptptpu. Delete.
- Hutang semasa diselesaikan oleh gomen, 2bil setahun x 15 tahun. KJ boleh2 kata jumlah sekarang 30bil. Fizi pulak asik sebut 23bil. Tak kisah lah berapa pun.
- Yuran ipta percuma.
- Yuran ipts disubsidi sebanyak sama dengan yuran ipta.
- Elaun sara hidup 5k setahun kepada semua pelajar ipta (best gilersss! aku nak masuk u semula, boleh?)
- Bina 10 buah ipta dengan kapasiti 10k enrolmen setiap tahun. (kj kata kos bina 1 uni ialah 2bil. fizi kata kalau kerajaan amno yang bina memang 2bil, tapi uni monash bina untuk kapasiti 5k enrolmen setahun, kosnya hanya 4mil jek. kj kata uni monash takde kapasiti untuk post-grad facilities. apa2 lah korang...)
- Nyahkan ipts2 pondok (yang duduk kat rumah kedai contohnya). KJ kata, takkan kolej komuniti (memang duduk kat rumah kedai pun) nak ditutup? Ngok nyer... kolej komuniti tu ipts ker? Adoiyai...
- Fizi kata negara2 scandanivian banyak yang bagi yuran ipt percuma. Takde pun kadar cukai dia tinggi.
Hasil karya AyunasiA pada 9:46 PM 0 komen Pautan ke karya ini
Wednesday, 23 May 2012
Baca Dua Bulan Sekali
Dulu orang tnb datang baca meter sebulan sekali. Sebelum tu, pernah derang datang dua bulan sekali. Bulan pertama dia beri bil anggaran, bulan kedua baru baca meter. Kemudian, tak tau bila, tetiba dia datang tetiap bulan. Sekarang, ermmm sejak tahun lepas rasanya, derang kembali ke kekdah asal, datang dua bulan sekali.
Selama beberapa bulan itu, tidak lah aku perasan apa2. Errr sebab aku tak bayar, tak pasal la aku nak ambik tau. Sehinggalah semalam, bil letrik baru sampai dan aku terbaca butiran dalam tu.
Blok kegunaan 642 unit. 400 unit pertama 21.8 sen. 200 unit seterusnya 30+ sen. 42 unit lagi tak ingat. Tapi makin banyak unit digunakan, semakin tinggi lah kadar nya. Dalam kes aku ni, 642 unit itu adalah bacaan untuk 2 bulan di mana kalau dikira purata, sebulan ialah 321 unit. Kan?
Nampak tak?
Kalau dia datang baca meter setiap bulan, blok kegunaan aku tak sampai pun 400 unit pertama, iaitu 21.8 sen. Ni sebab dia datang 2 bulan sekali, tak pepasal dah lebih dari 400 unit dan terpaksa bayar kadar 200 seterusnya yang setengah kali ganda itu. Jahatnya!
Pastu kat bawahnya ada lagi bayaran ala2 cukai pulak. rm1.71. Tak tau berapa percent. 1% kot. Katanya kumpulan wang tenaga boleh diperbaharui kekdahnya. Apa tu? Macam kwsp bunyinya.
Pastu bawah lagi ada dinyatakan subsidi yang ditanggung oleh kerejaan iaitu rm72+, lebih kurang 11 sen seunit. So?
Dah.

