BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 31 May 2010

M.A.W.I ~ W.0.R.L.D



Hahaha mimpi apa malam tadi sampai buat entry pasal mawi neh? Isy, takde maknanya mimpi. Sebenarnya, balik kerja aritu, aku terdengar lagu mawi & m nasir, tah apa ke tajuk nya, dah lupa dah. Nampak sangat hehe. Dan2 tu aku terus pasang cd mawi. Saje lah nak mengimbas kembali zaman minat giler kat dia dulu. Dah 5 tahun berlalu, segalanya sudah berubah. 360 darjah! Jom, bekas2 peminat mawi, kita kembali menyusur kenangan di tahun 2005 itu.

Aku mula2 tengok af kat kedai makan seri bunga seksyen 2. Af1. Masa tu rosma nyanyi lagi my all kot. Ada ke dia nyanyi lagu nih? Tah, tapi lagu omputih la dan dia pakai baju kaler merah. Pastu, aku tengok final af1 kat umah kakak ku di bestari jaya. Kat mana tah tu kan? Batang berjuntai la. Terpaksa gak tulis nak bagi korang faham.

Masa af2, aku tengah nak pindah ke dungu*n. Ingat lagi, masa aku sibuk2 jumpa dekan berbincang pasal transfer tu, ada sorang akak ni cakap, "kecik je dia ni, macam nughul." Siapakah nughul itu? Aku pun tak tau. Lepas2 tu baru aku faham, mungkin dia maksudkan nughul af2 tu lah kot. Ke aku yang perasan ekekek. Bila dah pindah, kawan2 pulak sibuk nak tengok af tapi takde estro. Ada sekali tu, derang ajak aku pergi rumah seorang staf ni kat kuarters. Sanggup pulak aku pergi memalam tu. Pelik betul. Final af2 aku tengok kat rumah kakak ku lagi. Kebetulan aku ada interview kot. Tengok sensorang je sebab kakak ku pergi rombongan ke errrr kota baru kot. Banyak memori dah delete. Sibbaik masih dok kat recycle bin. Ingat la jugak sesikit.

Selepas tu, aku pun kawen. Rumah pun dah ada estro. Jadi, aku mula betul2 follow af3. Itu pun dapat tengok konsert je sebab rumah kat dung*n takde estro jugak. Tetiap minggu memang aku balik bp. Gigih kan? Tak lah. Bukan balik sebab nak tengok af. Lebih kepada menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga hehehe. Ye lah tu.

Ingat lagi, setiap minggu, balik je dungu*n semula, aku akan download video nyanyian dia. Tah, ada lagi ke tidak tah. Tak ingat pulak aku ada simpan dalam cd ke tidak. Pastu dok la ulang ulang ulang. Ye lah, setiap minggu rasanya macam best je performance dia. Keluar suara pancit pun buat2 tak dengar. Kalau dengar radio pulak, dengar lagu yang dia nyanyi, tapi penyanyi sebenar yang nyanyi, rasa macam, eh, mawi nyanyi lagi sedap la huhuhu. Bila nyanyi lagu jamal abdillah, dah rasa setanding dah. Bila tengok dia nyanyi beautiful maria, rasa macho giler. Sampai sanggup menghafal lirik lagu.

Masa tu juga, banyak giler blog yang aku follow. Yang puji, yang kutuk, semua aku layan. Antaranya club-bid, juandanz@ dan banyak la lagi. Pastu dulu ada website yang kena bayar kalau nak tengok tu. Diari extended ke haper. Leh tau aktiviti derang lebih lanjut. Eh, dulu diari dia 2x sehari kot kan? Rasa macam banyak giler yang kiter tau pasal dia. Masa dia nyanyi lagu hattan, pergh! sedih giler sebab orang kutuk2.

Bila dah menang, resah gelisah menanti album keluar. Hari ke hari bulan ke bulan. Akhirnya, dekat2 nak puasa ke raya kot baru kuar albumnya. Dalam adik beradik aku, yayu sorang je kot yang tak beli album dia. Mana laaa album tu tak terjual beratus2 ribu ek? Tu baru adik beradik aku. Tak kira lagi adik beradik korang. Mak bapak atuk nenek pun beli album dia jugak. Yang tak boleh blahnya, yang aku beli tu, cd. Padahal aku takde pun cd playernya. Kat kereta pun pakai kaset. Ada takde, aku dengar kat pc je lah.


Ada masa nya, mawi diundang menjadi dj jemputan kat era. Bila tau je, aku terus pangkah2 kat kalendar, tarikh dan masa dia akan ke udara. Padahal aku boleh dengar radio dalam kereta je (masa kat dungu*). Giler poyo.

Pastu, masa aku dah tak keje pulak, ada program resume mawi. Hahaha ni memang tak boleh blah punya program. Last2, masa final, tinggal 2 orang peserta yang mana salah seorang tu ialah perempuan, bekas secretary kot, dah lupa. Tapi memang dia boleh la buat keje tu. Tapi, oleh kerana lawannya tu lelaki, iras2 pulak rupa gayanya, langsung kalah pempuan tu. Jap jap, man ke haper nama mamat yang menang tu? Tapi yang musykilnya, selepas tu pun aku rasa dia tak jadi pa mawi gak. Dah siap berenti keje bagai lak tu.

Masa tahun pertama dia menang af tu, dia ada buat rumah terbuka hari raya kan. Jangan lupa uolsss. Aku lah salah seorang yang menyesakkan lalulintas di felda taib andak itu. Kalau tak salah aku dia buat pada hari raya ke-3 ke ke-4 gitu. Masa tu aku dah balik bp, tapi patah balik semula ke kulai semata2 nak pergi ke sana. Pulak tu, time tu lah pulak betri kancil nak kong. Masa pergi tu kami tolak baru start. Bila dah sampai, sengaja parking kat bukit. Tapi, masa sampai tu dah takde dah makanan. Mawinya pun dah takde atas pentas. Itu rumah terbuka ke, karnival syuerheboh? Siap ada jualan tshirt, megi, kereta (dia jadi duta eon kot) dll. Sempat la aku bergambar ngan kereta savvy dia yang plet nya maw1100 kot.

Bila nak balik, memang betul pun ketenya takleh start. Menolak ler. Itulah first time aku start kete guna kekdah tolak tu. Masuk gear 2, bila dah agak laju, lepas klac. Eh, ye ker gitu? Ye lah kot.

Selepas pak atan meninggal, dia break up ngan ina. Dan di situlah berakhirnya saat gemilangnya mawi dalam hidup aku. Tak tau lah siapa yang salah siapa yang benar. Bila baca buku ina tu, rasa macam mawi yang salah hehe. Kot lah ada buku mawi jugak, mesti nampak ina lak yang salah.



Lepas putus tunang, mulanya ina pindah keje kilang kat kota. Kilang soode kot yu? Nampak macam baju dia kaler pink. Boleh pulak mampu beli kete. Besar gak gaji dia ek? Pastu dia ditawarkan keje ngan syarikat apa tah, sebelum dapat tawaran jadi model dan seterusnya tawaran menyanyi ngan hijaz rekod. Dah nyanyi2 dengan agak sumbeng, sangkut pulak ngan suhaimi. Lalu, bertunang lah dia sebelum berkahwin. Masa dia kawen, aku tengah kat mersing. Dekat dah ngan umah dia hehe. Tapi, tak pergipun. Tak kosser. Bukannya aku peminat dia pun. Cuma kesian je kat dia kerna dipermainkan oleh mawi.

Demikian lah serba sedikit kisah kenangan ku. Kini, aura entah ke mana, menyampah lagi ada. Tu lahhh orang tua2 dah pesan. Jangan suka sangat kat orang, nanti jadi benci.


Tuesday, 25 May 2010

Bukan Salah Si Putih


Bermula dari hari jumaat lagi, aku dah bertapa dalam bilik jahit. Memang biasanya kalau tinggal sesorang, aku akan menjahit. Takde komitmen hehe. Jadi, banyak lah hasil yang diperolehi hasil pertapaan ku itu.

Kan aritu aku dah abis potong semua baju kan? Haaa ini lah masanya untuk mengerjakan baju2 itu. Untuk setiap pasang, aku jahit dulu pesak, kekek dan lengannya. Tak cantum badan lagi sebab belum tebuk leher. Memang boleh tebuk leher selepas dicantum, tapi benda yang senang, kenapa nak dirumitkan? Baik lah aku buat benda lain dulu. Siap cantum 3 parts tersebut, aku teruskan dengan menjahit kain. Begitu lah rutinnya berulang dari 1 ke 2. 2 ke 3, hinggalah ke 8.

Sedar tak sedar, menjelang ahad malam isnin, aku dah siap kesemua 8 pasang tersebut. Waaa mungkin kah aku akan membuka tempahan sempena hari raya ini? Mungkin juga sebab sekarang baru bulan 5 kan. Minggu ni aku boleh pulun tebuk leher. Kemudian boleh terus cantum badan. Pastu? Dah tinggal jahit tangan sahaja. Tapi, aku dah berjanji kepada pelanggan ku untuk menjahit leher tulang belut. Cerewet betul customer aku yang sorang tu. Sibbaik part kain dia tak kisah sangat. Semua belasah cerut getah jek. Sebab tu lah siap cepat.

Selain itu, aku juga sudah menemui kain solena yang paling keras yang memang digunakan untuk awning tudung. Jadi, tudung juga sudah siap sehelai lagi. Aku mula jahit tudung tu pada tengah minggu lepas. Tah, hari rabu kot. Tetapi, alangkah kecewanya hatiku apabila mendapati jahitan pada tudung itu melompat2. Huuu mungkinkah ini pengakhirannya segala usaha ku ini? Down giler aku rasa. Terus aku campak je tudung tu di sudut bilik. Huh!

Tetapi, pada hari jumaat itu juga, aku cuba slow talk dengan si putih gebu.

"Teh teh, ko ni nak hidup lama ke tak? Ke nak aku lempang muka ko baru ko nak elok? Ooo ko ingat aku lupa ek besdei ko. Ye la ye la. Aku ingat lah, besdei ko 13 mei. Apa lak aku lupa. Dah dah. Jangan majuk2."

Gitu aku pujuk dia.

