Jumaat lepas, ada mesyuarat agong kelab. Aku berjaya mendapat cabutan bertuah yeyay! Asalnya aku dapat hamper jajan2. Aku tengok hamper tu, alahaiii, jajan2 je yang aku boleh makan. Biskut dan air gas tu komfem aku akan kasik orang. Sekali, sorang mamat ni dapat hadiah dalam kotak. Goncang2, bunyik macam cawan. So, dia mintak tukar ngan aku. Maka, bertukar lah sudah hamper dengan cawan. Boleh lah buat top up cawan2 untuk koktel.
Dalam meeting tu, turut dibangkitkan isu kurangnya perlibatan para wanita dalam aktiviti sukan. Bulan 7 ni ada sukan staf selatan. Cemana kalo takde peserta? Lalu, balik je dari kerja, aku pun terus kepochi2 ngan encik hairul. Nak main badminton. Bukan lah aku nak jadi wakil badminton, tapi dah lama tak main badminton. Nak main depan rumah, macam malu pulak.
Jadi, malam tu, kami terus ke kedai sukan untuk membeli raket hehehe. Asalnya aku dah ada raket. Tapi, raket murah dan berat. Belas2 hengget je kot. Pilih punya pilih, belek punya belek, aku pun beli raket ini.
Tahniah kak azie! Tepat sekali. Konon nak jenama y0nex. Tapi, takde diskaun lor. Uisy, ada yang regenya rm950??? Ni taraf chong wei nih.
Patut lah orang berebut2 bila chong wei campak raket dia lepas perlawanan ek? Rupanya mahal ek raket dia. Tapi, dia dah tentu lah ada penaja. Menang 17k dolar, setakat raket rm1k ni, tak luak la.
Sabtu pagi, tengah aku sedap2 tido, sayup2 kedengaran suara memanggil, 'Atlit, bangun!' Wah! Tak agak2 tu. Adoi laaa. Dah macam misbun sidek di zaman kanak2 la pulak. Pengaruh katun anak2 sidek la nih.
Lalu, kami pun pergi ke uth*m untuk bermain pukul2 bulu tangkis. Belum layak dipanggil badminton lagi. Tu pun dewannya tutup. So, kami main kat court takraw je lah. Lebih kurang je saiznya. Cuma, net dia besar2. Boleh tembus bulu tangkis.
2 komen:
amboiiiiiiiiii kasut... sedondon dengan raket...
hahaha tak boleh tahan. terlebih sudah!
Post a Comment