Hasil karya AyunasiA pada 9:58 AM 0 komen Pautan ke karya ini
Wednesday, 16 May 2012
Pertama Kali Dirai Sebagai Guru
Setelah 4 tahun aku di sini, baru hari ni lah kali pertama kami pengajar2 ni diraikan oleh pelajar2 kami. Tapi tak semua lah. Satu kelas ni je. Itu pun dah cukup baik. Memula tengahari tadi ada 2 orang budak mintak keluar. Petang pulak lebih kurang pukul 4, budak yang sama tanya, ada lighter ke tak. Tak lama tu derang bawak kek ini. Ooo dia kuar tadi nak beli kek. Minta lighter tu nak taruk lilin. Pukul 5 sebelum balik, kami potong kek. Berbunga2 pink hati ku seperti bunga di atas kek itu.
| 6 orang je yang ada. Daripada 9. |
| Wacha! |
| Nak potong pun gigil. Maklum lah, tak pernah epibedeituyu |
| Selamat Hari Guru, katanya |
Hasil karya AyunasiA pada 10:31 PM 7 komen Pautan ke karya ini
Tuesday, 15 May 2012
Pasal Kaki Pulak
Selama ni, aku beli kasut ikut suka mata. Asal cantik. Kadang2 ikut suka kaki juga. Asal selesa. Tak terpikir pun nak ambil tau pasal struktur binaan kaki. Kena ker?
Sehinggalah pada suatu hari, aku ternampak satu kedai kasut sukan baru bukak kat bpmol. Br00ks katanya. Selalu dengar, kan? Kedai baru harus lah dimasuki. Dapat pegang pun jadik lah. Lagi pun takde plan nak membeli kasut sukan. Lain lah kalau aku atlit sukan negara ke. Harus masuk situ macam masuk nag0yatextile (maksudnya setiap kali lalu).
Masa di situ, promoter dia melayan kami dengan ramahnya. Siap 2 orang lagik! Biasa ar, kedai baru, harus menarik hati customer. Cuba dah setahun bukak. Kiter masuk pun dia pandang atas bawah. Tau lah kasut dia mahal!
Ada 2 kekdah menguji struktur kaki. Guna mesin. Satu tu macam penimbang. Kita naik atas dia dan dia ukur tekanan pada tapak kaki kita. Kendian kuar ar kat skrin tu gambar tapak kaki kita. Ada area yang tekanan kuat, ada yang tak. Dari situ juga kita tau lekuk kaki kita jenis macamana. Ada orang takde lekuk sangat. Kendian dia pun tunjukkan kategori2 kasut yang sesuai dengan bentuk kaki kita. Ohhh rupanya tapak kasut sukan ni ada yang berlekuk dan ada yang hampir rata. Tak perasan pun. Balik tu aku check balik kasut yang terakhir aku beli (yang selesa sangat tu). Ooo patut lah selesa sangat. Sebab kaki aku jenis lekuk banyak dan kasut tu jenis lekuk.
Yang kedua pulak dia tengok alignment kaki dan tapak kaki kita. Ni dia pakai pembaris jek. Tapi selalunya benda ni kita boleh tau sendiri melalui pemerhatian pada kasut yang kita pakai hari2. Biasanya bila dah dilanyak2, kita boleh lihat belah mana yang haus lebih. So, dari situ kita boleh tau senget tak senget alignment kaki kita.
Akhirnya, walau pun kami tak membeli kasut beruk yang rege purata 3-4 ratus (bagi aku mahal untuk bukan atlit), kami telah mendapat ilmu baru mengenai kaki dan lebih mengenali kaki sendiri. Berdirilah di atas kaki sendiri. Selamat berdikari!

Hasil karya AyunasiA pada 12:15 PM 0 komen Pautan ke karya ini
Ngeeeeeeeeeeee (bunyi lalat)
Tarik, hembus, tarik, hembus. Alhamdulillah... aku masih bernafas. Tak ke mana2 pun. Tetiap hari bukak dashboard. Cuma tak sempat buat apa2. Serius! Busy macam lalat.