Puas ku godeh2 skru kat mesin tu. Sekejap longgar, sekejap ketat. Sekejap clockwise, sekejap anticlockwise. Namun, segalanya bagai tak memberi erti padanya. Ini boleh mendatangkan marah! Menurut pengalaman aku, jahitan melompat ni selalunya disebabkan oleh jarum. Yang aku terfikir waktu tu hanyalah, saiz jarum tak sesuai kot. Sebabnya, masa aku jahit tudung lycra aritu, ok jek? Takkan kain jc ni dia tak sesuai pulak? Macam samaaa je aku tengok?

Ok, kalau nak ganti jarum, kena la pergi ke tarmah. Dah ler kedai tu dah pindah kat jalan t0ngkang pechah tu. Bila masa la pulak aku nak pergi kan? Jadi, aku pun pikir lagi. Kalau saiz jarum tak boleh diganti, mungkin juga jarum ni terbalik kot. Lalu aku pun memusingkan lubang jarum tu sebanyak 180 darjah. Hoye hoye! Dah tak lompat lagi. Ermmm thank you my friend! Nyaris2 aku nak hantar ko masuk bengkel teh oiii.

Dia tak bersalah.

Monday, 24 May 2010

CKT, Now In Paghit Ghaje Opsss Seghi Gading Lebih Tepatnya


Sibuk yang amat!!!

Bukan, bukan tak boleh buat keje awal. Memang la kalau dibuat awal tu, sekarang ni dah senang lenang. Masaelahnya, errr apa ek masalahnya?

Ok, abaikan bab sibuk tu. Sibuk macamana pun, akan ku curik masa untuk update blog ini.

Hari sabtu yang lepas, aku telah menerjah satu kedai makan yang baru dibuka. Ya, memang aku jenis susah nak pergi kedai2 baru ni. Takut tak menepati citarasa. Tapi yang ni, aku mesti cuba. Kalau tak, mungkin aku akan menyesal di kemudian hari. Kedai ni bernama, pak tam ckt dan mi udang. See? Nama 2 menu tu pun dah nampak macam original penang, kan? Biasanya, kalau kedai tu kata dia ada menu ckt, padahal kedai dia specialist ini tomyam, aku agak ragu2 kerana tomyam tu bukan menu ala thai ker? Jadi, sejauh manakah kehebatan mereka dalam menu penang ini? Tetapi, untuk kedai ini, aku pergi kerana ada sedikit keyakinan di sanubari. Macam nak pergi interview pulak nak kena yakin2 bagai.

Kami pergi ke sana selepas maghrib. Kena cepat sebab nak tengok final af hehe. Sampai2 je di situ, kami disambut dengan kelkatu. Ya, petang tu hujan dan kelkatu memang banyak selepas hujan. Maka, bergelap lah kami di sana kerana bimbang kelkatu akan menjadi salah satu daripada ingredient di dalam menu makanan kami itu. Aku order ckt, manakala encik hairul order mi udang besar. Bukan udang besar, tetapi mangkuk yang besar. Udang dia sama je ngan udang ckt atau mana2 udang yang selalu dijumpai di pasar awam. Takde pon udang besar yang macam kat mi udang sungai 2 tu.

Sebelum order tu pun, kita kena tengok persekitaran memasak ckt itu. Ok, saiz kuali dah ok. bentuk pinggan pon pass. Harap2, menjadi lah. Tak sampai 5 minit, ckt pun siap. Ok, dia ikut rule 1 pinggan 1 kali masak. Kuey tiow nya pun jenis halus.

Mula2 kena cuba hirup kuahnya dulu. Ermmm ok. Pass. Maknanya? Dah takyah pegi penang untuk makan ckt yeayeay! Tapi kena tambah garam sikit kot. Errr, ok je kot, kurang risiko darah tinggi. Dan, takde cili jeruk. Pon ok, mengurangkan risiko ulser perut.

Tak sabar nak makan lagi.

p/s tapi gambar kat atas tu bukan pak tam punya. aku gugel jek.

Ganjil 3 Tahun

Hari ini, cukup 3 tahun aku bekerja dengan gomen. Bagi orang2 gomen, mesti dah tau, apa maknanya kalau dah cukup 3 tahun ni, kan? Ngeh ngeh ngeh.

Kepada semua rakan2 seperjuangan, selamat ulang tahun!

Friday, 21 May 2010

Cerewet

Menjadi seorang yang cerewet ni ada baik dan ada buruknya. Biasanya, yang baik tu dapat kat empunya badan dan yang buruknya pergi kat orang di sekelilingnya. Itu pun bergantung jugak. Kalau orang di sekeliling tu pun jenis cerewet jugak atau pun jenis tak kisah, takde lah dia rasa menyusahkan. Tapi, kalau dapat kat orang yang, dah lah tak suka sangat kat orang tu, buat pulak perangai cerewet, memang menjengkelkan sungguh.

Cerewet juga membawa kerugian. Contohnya, ko tak makan ikan sungai. Tetiba member belanja makan patin masak tempoyak kat temerloh. Dia pulak order patin yang betul2 keluar dari lubuk sungai punya. Pergh! Rugi lu beb. Tapi, rasanya, orang yang empunya badan takde lah rasa rugi. Cuma tak untung jek. Orang keliling la pulak yang rasa yang orang tu rugi. Walhal, dia tak heran pun.

Aku? Aku memang cerewet. Takde lah tahap dewa. Biasa2 je (bagi aku la kot). Bab makan, aku memilih, bukan cerewet. Memilih sebab aku tak suka makan certain benda. Dan kalau aku tak makan, tak menyusahkan sesiapa. Percaya lah. Kalau ada, makan. Kalau takde, tak mintak. Kalau orang hidangkan sesuatu yang aku kurang gemar, aku tak makan. Itu je. Takde lah aku mintak dia masak lain.

Cumanya, oleh kerana sikap memilih ini, encik hairul terpaksa la follow selera aku. Abis, benda yang aku tak suka, memang la takkan aku masak. Nak wat cemana? Yang paling obvious sekali in my household ialah sayur. Tak tau lah nak kata suami ku bernasib malang ke apa kerana sayur yang aku masak sehari2 cumalah kacang buncis dan kailan. Buncis tu kadang2 diganti dengan kacang panjang, tapi aku lagi suka buncis sebab dia manis sikit. Taugeh? "Abang nak makan toge, siang sendiri ek." Ok, tu namanya malas, bukan memilih kihkihkih. Tapi, selepas dimasak, barulah aku menyedari bahawa rasa taugeh itu adalah tak sedap. Takmo lagi dah. Ok, takyah bagitau aku bahawa taugeh itu bagus untuk meningkatkan kesuburan. Aku dah tau dah.

Itu bab sayur. Ikan pun ada certain je yang aku makan. Yang komfem sekali, ikan sungai. Kesukaanku selamanya. Kalau ikan2 yang rasanya kesat, memang lah takkan aku makan. Masak apatah lagi. Antaranya, ikan pari. Ikan merah yang orang kata sedap sangat dimasak asam pedas tu pun aku tak berapa suka.

Kek dan biskut juga aku tak suka. Dan roti juga. Biskut dan roti kan kering kan. Tah, aku rasa bila tengah gigit roti atau biskut tu, aku rasa macam sesak nafas dengan aromanya. Ok, tu cerewet kot. Tapi, ada ke aku susahkan orang lain? Takde kan? Kek tu boleh la lagi aku makan sikit2. Tapi kalau balik kampung mil suh bawak balik, alamat sampai raya tahun depan kot ada lagi duduk dalam peti ais. Coklat pun sama. Sebijik coklat kisses tu pun kemain susah nak abis. Ini semua gara2 aku berpantang makan coklat sebab jerawat dulu. Sekarang bila makan balik, dah takde nikmat.

Ok, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal cerewet makan (tapi terlanjur dah tertaip tu, baca je lah ek), tapi cerewet2 yang lain. Tapi, oleh kerana aku dah cerita pasal cerewet makan, maka secara tidak langsung, terjadi lah cerita segala2ya tentang cerewet.

Siapa suka pakai telekung wakaf? Ada. Mesti ada. Sebab itu lah ramai yang malas bawak telekung bila ke mana2, kan? Tapi aku adalah cerewet bab telekung nih. Sebab tu kalau aku terlupa bawak, baik balik je rumah baru sembahyang. Tapi, encik hairul selalu menggunakan alasan seperti entry semalam untuk memaksa aku solat dengan telekung wakaf.

Ok, orang lelaki ni tak faham kot. Dia ingat telekung wakaf tu sama macam telekung kita. Bersih, wangi, cantik berkerawang2, kering dan sedondon. Ye lah. Bila beli tu kan sepasang dengan kain kan. Sedangkan hakikatnya adalah jauh panggang dari api. Mungkin sesekali kita boleh bawak kaum lelaki ni masuk surau wanita supaya dia tengok sendiri dengan mata hidung dia sendiri. Mestilah dengan hidung supaya dia boleh menghidu baunya sekali.

Sesungguhnya, ciri2 telekung yang disebut di atas adalah perkara yang diambil kira ketika hendak sembahyang. Bersih, wajib lah kan. Karang tak sah pulak sembahyang tu. Untuk pengetahuan kalian, kebanyakan telekung wakaf itu adalah kusam. Warnanya yang putih, ada yang dah jadi kelabu atau beige (bunyi macam cantik). Di sudut kekek (mcm baju kurung pulak. alaaa yang 3 segi kat dagu tu)) nya, banyak tahi lambuan. Kadangkala, gincu dan bedak juga turut tercalit padanya. Jadi, adakah itu pakaian yang sesuai untuk solat wahai suami? Ewahhh macam over pulak.

Wangi, jangan lah bermimpi yang telekung wakaf itu adalah wangi harum dan asyik baunya. Kadang2, aku terpaksa bernafas panjang2 sekali nafas supaya dalam solat itu, kurang helaan nafas dilakukan. Kering. Kalau jadi orang pertama yang masuk surau semasa solat zohor, mungkin lah dapat telelung yang kering. Yang penting kat kekek tu. Kalau dia dah basah, umak umak umak aiii tak sanggup aku. Dengan baunya lagi, memang tak selesa. Lengan baju basah pun aku tak selesa, inikan pula di bawah dagu. Terus terang, memang tak khusyuk. Ni memang kritikal. Yang kering masih boleh lagi. Tapi kalau basah, maaf ler.

