Bermula dari hari jumaat lagi, aku dah bertapa dalam bilik jahit. Memang biasanya kalau tinggal sesorang, aku akan menjahit. Takde komitmen hehe. Jadi, banyak lah hasil yang diperolehi hasil pertapaan ku itu.
Kan aritu aku dah abis potong semua baju kan? Haaa ini lah masanya untuk mengerjakan baju2 itu. Untuk setiap pasang, aku jahit dulu pesak, kekek dan lengannya. Tak cantum badan lagi sebab belum tebuk leher. Memang boleh tebuk leher selepas dicantum, tapi benda yang senang, kenapa nak dirumitkan? Baik lah aku buat benda lain dulu. Siap cantum 3 parts tersebut, aku teruskan dengan menjahit kain. Begitu lah rutinnya berulang dari 1 ke 2. 2 ke 3, hinggalah ke 8.
Sedar tak sedar, menjelang ahad malam isnin, aku dah siap kesemua 8 pasang tersebut. Waaa mungkin kah aku akan membuka tempahan sempena hari raya ini? Mungkin juga sebab sekarang baru bulan 5 kan. Minggu ni aku boleh pulun tebuk leher. Kemudian boleh terus cantum badan. Pastu? Dah tinggal jahit tangan sahaja. Tapi, aku dah berjanji kepada pelanggan ku untuk menjahit leher tulang belut. Cerewet betul customer aku yang sorang tu. Sibbaik part kain dia tak kisah sangat. Semua belasah cerut getah jek. Sebab tu lah siap cepat.
Selain itu, aku juga sudah menemui kain solena yang paling keras yang memang digunakan untuk awning tudung. Jadi, tudung juga sudah siap sehelai lagi. Aku mula jahit tudung tu pada tengah minggu lepas. Tah, hari rabu kot. Tetapi, alangkah kecewanya hatiku apabila mendapati jahitan pada tudung itu melompat2. Huuu mungkinkah ini pengakhirannya segala usaha ku ini? Down giler aku rasa. Terus aku campak je tudung tu di sudut bilik. Huh!
Tetapi, pada hari jumaat itu juga, aku cuba slow talk dengan si putih gebu.
"Teh teh, ko ni nak hidup lama ke tak? Ke nak aku lempang muka ko baru ko nak elok? Ooo ko ingat aku lupa ek besdei ko. Ye la ye la. Aku ingat lah, besdei ko 13 mei. Apa lak aku lupa. Dah dah. Jangan majuk2."
Gitu aku pujuk dia.
Puas ku godeh2 skru kat mesin tu. Sekejap longgar, sekejap ketat. Sekejap clockwise, sekejap anticlockwise. Namun, segalanya bagai tak memberi erti padanya. Ini boleh mendatangkan marah! Menurut pengalaman aku, jahitan melompat ni selalunya disebabkan oleh jarum. Yang aku terfikir waktu tu hanyalah, saiz jarum tak sesuai kot. Sebabnya, masa aku jahit tudung lycra aritu, ok jek? Takkan kain jc ni dia tak sesuai pulak? Macam samaaa je aku tengok?
Ok, kalau nak ganti jarum, kena la pergi ke tarmah. Dah ler kedai tu dah pindah kat jalan t0ngkang pechah tu. Bila masa la pulak aku nak pergi kan? Jadi, aku pun pikir lagi. Kalau saiz jarum tak boleh diganti, mungkin juga jarum ni terbalik kot. Lalu aku pun memusingkan lubang jarum tu sebanyak 180 darjah. Hoye hoye! Dah tak lompat lagi. Ermmm thank you my friend! Nyaris2 aku nak hantar ko masuk bengkel teh oiii.
Dia tak bersalah.
2 komen:
Kesiah si Putih...dia juga dipersalahkan...heheheh
kak anie: dah, takde orang/benda lain nak disalahkan.
Post a Comment