Hasil karya AyunasiA pada 9:53 AM 1 komen Pautan ke karya ini
Tuesday, 1 May 2012
H0mestay @ Nilai 3
*STICKY POST
Anda mencari tempat penginapan di Nilai, Negeri Sembilan untuk tujuan :
- Rombongan pengantin,
- Hantar / Jemput orang di KLIA,
- Daftar masuk U,
- Konvokesyen,
- Kursus / Urusan kerja & perniagaan ?
Cuma 5 - 10 minit dari Tol PLUS exit Nilai atau exit Seri Putra/Bukit Mahkota dan Tol LEKAS (exit Pajam),
Bersebelahan pusat membeli belah Pasar Borong Nilai 3 (<5 minit),
Berhampiran USIM, KUIS, Nilai / Inti College,
20 - 30 minit ke KLIA / LCCT / F1 Sepang / UKM / UPM,
20 - 30 minit ke Seremban / KL / Putrajaya.
Hasil karya AyunasiA pada 4:52 PM 2 komen Pautan ke karya ini
Wednesday, 25 April 2012
Saya Seekor Ikan
Macamana nak terangkan eh? Aku baru je mendengar cd seminar tentang pengurusan berlandaskan islam oleh prof. dr sidekbaba. Sebelum dengar tu aku dah expect, mesti bosan giler. Sebab tu, walau pun cd tu aku dapat 2 tahun lepas, baru kini hati aku terbuka nak mendengarnya. Punya lah lama mengambil masa nak menerima hakikat keberadaan cd tu dalam lemari tuh.
Sekali dengar, ermmm memang bosan pun huhuhu. Bukan bosan apa la. Dia bercakap macam membaca teks dan mendatar je. Itu yang bosan. Tapi bila diperhalusi word by word, banyak juga yang berjaya masuk. Kira bosan tapi relevan la. Mana tau, besok2 aku menjadi bos ke kan hehehe, boleh lah diaplikasikan.
Salah satu daripadanya ialah tentang kisah ikan.
Dia bercakap tentang sifat ihsan yang dimiliki oleh Allah swt. Allah memberi rejeki kepada semua makhluknya. Contohnya macam ikan. Memang lah ikan tu kita nampak macam manusia yang mendapatkannya. Samada manusia yang tangkap atau pun yang membelinya di pasar. Tapi, walau pun kita rasa macam ikan tu kita yang punya, atau rejeki kita, hakikatnya kita turut berkongsi rezeki tu dengan makhluk yang lain.
Memula kita bawak balik ikan tu ke rumah. Kita siang. Kita tak ambik semua. Sirip, insang, sisik, ekor, perut nya kita buang. Kita masak yang bersih ajer. Yang lelain tu rejeki semut, kucing, dan sebagainya. Kemudian kita masak ikan tu. Goreng kunyit la contohnya. Dan kita hidang. Kita makan ikan tu. Tapi, kita tak baham semua kan. Kita asingkan tulang, kepala, ekornya. Kita makan isinya. Yang lelain tu, rejeki semut, kucing errr saper lagi yang makan tulang ikan ek? Saper2 lah.
Tak tamat di situ. Kita ingat, ikan tu dah masuk perut kita, dah tentu lah itu rejeki kita. Tapi, malam tu kita tidur. Bangun pagi besok, kita beri. Kuar lah sebahagian ikan itu ke dalam tangki kumbahan. Sikit je yang diserap oleh badan kita. Yang lelain tu rejeki ulat2 pula. Kan?
Renung2 kan. Selamat beramal. (tak tau nak buat conclusion cemana hihi)

Hasil karya AyunasiA pada 8:38 PM 0 komen Pautan ke karya ini
Tuesday, 24 April 2012
Jangan Membandingkan
Abang, derang kan, yang gred 36, basic je dah 37. Yang gred 38 lagi lah, 47. Ayang je yang 2+. Sedih.
Takpe lah. Yang penting berkat. Sihat, tak sakit. Sikit, tapi cukup je kan?
Ok lah, mari kiter solat bersama2.
Insaf.

Hasil karya AyunasiA pada 10:08 PM 2 komen Pautan ke karya ini
Kuantan Parade ke Kompleks Teruntum?
Kisahnya 2 minggu lepas yang aku pergi kuantan kali kedua tu, aku ada pergi ke sebuah shopping complex berhampiran dengan hotel. Jalan kaki 3 minit jek. Masuk ke situ melalui parking lot. Belah belakang. Di situ, ada dstore, c00lblog dan banyak kedai2 macam samit batu pahat ni. Siap beli kasut lagi kat situ. Masa masuk dstore tu, dalam hati aku berkata, sebelah2 bangunan pun bukak pasaraya yang sama. Sebabnya, aku ingat tempat yang aku pergi tu ialah kompleks teruntum. Mati2. Aku tahu kat kuantan parade ada dstore.
Time on the way balik bp, dari jauh aku nampak, oh, kuantan parade duk kat belakang teruntum ni jek. Lain kali nak pergi lah. So, bila datang kuantan lagi minggu lepas, aku ingat nak lah pergi kuantan parade tu. Tapi, lepas pekena ikan patin, malas pulak nak berpeluh2 berjalan ke situ. Tak kisah lah.
Sekali masa nak balik, kami lalu kat sebelah kuantan parade tu. Tengok2, eh eh, la, ini lah tempat yang kiter pergi ari tuh. Kompleks teruntum kat sebelah dia. Lorrr rupanya aku dah pergi pun kuantan parade tu. Siap beli kasut lagi (tau, aku ulang ayat ni lagi sekali). Tah pape.

Hasil karya AyunasiA pada 9:39 AM 0 komen Pautan ke karya ini