Itu satu hal. Nampak je bersangkut2an kat hanger tu macam banyak telekung. Padahal, yang complete set cuma beberapa je. Selebihnya, samada takde kain, atau takde telekung. Ada orang, dia tau yang dia dah menutup aurat, boleh ajer dia solat dengan pakaian yang dipakai tu. Tapi, kalau pakai telekung tu, at least kebarangkalian tersingkap adalah rendah.

Itu hal kedua. Bila dah ramai2 tu, telekung pulak tak cukup. Tunggu la pulak giliran. Orang yang tengah solat tu pun rasa tak selesa sebab tau ada orang menunggu. Macam solat dalam peperangan pulak. Tiba turn, dah komfem lah telekung nya dah tak memenuhi kriteria kering tu tadi. Kadang2 pulak, telekung ada, sejadah pulak takde. Ada yang takmo kongsi, pakai sehelai sensorang. Dah jadi lambat jugak. Sekarang, selain telekung, aku juga membawa sejadah sekali. Buat aper beli henbeg besar2 tapi tak isi penuh2, kan?

Aku rasa, ramai lagi yang cerewet bab telekung ni, kan? Kalau kat opis, biasanya masing2 ada bawak sendiri. Aku punya aku gantung kat hanger. Kalau simpan dalam beg, takut basah2 tu nanti bertahi lambuan pulak. Rupa2nya, ada jugak orang kat opis ni yang takde telekung sendiri. Aritu aku macam rasa basah2 kat kekek telekung tu. Tapi, aku ingat, mungkin memang dari aku sendiri. Kendian esok2nya aku perasan lipatannya tak sama dengan lipatan aku. Hari lain pulak, pengikatnya pulak kepala aku takleh muat. Sah! Ada orang lain pakai. Apa, ko ingat telekung yang digantung tu wakaf ker? Ngok! Ok memang salah aku sebab tak simpan dalam beg cantik2. Tapi, aritu aku ada perasan jugak, someone ni guna satu lagi telekung yang dihanger. Telekung orang, apa aku kisah kan? Tapi, tetap gak aku kisah. Aku tanya kat member, telekung yang kat hanger ada towel tu dia punya ker? Ya betulll. Jadi, suspect found! Dusy dusy dusy! Terpaksa lah aku bawak telekung ke opis. Nyampah! Nak tinggal kat surau pun tak berapa yakin. Ye lah, kita ni ye lah rajin bawak balik basuh setiap bulan. Tetiba orang sesuka ati je pakai. Walau pun perkara yang baik, tetapi, pendekatannya salah, tetap tidak wajar.

Dalam novel ketika love bertasbih ada disebut tentang sikap mendahulukan diri sendiri. Bukan selfish. Tetapi, dalam hal ibadah, kita patut mendahulukan diri kita sendiri daripada orang lain. Kalau mendahulukan orang lain tu disebut 'itsar' dan hukumnya makruh. Contohnya, ko nak solat kat surau. Kawan ko tak bawak telekung, jadi dia nak pinjam telekung ko. Jadi, kita perlu solat dulu, kendian baru lah kasi pinjam telekung tu. Atau pun, kalau ko nak ambik wudhuk, tapi air ada seciput je, cukup untuk ko sorang. So, pakai lah untuk diri sendiri dulu. Dan juga dalam soal jodoh. Ko dah suka kat mamat ni, tapi kawan ko pon minat jugak. Juga, kita wajar mendahulukan diri sendiri. Eh, ni contoh dalam novel tu, bukan aku memandai2.

Selain telekung, pemilihan surau/masjid juga aku sangat cerewet. Orang lelaki ni pon kekadang tak paham. Ingat kita saje2 tak nak solat kat surau. Nakkk jugak solat di rumah. Ye lah. Kadang2 tempat wudhuk tu dok kat luar. Lepas ambik air sembahyang, kan biasanya kita kena pakai tudung balik. Basah pulak tudung. Tak selesa. Stokin dah komfem la tak pakai. Lengan baju pulak, kekadang lupa nak turunkan. Nak pulak melintas kat tempat terbuka. Saper nak tanggung dosa tu? Ok ok, ada la penyelesaiannya. Jangan lupa dan pakai stokin. Cakap senang lah. Derang lipat2 kaki seluar ngan lengan baju je. Kalau kat rumah tu kan senang. Campak je semua, takyah cover2. Hmmm tapi, kadang2 tu terpaksa lah jugak, kalau dah terlambat. Bukan tak nak solat tapi, kena cari yang tempat wudhuknya kat dalam. Kalau yang tu takde alasan.

Kesimpulannya (bab telekung ni), bawak lah telekung ke mana sahaja. Tinggalkan je kat 1 kereta 1. Hujung minggu lepas, surau k4 sesak kerana kekurangan telekung. Ramai betul yang beratur menunggu. Tapi, aku dengan selambanya dapat solat dengan tenteram. Orang takkan mintak nak pinjam telekung yang cantik bersih wangi kering berkerawang dan sedondon. Kalau ada pun, aku dengan berlagaknya takkan bagi huhuhu. Masalahnya, kadang2, dengan femli pun berlaku jugak. Tak bagi, rasa berdosa. Dibagi, nanti basah2. Selalunya aku akan cakap, jangan basahkan kat area muka ek. Boleh? Cerewet ke tidak kalo camtu?

Ok, cerita kedua ni pula mungkin umpama membesar2kan perkara yang kecil. Tetapi, aku tetaplah cerewet dalam bab ini. Selipar memang perlu bila nak ambik air sembahyang, kan? Ok, masa aku baru2 pindah sini, aku terus bawak selipar. Derang cakap, tak lama la tu. Nanti kena rembat je ngan budak2 nih. Aku terpikir, kalau takde selipar, lagi kah susah, kan? Kenapa nak pikirkan hilang tu? Selipar pertama, sempat lah tahan setengah tahun kot. Memang hilang pon.

Kendian aku beli yang baru. Yang ni tahan lama jugak. Setahun kot. Baru je hilang. Masa aku beli tu derang cakap jugak, tak lama lagi hilang lah tu. Tapi, tetap derang pakai jugak, kan? Tak paham. Mereka rela takde selipar daripada ada tetapi hilang. Kalau takde aku yang supply selipar ni agaknya, memang berkasut lah derang ke bilik air.

Dalam pada tu, aku perasan juga, setiap hari jumaat, selipar tu takde. Lepas jumaat baru dia muncul balik. Jadi, bukan lah selipar2 yang hilang tu dirembat dek budak2. Sebenarnya derang2 ni jugak yang 'pinjam' bawak gi surau besar waktu solat jumaat. Dah sampai kat surau besar tu, tak tau lah. Mungkin budak2, mungkin bangla ke indon ke yang rembat. Tapi, aku rasa kalau benda tu dok je kat depan pintu aku ni, takde lah saper2 nak rembat kot.

Dan bila selipar kedua hilang, aku dah dapat membuat kesimpulan, selipar jepun tidak sesuai dibeli kerana ia muat di kaki2 bapak2 orang itew. Buktinya, kawan aku pakai ssandal cantik2 yang dah buruk, elok je tak hilang2. Jadi, aku pun bawak lah sandal aku yang dah buruk2 tu. Sayangnya, hayatnya tak panjang. Biasa lah, sandal kan cepat kopak kalau kena air. Jadi, aku pun beli selipar lain. Kali ni buka selipar jepun dan bukan juga sandal cantik2. Aku beli sandal plastik yang keras tu. Yang agak keji, aku beli yang betul2 comel saiz kaki aku hihihi. Setakat ni, isnin-jumaat, elok je dia duduk kat depan pintu. Cumanya, still dipakai oleh 'mereka2 yang takut selipar hilang, jadi takyah beli selipar' itu.

Satu hal pulak datang cerewet aku yang ketiga. Bila orang lain pakai selipar tu, basah, aku pun rasa geli nak pakai. Yek! Ni memang menyusahkan hidup aku. Argh!!!!!!


Thursday, 20 May 2010

Maraton Pendek


Ahad lepas, hari guru. Sedih je bila takde student yang ucap selamat. Memang ada kawan2 wish kat fb, tapi tu pun secara general. Lain ertinya ucapan dari rakan seperjuangan dengan ucapan dari student. Sebab adanya guru kerana adanya student. Kalau dalam kalangan guru2, kita anggap sebagai kawan. Lain lor...

Sekali, hari isnin, pagi2 lagi datang sorang student kepada ku.

Puan, ni ada kek untuk pengajar2 sempena hari guru semalam.

Wahhh suka suka! Bukan suka kek tu, tapi ingatan dia. Pulak tu, kek buatan sendiri tau. Aku bukan makan sangat kek. Tu pun aku makan sepotong jek. Dah petang, ada lagi separuh. Terus kawan aku panggil student, suh bawak balik. Erkkk boleh dia cakap cenggini,

Ni bukan saya nak pulang balik, tapi memang dah takde siapa nak makan.

Aku adalah terkejut. Boleh pulak?


Semalam aku beli nasi lemak kat pasar malam. Selama ni lalu je, ambik bau. Sedap je bau ayam goreng berempah dia. Ni baru nak try test cuba.

Sedappp!!! Nasi lemaknya rasa nasi lemak dan ayam goreng dia sangat erkkk juicy kikiki boleh? Anda boleh percaya dengan lidah ku. Kalau aku kata sedap tu, insya Allah memang sedap ok. Siap dia taruk lebih2 rempah2 tu sekali. Macam pisang goreng jugak la. Yang penting tepung nya, kan?

Itu ari, aku jumpa banner ni kat hospital. Pada tarikh tertera. Macam ada yang tak kena. Ke memang ada perkataan tersebut?


Bercampur Aduk

Updated

Yuhuuu!!! Anybody miss me? Cakap je lah terus terang, rindu kan kan kan? Tapi bukan la rindu orangnya. Rindu nak tau apa berlaku pada diriku selama 2-3 hari ni. Ye tak? Kot lah aku merajuk sebab mesia kalah piala th0mas terus nekad membawa diri ker kan. Ye lah tu. Memang merajuk pun. Ada yang kisah ker?

Sekarang ni, konvo dalam hidup aku dah macam hari raya. Tiap2 tahun ada. Sibbaik dia tak datang ngan raya haji sekali. Kalau tak, lagi lah senget bahu encik hairul. Boleh dikatakan, dalam bulan ni, setiap minggu dia terpaksa naik kl (aku guna istilah naik sebab kalau dalam peta, kl tu dok kat atas j0hor). Bukan kl je, ada sekali tu sampai ke kedah nun (aku guna istilah nun kerana tempat tu terletak di utara kedah). Semuanya demi keluarga tercinta huhuhu. Aku? Best betul. Tak ikut pun. Biasa ar, tak kosser aku. Setakat menganto adik2 masuk kolej ni, memang aku malas nak ambik port. Amboiii, aku dulu pergi sendiri naik bas je tau? Hehehe. Well, you know me. Aku kalau boleh, apa yang aku tak dapat dulu, semua orang tak boleh dapat ekekek. Contohnya, masa konvo dip aku, takde pun femli yang datang. Maka, sesiapa yang konvo dip tak perlu aku nak pergi hihihi. Kalau dulu aku pergi balik kampung naik bas, korang pun sepatutnya naik bas, takyah sesiapa nak gi jemput hantar. Sebenarnya bukan aku yang disusahkan hihihi. Tapi, dah hati kaudu, dengki jeles tak tentu hala. Tu yang tak susahkan aku, kalau yang memang aku pon terlibat dalam ini pelem, lagi lah berbuluuuuuuu je.

Dia cakap, aku ni tamak kasih sayang hehehe. Walau bagaimana pun, selalunya dia faham. Aku anak bongsu (walau pun tak bongsu sangat), tak pandai memberi. Tau menerima je. Ye lah, kalau ada adik2, mesti kita kena banyak mengalah dan banyak memberi. Apatah lagi lelaki. Tanggungjawab katanya. Hmmm memang anak dan abang mithali. Mudah2an dia akan menarik aku sekali masuk ke syurga. Oh, insaf tiba2.

Oh, cakap pasal tarik menarik ni, teringat satu perkara. Selalu (selalu ker?), kalau aku lambat sembahyang, encik hairul akan cakap, "Abang dah ajak, ayang tak nak. Nanti ayang masuk neraka jangan nak heret abang sekali ek." Gulp! Takut kan? Tu kalau kat rumah. Kalau balik keje tak solat dulu kat opis, "Kalau eksiden mati tengah jalan, tak sembahyang lagi camne?" Huuuu sadis sadis.

Ok, tutup cerita.

Aku menonton cerekarama 'Before Day After' (he? gitu ke bunyi nyer dalam bahasa banjar?) pada hari sabtu lepas. Itu pun terlepas beberapa minit sebab nak abiskan budak2 tu menyanyi sambil berharap diberi lampu hijau. Tapi still boleh catch up la jalan ceritanya. Secara kasar, ceritanya banyak flash back tetapi, dalam masa yang sama, ceritanya juga berjalan ke depan dengan pantas sekali. Kira banyak skip2 la.

Masa tengok gezek, macam fozi nawawi tu jadi nates. Rupanya memang ya. Kisahnya berkisar kepada penyesalan fozi ni ketika sedang menderita berhadapan dengan maut akibat perbuatan kejinya. Memang keji tak agak2 pulak tu. Dan fozi versi nates ni pulak dok provok2 pulak supaya dia mati dalam kesesatan. Walau bagaimana pun, akhirnya parentnya dapat memaafkannya, dan pergi lah dia dengan tenang. Yelah, bila kita nak bertaubat, perkara yang paling penting ialah meminta maaf kepada manusia dulu. Dalam kes ni, parent dia lah yang paling banyak dia buat dosa. Sebelum tu dia mintak maaf kat gelfrennya dulu. Isy, pelik betul aku macamana lisdawati tu boleh bertukar jadi pempuan gedik tiba2. Semata2 kerana mendengar kos rawatan mak dia yang bernilai rm60k. Sudahnya, tak sempat kumpul duit, terus dapat cacat. Pelik betul. Macam tergesa2 je pengarah tu nak abiskan cerita tu. Aku kalau tengok cerita yang cepat sangat dah masuk bulan depan/tahun depan, mesti rasa tak puas ati. Kalau nak buat cenggitu, buat lah drama bersiri. Ni telefilem pun nak cecepat.

Satu skrip yang agak menarik dalam citer tersebut :

"Saya tak halalkan duit haram yang saya bagi pada mak tu."

Camne?

Abis.

Monday, 17 May 2010

Lin '&'


Saje aku letak gambar dia yang paling poyo sekali. Kalau boleh nak letak yang paling menjengkelkan, tapi tak jumpa la pulak. Tak payah letak gambar pun memang dah sedia maklum yang dia memang berlagak giler. Isy, jahat betul aku nih.

Harapan tinggal harapan. Nampaknya, kenalah kita tunggu lagi 2 tahun. Tu pun kalau2 mamat ni dah pencen. Kalau tak, teruskan lah berharap yea.

Yang sudah tu sudah lah kan. Tapi, bila membaca berita ini, eiiiii tak tau nak cakap apa. Geram pun geram. Tapi memang betul pun. Isy, sabo je lah. Korang rasa, macamana?

KUALA LUMPUR – Lin Dan meninggalkan sindiran tajam yang patut direnungkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sejurus selepas mengetuai kemenangan 3-0 China ke atas Malaysia pada separuh akhir Piala Thomas, kelmarin.

Jaguh China itu menegaskan, dia tidak berminat langsung untuk merampas ranking No. 1 dunia daripada Chong Wei, kerana kedudukan tersebut tidak memberi sebarang makna andai ia tidak disusuli dengan gelaran besar.

Baginya, apa yang akan membuatkan pemain dihormati adalah kejuaraan yang berjaya dimenanginya, bukan ranking.

Justeru, dia lebih rela tidak menyertai banyak kejohanan asalkan pengorbanannya dapat memberikan dia kejuaraan lebih besar seperti Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, All England dan Piala Thomas.

“Tidak.. saya tidak berminat untuk merampas kedudukan No. 1 dunia. Sasaran saya adalah mencari kejuaraan besar dan bukan mencari ranking yang baik.

“Tidak kisahlah apa pun ranking saya, saya tetap akan diingati sebagai pemain yang hebat kalau saya memenangi pingat emas Olimpik, gelaran dunia, All England dan membantu negara saya menjuarai Piala Thomas.

“Saya sudah memiliki semua gelaran besar, bermakna karier saya sudah lengkap. Sekarang adalah masa untuk saya lebih relaks dan menikmati permainan. Ia saya mengharungi detik yang menyeronokkan dalam karier saya,” ujarnya.

Cara Lin & nyata jauh berbeza dengan BAM mahu pun Chong Wei, yang terlalu berbangga memburu kejuaraan Terbuka seperti Siri Super tetapi gagal dalam mencari kejuaraan yang lebih membanggakan seperti emas 0limpik, kejuaraan dunia atau Piala Thomas.

Tahun ini saja contohnya, Chong Wei beraksi dalam tiga kejuaraan berturut-turut, Terbuka Korea, Malaysia dan All England.

Petikan dari utusan. Siot je kan?

I'm Connecting People (Bukan N0kia Je)


Hari Jumaat lepas, ada someone mintak nak jadi kawan. Alah, biasa lah. Fesbuk memang guna istilah 'kawan' pon, walau pun orang tu adik-beradik. Macam biasa, aku takkan sesuka hati je menerima huluran tali persahabatan itu. Mesti kena check dulu latar belakang nya.

1. Baca nama. Tak pernah dengar. Mungkin lupa.

2. Tengok gambar profile. Belek, tenung, fikir, remind, kerut. Sah! Tak kenal.

3. Tengok photo albums. Belek muka laki bini. Tenung muka anak2. Confirm! Tak pernah tengok.

4. Baca info. Bla bla bla. SM$J 88! Hah! Match!

Dari situ je, aku dah agak dah, siapa dia. Lalu, demi mendukung motto n0kia dan tulus ikhlas nya, aku pun accept.

Sabtu pagi, baru lah aku mendapat mesej dari nya. Bla bla bla. Betul lah seperti yang ku duga. Si dia mencari abang epet, classmate katanya. Aku pun kasi no phone abang epet dan dia pun kasi no phone dia. Dan, tali persahabatan itu bersambung semula.

Tak lama kemudian, aku terbaca statusnya,
"just spoke to old friend..... last met him 22 years ago... thanks to technology. Found him through facebook"

Errr bukan sepatutnya kena betulkan sikit ker? 'Found him through his sister...' hehehe tak kisah pun. Yang penting, aku telah menghubungkan mereka. Terasa satu kepuasan. :)


Sunday, 16 May 2010

Happy Teacher's Day!

*tak sempat nak tulis panjang. nanti akan ku update.

Thursday, 13 May 2010

Lain Macam


... betul aura piala th0mas kali ni. Suku akhir pon dah macam final. Tapi, faktor tuan rumah turut menyumbang kot. Pa'kal aku tak dok kl. Kalau la ya, memang aku dah beli tiket setiap hari. Balik keje terus berlari2 ke stadium.

Hari ni mesia takde main. Tapi, tetap nak kena tengok sebab, kot lah dapat masuk final (uh! cina?), dapat lah tengok strategi ind0n. Kompiden je ind0n menang. Kot2 jep0n yang menang.

Tapi semalam, apis dah main agresif sikit. Bak kata y0ke meng, apis is 'one step ahead' mendahului yogensen. Ditambah pulak dengan sorakan bagai nak rak orang2 kiter kan. Memang macam final dah. Tak lupa juga senjata apis iaitu kuisan pergelangan tangannya ketika di jaring. Pergh! Memang tak terjawab ler.

Oh, kalau menggulung di jaring tu dinamakan 'happy net' ek? Aku suka tengok tv1 sebab pengulasnya hj hasbullah awang. Dia suka sebut 'seperti sepit rambut' bila berlaku 'happy net' itu. Pastu dia suka sebut, 'lawan ketinggalan 3 mata, sementara malaysia memerlukan 3 mata untuk menamatkan permainan'. Itu menunjukkan dia rajin mengira.

Ada lagi beberapa jargon badminton yang aku pelajari daripada menonton setiap 'open' seperti, drive, long, shot, baseline, rally, match point, game point, half court dan bola tanggung hehehe.

Cakap pasal bola tanggung ni, aku selalu sangat terbagi bola tanggung bila berkata2. Tak perasan pon. Kenapa la orang tu suka sangat menunggu aku bagi bola tanggung ek? Tetiba je kena smash! Ok, cuba bayangkan.

Contoh 1 :

Aku : Rumah saya air keluar tiap ari, pukul 10 pagi sampai 10 malam. Tapi tak terasa sangat la. Air tangki pun cukup.

X : Alah, ko takpe, takde anak. Tak banyak pakai air.

Aku (dalam hati) : Anak2 je ke pakai air? Abis, aku nak mandi %*&%$ pepagi tak pakai air? Dia boleh la, laki tak dok sekali. Opsss terlebih sudah. Macam anak dia 10 orang. Sorang je pun.

Contoh 2 :

Aku : Alamak! Saya dah bawak balik rekod pengajaran ni, tapi tak sempat pulak nak isi (cuti weekend).

X : Eh, ko takde anak pun tak sempat?

Aku (dalam hati) : Apa kena mengenanya pulak?

Contoh 3 :

Aku : Next week saya nak ajak semua makan2 la. Nak tak?

X : Kenapa? Mesti ada something ni. Ke uwek uwek?

Aku (dalam hati) : Apa relevannya?

Banyak lagi contoh2 yang aku dah lupa.

Ok, dah keluar tajuk dah.

Wednesday, 12 May 2010

Hilang, Tapi Tak Jadi Nak Hilang LAGI

DULU.

Sebelum aku pergi kl melawat baby al-anis maisarah aritu, aku dah asingkan siap2 duit untuk diberi kepada yayu. Ada laaa bisnes sikit, adik beradik. Setibanya di sana, aku tak jumpa pulak duit tu. Adoiii bukan sikit2 tu. Dua ratus hengget tau. Eh, sikit ek? Ah, tak kisah la. Korang kaya memang la anggap 200 tu sikit. Tapi bagi ku, banyak lorrr. Maka, terpaksa lah aku bayar dengan duit lain. Huuuuuu sedey. Takde rezeki.

Balik dari situ, aku punggah segala henbeg yang ada dan mencari duit itu. Takde la banyak mana henbeg ku huhuhu. Tapi, saya yakin betul, sudah ku siasat setiap poket yang ada, memang tak jumpa.

Tiba2, pagi tadi, time aku transfer barang2 ke dalam henbeg pink petak2 ku, terjumpa la pulak duit itewww.

Musykil musykil musykil. Persoalannya, beg pink tu dah 2-3 kali aku gunakan selepas kejadian itu. Masa kat kl tu pun, memang aku bawak henbeg tu dan sudah ku selongkarkan ia.

Ok, sepatutnya aku bersyukur. Syukur, apa tak syukurnya. Umpama mendapat durian 'tembaga' runtuh kekdahnya. Tapi, tetap menimbulkan tanda tanya di benakku.

Ironinya, baru2 ini, kawan aku ada kehilangan barang. Berharga puluh ribuan hengget. Kemudian, dia pergi lah jumpa ngan seseorang ni. Alaaa kira usaha untuk mendapatkan balik secara telepathy gitu. Menurut cerita aku ni, orang tu cakap, nama suami dia pun ada sekali dalam senarai 'orang2 yang telah mengambil barang tanpa kebenaran'. Hihihi. Ye lah, kat rumah kan kengkadang kita main ambik je barang2 suami/isteri kan. Kita anggap biasa je kan. Tetapi, kalau tak mendapat kebenaran tu, tetaplah tak dapat kebenaran, kan? Tapi, orang yang mengambil benda tu tak pulak dapat dikesan? Kot kalau couple tu kan memang ada kimia kan. Tu yang senang je detect.

Agaknya, siapakah yang telah memulangkan duit ku itu? kehkehkeh. (yang pasti bukan encik hairul). Mungkin cik ti atau cik lip kot. Sangka baik. Atau mungkin pandangan ku ditutup ketika itu.

Tuesday, 11 May 2010

2 Oren, 1 Biru, 2 Pindang

1 Mei yang lepas, kami menerima 3 jemputan kerja kawen. Jadi, selepas bermain pukul2 bulu tangkis, tak pegi makan sebab nak spare perut, kami terus pergi kenduri kawen.


Yang pertama ialah rumah bekas tuan rumah. Wahhh! Kena mandrem ke haper sampai ko pergi rumah makcik tu? Opsss salah orang. Ni bekas tuan rumah bukit perdana la hehehe. Kebetulan, pada suatu hari, encik hairul terjumpa anak dia yang nak kawen nih kat petr0nas. So, dia jemput terus lah.

Konsep, oren. I loike! Siap ada tong air lagi kat depan rumah. Tah, area ni ikut jadual macamana tah.

Sebelum balik, aku tengok2, saper yang orang salam. Almaklum, jumpa makcik ni sekali je seumur hidup ku. Tu pun time arwah suami dia ninggal. Memang dah lupa dah cemana rupanya hihihi.

Yey! Dapat telur pindang. Tapi isinya kurang meresap kot. Tak rasa sangat.

Rumah kedua, umah mertua opismate kat banang. Pon konsep oren. Kalau kat sana tadi meriah ngan karaoke dangdut, kat sini sopan je. Sunyi sepi.

Bapak mertua dia ni polis ker?

A'ah, polis pencen. Kenapa?

Patut lah kenduri pun kat balai polis.

Ha? Kenapa pulak.

'Balai' (khemah) ni kan balai polis (ada cop pd*rm).

Meriahnya pelamin.

Lepas makan, singgah surau. Kasi turun nasik. Rumah lagi satu ni jauh sket. Kat parit sul0ng sana.
Sini meriah dia lain sikit. Siap ada grup nasyid lagi. Tapi kami tak makan nasik. Makan bubur jer. Tak larat. Tengah makan, nampak orang tertoleh toleh. Dato' N0raini datang. Tu yang pakai tudung biru/hijau turqoise tu. Tengok dari dekat, memang cantik orangnya.

Time balik, kereta kena block pulak. Terpaksa meredah becak. Wah!!! Cantik nya kereta...

Monday, 10 May 2010

Tudung Asiani


Sebenarnya, sejak tahun lepas lagi aku dah bercita2 nak buat tudung sendiri. Masa tu aku dah beli kain jersi langsir nak buat eksperimen. Tah, buat pun tak sabo, nak cepat siap, sudahnya, ke tapak pelulusan sampah je perginya. Sudahlah hasil takde, semangat jua turut luntur bersama perginya tudung itu.

Tiba2, minggu lepas, member aku yang jadi blogger sekejap je tu, tayang tudung 'ariana' dia. Pergh! Tercabar betul. Lalu, aku pun pergi ke kedai membeli kain solena yang paling keras. Tak menyempat2, aku pun mencuba sekali lagi dengan baki kain jersi yang aritu tu. Mak oiii... ni nak pakai kat rumah pun tak tergamak rasanya. Senget sebelah!

Aku pon pikir. Pikir punya pikir, agaknya aku tak geti jahit guna kain jersi kot. Kan dia memeri kan. Apa kata aku cuba ngan kain biasa, yang tak memeri. Lalu aku pun membuat lagi dengan kain yang aku beli masa belajar menjahit kat kemas 3 tahun dahulu. Ok, boleh lah tahan. Tak senget dah. Dan dah dapat skill cemana nak sambung awning.

Tiba weekend minggu lepas2, aku try cari kain lycra. Memula pergi pr1ma m0da. Wah! Ada laaa. Terus aku beli semeter. RM10.90. Ada satu lagi jenis JC lycra, RM12.++. Tapi nampak sangat ke'jersey'annya. Pastu ada gak yang corak2. RM18.++.

Lepas tu, aku tengok kat nag0ya pulak. Wahhh lagi banyak choice. Macam2 kaler ada. Tapi, rasanya bukan lycra kot. Macam jersey. Tapi, tak kisah lah. Kat gulati5 pulak, lagi lah mahal. RM20! Tapi, kat sana ada baaaaaaaaaaaaaanyak sangat kain jersey corak2. Tak tanya pulak berapa harganya.

Maka, aku pun menjahit lah kain yang aku beli kat pr1ma m0da tuh. Ni lah satu masalah aku. Aku tak berapa sabar. Kalau boleh nak siap cecepat. Pastu, hasilnya lebih kurang jer. Bila dah siap, aku pun cuba. Ermmm macam nipis la pulak awning nih. Dia tak berapa nak kembang. Tepinya pun tak berapa kemas. Belum boleh dipakai.

Lepas tu, aku pun buat lah research sikit. Mengikut kajian itu, biasanya kelim tepi tu derang pakai mesin jahit khas. Kan dari dalam kita nampak jahit tepi, tapi dari luar dia ada double line yang lurus je kan. Belek punya belek, alerrr mahalnya mesin jahit tu. Jadi, sebagai alternatif, derang jahit tepi biasa, kendian jahit lurus pakai jarum yang kembar 2 tu. Tapi, mesin aku mana boleh wat cenggitu? Adeh!

Last2 aku pun mengambil keputusan untuk membukak semula tudung tuh. Gigih ler aku menetas tepi dan awning tuh. Memula sekali, aku tepek kan kain keras tu menjadi 2 lapis. Pastu aku jahit tepi semua tepi. Oleh kerana aku penjimat orangnya, aku pun pakai je benang kaler putih. Janji jahit tepi.

Dan, ini lah hasilnya.

Takde siapa yang perasan bahawa tudung ni adalah tudung 'asiani' kalau aku tak cakap hehehe. Ok lah tuh!

Hari jumaat lepas, aku keluar tengahari untuk membeli kain solena yang lebih keras lagi. Sekali, tak cukup pulak. Dia suh datang esok. Aihhh, kalau aku nak datang ari sabtu, takde lah aku kuar tengahari jumaat nih. Huh!

Maka, ari sabtu, aku pun pergi lagi kedai tu. WTF! Boleh dia kata, takde stok? Dusy kebabom! Komfem aku tak jejak lagi kedai ko. Hampagas.

Menghilangkan rasa frust tertonggeng itu, aku pun pergi soping hihihi. Sebenarnya ada kedai lain yang jual benda alah tu. Yang bestnya, tokei tu cakap, memang yang tu salu orang cari untuk buat tudung. Yes! Tu lah, pandang rendah lagi kedai kecik tu.

Kendian aku gi sumit. Malas dah nak pegi k4. Kat sumit pon ada nag0ya jugak. Lalu aku pun membeli kain jersey semeter. Kali ni, nak buat proper sikit. Aku beli 3 buku benang kaler yang sama supaya jahit tepi itu lebih cantik dipandang. Sape nak pandang? Kot la terbang2 ke tudung tu kan. Takde lah nampak putih2 je belah dalam tu. Nak beli benang jahit tepi yang besar tu, macam tak berbaloi pulak. Macam lah nak bukak bisnes tudung kan. Eh, tapi opismate aku dah sibuk2 nak order tau hihihi.

Pastu, aku pergi bpmol. Dua 3 minggu lepas, yang aku keluar ngan kengkawan hari jumaat tu, kami ada terjumpa satu beg yang kiut nih. Memang teringin nak beli, tapi kenalah mendapat approval kan. Sebenarnya, boleh je terus beli. Tapi, nanti kalo aku tunjuk kat dia dan dia cakap tak cantik, terus aku kecik ati.

Kendian, esoknya konon aku nak lah pergi beli. Sekali, kami balik kampung pulak. Minggu lepas kami pergi lagi, alahaiii dah takde la. Huuuuuu siapakah yang berhati comel seperti ku itu? Pastu aku pergi square1, cawangan kedai tu jugak. Tapi, takde lor. Ingat, mesti dah habis dah.

Sekali semalam, aku pergi kedai dia kat bpmol, wallaaaa ada lagi lor. Yeay! Dah, tak sempat dah nak mintak approval segala. Kang next week pergi, komfem dah takde. So, aku pun terus lah beli. Tah, apa yang best sangat ngan beg ni tah. Mungkin materialnya yang lembut itu yang memikat kalbu. Tah, apa punya taste tah.

Cakap comel cepat!

Semalam aku memang murah hati. Kalau encik hairul ikut sama, mesti aku dah belikan dia henpon nokia 5800 itu huhuhu. Haaa saper suruh jual mahal. Padan muka. Lepas beli beg, aku cari kasut pulak. Kasut sekarang ni dah macam nak tanggal tapaknya. Susah betul nak cari yang sama. Selesa sungguh. Jarang aku dapat pakai kasut kulu kilir tau. Dengan kasut ni, aku pakai macam pakai selipar. Kuar makan pun main sarung jek.

Sebelum dia kopak, baik aku kopakkan duit ku dulu. Jumpa pulak dengan kasut yang lebih kurang sama, tapi keras sikit. Boleh la. Bukan senang nak jumpa benda yang kita dah berkenan, dan ada saiz. Sementara dia masih banyak stok ni, aku pun sambar siang2.


Dan hari ahad, aku mula memotong kain2 untuk hari raya. Lama lagi tu. Tapi, kalau tak mula dari sekarang, besok malam raya baru lah terhegeh2 nak sembat. Dah lah bab memotong lah yang aku paling malas sekali. Leceh giler. Purata aku boleh potong sepasang, 30-45 minit. Tapi, bila dah ada gangguan tv dan internet, sepasang boleh jadi berjam2. Lepas potong, aku terus jahit tepi. Fuh! Selamat sudah 8 pasang. Next, tebuk leher. Pon leceh jugak.


Sambil2 menjahit baju ni nanti, aku nak jahit langsir dan tudung jugak. Tu yang kena ekspress. Mana lah tau, ada yang nak menempah ke kan. Yayu dah komfem lah kan.

p/s Yu, maksimum 4 pasang je tau. Yang ke-5 kena caj hihihi.

Saturday, 8 May 2010

Selamat Hari Ibu

Sepanjang minggu ini sinar membuka topik berkaitan ibu. Sepanjang minggu ini juga aku bergenangan air mata sepanjang jalan ke tempat kerja.

Banyak orang bercerita tentang kebestan ibu masing2. Ada, bukan aku takde mak. Mak tiri, mak mertua, masih sihat walafiat. Tapi, tetaplah aku terkenangkan emak kandung ku. Kalau orang lain, tak boleh lupa kenangan bersama emak, aku pulak, kenangan bersama emak lah yang paling aku tak boleh ingat. Ni bukan 'tak boleh ingat' versi utara ek. Ni betul2 punya tak ingat. Orang utara sebut 'tak boleh ingat' tu macam 'paling sukar dilupakan', kan?

Ada laaa beberapa perkara yang aku ingat. Seperti pada hari jadi yayu, emak buat besdei party kat sekolah tadika. Sekali, malam sebelumnya, yayunya sakit gigi pulak. Dalam kegelapan malam, emak menjahit baju gaun untuk dipakai oleh yayu. Dan emak juga membuatkan kek (kek aising ke yu?). Tapi, tu sepatutnya kenangan yayu lah, kan? Abis, besdei aku tak pernah pun berparty?

Satu lagi yang aku ingat, pada suatu hari, emak suruh aku buang hampas kelapa kat belakang. Belakang ni kira belakang rumah orang depan rumah kami. Kat situ ada ladang sawit. So, aku pun bawak la hampas tu ke belakang rumah mas (indot). Time tu lah pulak, aku terjumpa si mas. Apa lagi, kami pun pergi lah ke ladang belakang rumah dia dan mencabut anak2 sawit untuk diambil bijinya. Biji tu kalau diketuk, ada isi macam tombong kelapa tu. Dah, nama lagi budak2. Dah jumpa kawan, jadi main2 la sekali. Lupa langsung pada ibu di rumah. Sekali, kedengaran emak memanggil2 nama ku. Aku pun berlari la balik rumah. Tengok2, mak dah tunggu kat tepi jalan. Hah! ambik kau. Orang suh buang hampas je, yang ko berlama2 kat situ tu kenapa? Kena lah bantai kat situ jugak. Meraung2 ar aku kat situ.

Oh! Tak adil rasanya pada hari yang sepatutnya aku mengingati emak sebagai seorang yang baik hati dan penyayang, tetapi aku mengingatinya dengan peristiwa dibantai ini. Macam kenangan pahit jek? Tapi, itu je lah yang aku ingat.

Selamat Hari Ibu, Mak. Semoga emak damai dan bahagia di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.


Friday, 7 May 2010

Pengaduan Kepada Tuhan

Tiba2 teringatkan lagu nasyid ini. Pernah dinyanyikan oleh pelajar2 kelas 1 Falah semasa minggu orientasi tingkatan 1. Kelas aku nyanyi koir kot. Jap, aku carik lagu koir tu pulak.



Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

Thursday, 6 May 2010

Ke Arah Hidup Bersyariat : RIBA Bab III


Huaarghhhh!!! Berduyun2 nates masuk dalam mulut. Majlis ilmu memang cenggini. Dia suka gayut2 kat mata dan mulut. Kalau tak sangap, asik nak sembang je ek? Kalau orang yang dengar tu sangap, ok la lagi. Ni, penceramahnya yang sangap, camner?

Ok, ni bab aplikasi ek.

Sekarang kita masuk kepada riba dalam konteks semasa. Nak lah tau kan, kiter ni terlibat dengan riba ke tidak. Ye lah, takkan orang nak bagitau yang kita sedang berriba-ribaan kan. Lu pikir la sendiri.

Pertama sekali, kita bincangkan tentang jual beli barang kemas. Emas terutamanya. Ni memang sentiasa kita lalui kan? Eh, aku tidak lah. Last sekali aku beli emas ialah pada tahun 2008, mengganti anting2 ku yang hilang sebelah hukhukhuk. Takmo beli anting2 jenis tu lagi. Asik tanggal je kerjanya. Tapi, jual beli barang kemas ni memang tak lapuk di hujan, tak lekang dek panas kan. Tak hari ni, esok. Ni, dekat nak raya ni kan. Mesti ada yang dah usha2 kedai emas kan. Tak beli baru, at least mesti nak tukar. Upgrade ar sikit. Tak pun, memang tak suka simpan fesyen2 lama punya. Nak yang up to date je. Tu, seken bulat2 duit2 tu, tukar je dengan rantai kapal tu. Besssssar punyer. Kang disimpan, kena bayar zakat pulak. Nak pakai semua, takut kena ragut. Jadi macam aku, senang, takde apa2, takyah pikir hihihi. Kalau tak kawen agaknya, cincin pun takde kot.

Baik lah. Tadi kita dah tau bahawa emas dan duit adalah barangan ribawi yang termasuk dalam kategori mata wang. Jadi, urusniaga membeli emas dengan menggunakan duit ini, tertakluk kepada syarat A, iaitu mesti berlaku dalam satu masa. Selain itu, kita juga selalu melakukan 'trade-in' kepada emas2 ini. Kan? Kadang tu, gelang dah putus, tukar je la terus dengan yang baru.

Untuk kes pertama, iaitu beli barang kemas dengan duit, memang haram kita membayar secara bertangguh/ansuran. Kad kredit pun sebenarnya tak boleh. Ini telah disepakati pada tahun 2000.

Macamana pula dengan trade-in? Ini lah yang agak sukar nak dipraktikkan.

Ok, trade-in ni adalah pertukaran emas dengan emas. Jadi, pertukaran itu mestilah menurut syarat A dan B. Ingat lagi tak syarat nih? A dalam satu masa, B sama berat atau kuantiti. Jadi, cuba lihat di mana berlakunya riba.

Selalunya, kita trade in barang, mesti nak yang lagi besar kan. Atau pun design baru. Design baru tu takde masalah. Yang masalahnya, bila kita punya barang yang lama tu katakan beratnya 15 gram, pastu kita berkenan kat satu rantai ni, beratnya 16 gram. Dah kenan nih, amoi pon tekan kalkulator. Pung pang pung pang, manyak cantek lor, mesti cantik lu pakai, bla bla bla, dia pun bagi rege rm1500. Pastu korang pun kasik gelang rantai kapal lama yang besar punya tu dan amoi tu kata, ini barang rm1300. Kena topup lagi rm200 lor. Korang pun ambik duit rm200 dan kasik amoi tu.

Nampak macam takde pape, kan? Tapi sebenarnya, kita sudah langgar syarat B iaitu sama timbangan berat. Yang lama 15 gram, yang baru 16 gram. Walau pun ko bayar rm200 lagi, tapi duit dengan emas adalah berbeza.

Abis, selama ni aku memakan riba lah? Kalo cenggitu, pasnih dah takleh trade in lah? Abis, kedai habib tu, melayu je semua, kenapa derang tak cakap apa2 pon? Tu kedai2 kat kelanatan ganu semua tu kan semua mek mek belaka kan. Takkan derang tak tau? Ok, rilek rilek, jangan panik.

Ok, sebab itu lah, menurut penulis buku ini, perkara berkaitan riba ni memang jarang orang highlight kan. Jadi, kalau kita tahu, sebarkan lah.

Sebenarnya ada cara nak trade in emas dengan cara halal. Gini. Kan kalau tukar barang yang sama jenis, syaratnya kena sama berat kan. Tapi, kalau tukar dengan duit, dia cuma ada syarat pada masa yang sama je. So, masa nak tukar tu, kasik emas lama, pastu mintak penjual tu bayar untuk harga emas lama tu (dalam kes tadi rm1300). Pas dapat duit tu, baru lah ko ambik duit rm200 tadi dan letak atas tangan bersama2 duit rm1300 itu, dan bayar lah untuk emas yang baru. Umpamanya ko baru beli la emas tu. Serius weiii!!! Memang la, kalau ko buat cenggini ngan amoi tomey tu, akan kau dicarutnya dalam bahasa yang ko tak faham. Tapi yang penting, takde riba. Tah2, ko buat gini ngan mak temah tukang emas pun, akan kau disyarahnya. Abis, camne? Eh, pandai2 ko la. Aku memang penakut nak buat cenggitu, so aku takkan buat trade in la.

Ermmm apa yang aku katakan kat sini adalah merujuk buku ya, bukan memandai2. Walau pun gaya bahasa ku macam tak berilmiah sangat, tapi percaya lah, aku tak untung apa2 pun kalau mereka2 cerita. Aku juga tiada kepentingan dengan penerbit buku itu. Cuma, aku 'peminat' ilmu2 yang disampaikan oleh ustaz zaharuddin adanya. Sila klik link di sebelah itu untuk maklumat lanjut.

Nak sambung ke tak? Ada lagi pasal kad kredit, pinjaman bank, akaun simpanan dan insurans. Kalau nak, sila vote 'Ya' di kotak komen ya? Sambungan akan dibuat jika mencapai 10 'Ya' vote hehehe overnya. (nak sambung, sambung je lah ek? kalau sambung tapi takde saper nak baca, pon tak guna juga. - baca dengan nada merajuk :( ...)


Perpisahan Itu Terbayar Sepenuhnya - Terima Kasih dan Syukur Alhamdulillah


Akhirnya, segala persoalan, penantian dan pengharapan telah menemui noktah. Kalau nak diceritakan memang panjang, tapi, dipendekkan cerita, semuanya sudah selesai.

Segalanya bermula dari entry INI. Kemudian, dapat tau, itu semua sandiwara belaka. Tiada black and white. Hampa je semua orang. Lepas setahun berlalu, kami kembali menuntut janji. Ehhh janji mulut pun kira kategori janji yang mesti ditepati gak aper. Tak lama kemudian (selepas pindah sini), aku mendapat berita INI. Tapi, cuba kira, dari tarikh tu, sampai sekarang, ada setahun tujuh bulan kan? Lama gilos. Dan akhir tahun lepas, aku mendapat INI. Dan encik hairul pun mendapat INI hihihi.

Selepas itu, kami cuba meneruskan misi untuk menuntut kembali yang selebihnya. Memang tamak haloba, kan? Bukan begitu. Sebenarnya kami dah banyak 'melabur'. Selain duit, masa juga. Sebenarnya, kalau derang tak janji apa2, kitorang pon tak tau dan tak kisah.

Dan akhirnya, pada hari ini, semuanya telah menemui noktah dengan entry INI (takyah klik, memang takde link dah hihihi). Ini lah entrynya. Sekarang masa untuk meraikannya. Jom kawan2 JP*K, kita open table!

Pengajarannya, perkara yang baik akan datang kepada orang yang sanggup menunggu a.k.a. sabar.


Ke Arah Hidup Bersyariat : RIBA Bab II

Macamana puan2? Ada yang tertunggu2 ker? Sorry ler. Ingat tadi nak iklan je. Sekali, studio kiter meletup pulak. Ni pon kita bersiaran di bawah khemah saja. Namun, demi menegakkan syiar Islam, ku teruskan jua. Allahuakbar! (Bayangkan la sendiri.)

Baik lah. Kita sambung balik pelajaran kiter tadi.

Apakah erti riba? Patah balik ke persoalan mula2 tadi. Terdapat banyak definisi, tetapi yang dah diringkas dan diintegrasikan, bermaksud,

Sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh.

Ok, yang last tu maybe anda faham kot. Tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh ni kira interest atau bunga la kan. Tapi, apo ko bondo eh barangan ribawi itu?

Oh cop cop. Korang perasan tak? Masa sekolah dulu kita dah belajar dah bab mu'amalat ni kan? Riba pun ada kalo sekolah ugama. Tapi, kalau difikir2kan, masa sekolah dulu, mana lah kita ada ambik loan ke, beli gelang rantai emas ke, membuat tukaran wang ke kan? Jadi, belajar macamana pun, tak praktik, memang la lupa. Bila dah besar, bekerja, berduit, baru lah kita buat bisnes2 tersebut kan? Tapi, masa ni lah kiter dah lupa pelajaran dulu. Sebab tu lah kita kena sentiasa belajar. Bukan salah kita yang lupa. Tapi, kita sendiri yang kena menuntut semula. Kalau bukan kita, aku je lah kot huhuhu. Iklan ini ditaja oleh ban*k Islam malays1a berh@d hehehe.

Baik lah. Kita kembali ke rancangan al-ceramah. Sebelum iklan tadi, saya tinggalkan para penonton dengan soalan, apa dia barangan ribawi? Tetapi, saya nak tinggalkan dulu soalan itu (supaya korang teruskan membaca hingga ke akhir hehehe). Sekarang kita lihat, apakah maksud kepada makna riba itu tadi dengan melihat, jenis2 riba.

Menurut imam Syafiee, terdapat 2 jenis riba yang utama iaitu riba ad-duyun dan riba al-buyu'. Takyah la susah2 nak hafal nama ni. Cukup sekadar tau je pun takpe.

Riba Ad-Duyun

Riba ad-duyun ialah riba yang muncul daripada hutang. Haaa ni yang kita sedia maklum la kan. Munculnya riba ini dalam bentuk kadar lebihan faedah (riba) yang terhasil akibat tempoh. Dalam riba ad-duyun ni pula, ada 2 jenis iaitu riba al-qardh dan riba al-jahiliyyah. Untuk lebih faham, memang kena baca sampai abis yea.

Riba al-qardh pula ialah kadar atau sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan atas pemberian pokok yang dibuat diawal kontrak. Part ni rasanya semua orang faham kot. Yang orang sebut2 interest berapa percent tu ialah riba al-qardh. Eh, bukan loan perbankan islam pon ada percent2 gak ke? Tetapi, percent dalam loan tu bukan interest/faedah.

Riba al-jahiliyyah pula ialah kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih daripada jumlah pokok pinjaman yang dikenakan akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang dipersetujui. Akibatnya, dia akan top up denda tu kepada pokok. Tu yang jadi pokok tu berbunga2 tuh hihihi.

Riba Al-Buyu'

Riba al-buyu' ialah riba yang muncul dalam jual beli barang ribawi. Berlaku apabila:

1. ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau
2. pertukaran dibuat secara bertangguh.

Dari tadi ribawi ribawi. Apa benda tu? Mawi aku taulah. Ok, sila lihat table di bawah. Gigih aku membuatnya untuk korang tau.


Ok, ada 2 kategori barang ribawi iaitu mata wang dan makanan asasi. Dulu2 kan emas dan perak turut dijadikan mata wang kan. Eh, sekarang pun ada, dinar emas. Emas dan perak yang dok kat leher, lengan, telinga dan jari tu pun termasuk lah jugak yea. Tak kisah la emas putih ke, kuning ke. Janji ada unsur aurum (betul ke ni cikgu safiah?), kira emas la. Dan, di bawah kategori wang tu segala jenis mata wang la ek.


Dan untuk makanan asasi tu, kalau kat malaysia ni termasuk la beras. Beras basmathi ke, herba ponni ke, hancur 15% ke, siam super tak super, janji beras la. Kalau pun korang lidah omputih, tak makan nasik sebaliknya memakan kentang, kentang tu lah makanan asasi korang, maka kentang la barang ribawi (harap jika ada ustaz sila betulkan jika salah).

Riba al-buyu' ni juga ada dua jenis iaitu riba an-nasa' dan riba al-fadhl.

Riba an-nasa' ialah berjual beli atau bertukar antara dua barang ribawi yang sama jenis secara bertangguh (tidak disempurnakan dalam satu masa). Maksudnya, kalau kita bertukar benda yang sama, walau pun lain2 kualiti, mesti kena dibuat dan2 tu jugak. Tak boleh la katakan ko nak tukar beras basmathi ko ngan beras siam mak iti (bukan nama sebenar), tapi ko ambik dulu beras siam mak iti tu, besok baru ko kasik beras basmathi ko pulak. Tak kisah lah ko janji nak anto terus ke depan pintu rumah dia ke haper, tapi mesti dibuat pertukaran itu dalam satu masa. Sama la jugak kalau ko tukar emas ngan emas, perak ngan perak, rm ngan rm. Haaa macam time nak raya kan kita selalu gi tukar duit kertas kepada duit syiling kan. Tu pun kena buat dan2 tu. Tak boleh la kita kasik duit kertas dulu, minggu depan baru bank kasik duit syiling. Eh, mana ada orang tukar duit syiling lagi zaman sekarang? Ok ok duit rm50 ngan rm1 la contohnya. Ha, faham tak? Eh, tapi kalau kiter kirim duit kat sorang kawan, pastu dia balik rumah baru dia tukar kat bank, cemana ek Memang dia ngan bank tu ok, tapi, yang kita ni? Kan ke besok tu baru dapat duit baru tu ek? Isy, tu ko tanya la sendiri kat ustaz tu. Kalau takmo syubahat, suh member tu pakai duit dia dulu, dah tukar, baru kiter wat pertukaran ngan dia pulak. At least, tak was2, kan? Good idea. Dah macam ejen lak ek. Silap aribulan, member pulak letak interest kehkehkeh. Upah ok, upah. Cuma kawan tu la yang tak tahan, asik nak dulu kan jek. Buatnya tak jadik pulak, masak la perabis duit singgit tu wat bayo makcik kantin tiap2 ari.

Riba al-fadhl pulak ialah berjual beli atau bertukar antara dua barang ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti). Maksudnya, sekali lagi, barang sama jenis, emas dengan emas, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma, kalau nak tukar, mesti kuantitinya sama.

Contohnya, ko tukar 5 gram emas jenis 916 (emas kuning) dengan 6 gram emas jenis 750 (emas putih). Nahi nahi! Cannot ok. Walau pun kita sedia maklum bahawa emas putih lagi mahal dari emas kuning. Asalkan namanya emas, tetap lah emas. Itu riba al-fadhl namanya ya. Ini kerana, jenis kualiti tidak memberi kesan kepada hukum.

Atau pun, ko tukar atau jual 10kg beras Basmathi ngan 15kg beras jenis A1. Pon haram juga kerana sepatutnya 2-2 beras kena 10kg atau 15kg. Kena sama ok. Saper suh ko buat sistem barter, kan? Jadi, kalau takmo riba, beli la beras pakai duit. Tak pon, nak juga buat barter, bayar je pakai kurma safiyya yusop tayob ke tepung gandum berprotein tinggi nona ke. Haaa yang tu tak kisah ko nak kasik berapa kilo pon. Tapi, kena lah tukar tu dalam waktu yang sama.

Baik lah, sekarang perhatikan pula legend di bawah table tu tadik. A a a ok dah scroll up? Scroll down balik ke sini. Kaler kuning syarat A sahaja. Kaler hijau, syarat A dan B. Apa yang A dan apa yang B?

Syarat A : transaksi pertukaran (urusniaga) mesti lah dilakukan dalam satu masa atau dalam satu majlis.

Syarat B : mesti sama berat walau pun berbeza kualiti dan nilainya.

Kalau diperhatikan, yang berwarna hijau ialah pertukaran atau urusniaga benda yang sama. Jadi, untuk benda yang sama, syaratnya mesti lah sama berat dan transaksi dibuat dalam masa yang sama. Faham kan? Untuk kes2 tertentu, kita tengok bab 'riba dalam konteks semasa' ya.

Yang berwarna kuning pulak, syaratnya cuma transaksi mesti berlaku dalam satu masa. Maknanya, takleh tangguh. Dan barang ribawi yang terlibat ialah barang yang berada dalam kategori yang sama; matawang dengan mata wang, makanan asasi dengan makanan asasi. Contoh paling senang, beli emas atau perak, mesti bayar cash pada masa itu juga. Tak boleh bayar ansur2 yea. Ni memang selalu kita dengar, kan? Jadi, berhati2lah.

Sama jugak dalam kes beras tadi. Kalau ko tukar ngan tepung gandum berkalsium tinggi ke kurma safiya ke, kena dalam masa yang sama. Tapi, kalau beli beras ngan duit, takpe sebab duit masuk kategori matawang. Masuk buku 5 lor apek. Tapi, jangan pulak apek tu letak bunga pulak ngehngehngeh.

Akhir sekali, yang kaler putih. Ni biasa berlaku dalam kehidupan kita sehari2. Beli makanan asasi dengan duit. Yang ni takde syarat2. Tiada unsur riba. Atau dengan kata lain, boleh hutang.

Ok, dah, pegi masak nasik dulu. Nanti sambung lagi.

p/s selepas ini, riba dalam konteks semasa. cerita pasal sistem barter ni dah takde sangat zaman sekarang.

Wednesday, 5 May 2010

Ke Arah Hidup Bersyariat : RIBA Bab I

*Ini bukan entry copy paste yea.

Alahaiii. Dah masuk 2 tahun aku dok standby, asik la tak jadi. Tahun 2008, orang yang sepatutnya kena tu, gi kursus ke haper tah. So, aku la yang kena ganti. Tiba masa, tukar tarikh pulak. Dan kebetulan aku dah mintak cuti pada tarikh tu. So, tak jadi. Tahun lepas, dapat kb baru. So, jatuh kat dia la pulak giliran tu. Tahun ni, kb siap suh dia pilih tarikh yang dia free. Maka, selasa lepas lah tarikhnya.

Minggu sebelum tu, dia pergi camping. Balik2, terus suspek malaria ke denggi tah. Terus mc seminggu. Lalu, sekali lagi aku kena standby. Takut2 dia masih mc pada tarikh tersebut. Masuk hari isnin, dia dah datang. Fuh! Lega. Tapi, kb suh standby je. Kut2 dia tak prepare apa2. Tiba2, tarikh tukar ke rabu pula. Aku dah nak print kertas program, dia bagitau, 'aku rasa aku nak la'. Ok. Maka, sekali lagi, aku terlepas. Sebenarnya aku dah semangat giler nak berkongsi ilmu nih. Last2, tak tersampai2. Jadi, aku nak share kat sini je lah. Kang nak tunggu turn tahun depan, lama lagi la pulak. Mari kita sama2 mempelajari sesuatu di sini.

RIBA

Apa yang anda faham dengan riba? Interest? Bunga? Asal kata buat loan je, kena bayar sekian percent, tu kira riba la. Ya, betul lah tu. Memang interest tu riba. Tapi, bukan sekadar itu. Persoalan tentang riba ni agak sensitif dan sedar atau tidak, kita sedang melakukannya. Dan takde orang yang akan berani cakap kat kawan nya, eh, kau ni makan riba. Nak kena pelangkung? Walau bagaimana pun, ramai yang tak malu atau takut pun melakukan riba. Siap boleh compare2 lagi. Ko punya loan, berapa interest? Kononnya, kalau rendah tu macam terbaik la. Hebat dalam membuat pilihan dan keputusan. Padahal, kecil atau besar interest, riba tetap lah riba. Kurang kah dosa kalau interest rendah? Wallahualam. Bukan kuasaku untuk memberi hukuman.

Kenapa di kalangan rakyat malaysia, kurang memperkatakan tentang riba? Kalau dengar ceramah ke, forum perdana ke, kuliah ke, jarang2 dibangkitkan isu ini. Dan, semacam tiada undang2 yang boleh mendakwa sesiapa yang melakukan riba. Ada kita dengar orang didakwa kerana mengambil loan konvensional di bank xxxx? Takde, kan? Tapi, cuba kalau rasuah, makanan halal, kecoh satu malaya. Padahal, dosa riba tak kurang besarnya. Malah, termasuk dalam 7 dosa2 besar. Eh, betul tak ni ustaz? Kang jadi ajaran sesat pulak huhuhu. Apa2 pun, rujuk ustaz masing2 ye. Aku cuma kasik surface jek.

Kalau kat malaysia nih, ada sorang ustaz yang nampaknya beriya2 benar nak memerangi riba nih. Tapi, ye lah. Dia sorang2 je, susah la sikit orang nak dengar. Karang tutup pulak semua bank kat malaysia ni. Bukan ustaz lain takde, tapi, yang sorang ni nampak berani ke depan. Kalau dia takde, aku pun tak berani nak menulis ni. Sebab aku merujuk kepada buku beliau jua.

Tapi, kenapa tak ramai ilmuwan Islam yang membincangkan isu ini secara terbuka? Menurut Riwayat al-Bukhari, Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata, ertinya:

Tiga perkara yang amat aku harapkan agar Rasulullah SAW sempat bersama kami sehingga kami jelas mengenainya ialah :

1. Hal kedudukan datuk (dalam waris).
2. Kalalah (waris yang tiada anak atau ibu bapa ) - menarik juga topik ni - 'lompat parit' ke haper orang kiter panggil. Lenkali la kiter citer ek. *pembetulan - sebenarnya bukan lompat parit, tapi patah titi. kehkehkeh mentang2 duk kat parit, semua benda nak di paritkan.
3. Bab-bab berkaitan riba.

Ini kerana, ayat2 al-Quran yang berkaitan riba ni diturunkan antara yang terlast sekali. Dan Baginda mangkat sebelum para sohabat betul2 faham mengenainya. Kalau dah sohabat pun tak berapa nak faham, macamana pulak dengan ulamak2 masa kini? Memang mereka mengkaji, tetapi, tajuk ni memang antara yang tersusah sekali. Ye lah, macam2 isu dalam bab mu'amalat (aku dah tertaip munakahat tadi hihihi) zaman sekarang yang takde pada zaman dulu. Jadi, kajian masih berjalan.

Abis tu, aku takut lah nak berjual beli. Karang termakan riba pula.

Jangan macam tu. Secara defaultnya, bisnes ni hukumnya harus, selagi tidak diberitahu sebagai haram. Macam kita ambik exam jugak. Anda dilarang membuka kertas soalan ini sehingga diberitahu. Jadi, dalam buku yang aku baca tu, dia cuma mengupas tentang yang haram sahaja. Selain daripada tu, kira harus aka halal la gitu.

Baik lah. Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut, baik lah aku tulis mengenai hukuman riba. Sebelum tau pasal riba, kena lah kasi gerun dulu. Kalau tadi, aku katakan yang takde hukuman dari sudut undang2, sudah tentu ada hukuman dari Allah swt di akhirat kelak. Kalau tak, kenapa diharamkan?

Yang pertama, pemakan dan pemberi riba perangi Allah swt dan Rasulullah saw. Umpamanya kalau beli kete dengan riba tu, serupa la macam beli kereta kebal nak berperang dengan Allah swt dan Rasulullah saw. Ada berani?

Yang kedua, seperti berzina dengan ibu bapa sendiri. Dalam hadis riwayat At-Tabrani, 7/158, Al-Hakim, maksudnya,

Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.
Yang ketiga, lebih berat daripada 36 kali berzina. Hadis riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni, ertinya,

Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali.

Yang keempat, salah satu daripada 7 dosa besar. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, ertinya,

Jauhi lah 7 dosa besar; syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci berzina.

Yang kelima, kehilangan berkat harta dan kehidupan. Kehilangan berkat ni kita boleh rasai semasa di dunia lagi. Antara hukuman di dunia ialah

1. harta mudah hilang atau habis tanpa dirasai.
2. harta itu mendorongnya melakukan pelbagai aktiviti tidak berfaedah dan dosa.
3. merasa fakir atau miskin walau pun ia mempunyai wang yang banyak.
4. mendorong pemilik harta melakukan maksiat, perkara fasik dan hina.
5. ditimpa ujian harta yang banyak seperti dirompak, curi dan khianat.

Sementara hukuman di akhirat pula ialah tidak diterima daripada pemakan riba itu (yang menggunakan harta riba itu), sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudarannya.

Ok, dah menguap2 nampaknya. Kiter bertemu lagi selepas commercial break. Jangan ke mana-mana.

p/s selepas ini, definisi dan jenis2 riba serta riba dalam konteks semasa.