Link : Senarai impian 2010
Akhirnya, cita-cita kami untuk menjadi tuan tanah kedaung hampir tercapai. Cita2 nampak macam besar sangat. Mungkin sekadar angan2 jadi kenyataan kot. Kalau ikut perancangan, memang kami nak beli tanah sebelum encik hairul further study. Kononnya lepas abis belajar sok, boleh terus buat rumah. Berangan dulu la kan.
Tapi tak sangka la pulak secepat ini. Sebenarnya, selagi dia tak sambung belajar, selagi itu lah aku tak boleh membuat hutang. Sebabnya, tak tau lagi dia akan study kat mana. Kalau local, ok lah, aku boleh terus bekerja macam biasa. Kalau oversea, terpaksa lah aku ambik cuti tanpa gaji. Kalau dah tak bergaji tu, cemana nak membayar hutang? Sebab tu sampai sekarang aku masih lagi tak berharta uhuks. Biar lah aku tak kaya harta, asalkan kaya budi bahasa. Awww! (Sebenarnya nak cakap kaya uang huahuahua).
Macamana boleh dapat ilham nak membeli tanah nih? Actually semuanya berlaku secara tiba2. Ya, seru dah sampai. Ada kawan dia bagi email, promote pasal tanah nih. Ada 10 lot katanya. Besssar punya katanya. Iyer lah tu. Bukan boleh caya sangat. Aku dah pernah jumpa dah tanah aritu. Cakap je besar, tapi hakikatnya, rap2 je kalau nak dibuat rumah. Tapi, kali ni, katanya, besarrr punya. Lebih 10 kaki lebar dari rumah dia. Panjang pon boleh tahan. Ok, kiter survey dulu. Mari kita buktikan kebenaran kata2 beliau itu. Meh sini tengok rumah mu.
Jadi, pada petang khamis yang bil ku jatuh motor tu, (klik untuk recap) actually kami tengah pegi survey la tu. Alah, nama lagi anak peneroka. Hidup membesar di celah pokok kelapa sawit. No wonder la beli tanah pon celah2 pokok sawit jua. Ermmm very the kedesaan tau. Terbukti bukan kacang lupakan kulit. Bukan lah kata rumah teres sekarang tak desa. Sama jugak, duk tepi parit. Tapi betul2 terasa seperti rumah impianku. Ku, ya. Bukan kalian. Cuma takde air terjun je kat belakang rumah. Tu takde masalah, boleh buat air terjun buatan. Nak sangat bunyi air jatuh kan.
Sampai di situ, cuma nampak pokok sawit dan belukar. Dan batu serta pancang sempadan. Camne nak tau luas tak luas? Tak tercapai akal ku nak imagine2. Cukup ke setakat mendengar luasnya xx' kali xxx'? Tak puas ati.
Sampai di situ, cuma nampak pokok sawit dan belukar. Dan batu serta pancang sempadan. Camne nak tau luas tak luas? Tak tercapai akal ku nak imagine2. Cukup ke setakat mendengar luasnya xx' kali xxx'? Tak puas ati.
Lepas tengok tanah, kami dijemput ke rumah kawan yang mengiklankan tu tadi. Cuba buat comparison. Tanah dia, kurang 10 kaki lebar dan 50 kaki panjang daripada tanah tadi tu. Jadi, kalau rumah dia aku dah rasa luas, mungkin lah tanah tu cukup luas.
Rumah dia baru siap. Baru masuk rumah b4 raya tahun lepas kot. Tanah lot juga, kat belakang tanah kami tu je. Wah! Sker2! Apa tak sukanya. Dah tentu2 la aku nak tengok dekorasi rumah dia kan. Harus aku meliarkan bijik mataku ke segenap inci rumahnya.
Bila masuk je kawasan rumah dia, ermmm ok, luas la jugak. Ada laman. Pintu pagar je dah impressive hehe. Pintu pagar je dah 10k? Biar betul? Siap motor la tapi. Bila masuk, terus aku ber wah wah wow wow di dalam hati. Best nyerrr. Sempat la kami sembang pasal proses membuat rumah tu. Banyak ilmu aku dapati. Banyak pengajaran aku timba'i (kang tak letak apostrophe, korang baca terus je timbai). Tengah sembang2 tu lah bil call bagitau dia jatuh motor. Isy, potong betul la. Tak sempat aku nak meround. Tapi sempat la gi dapo hihihi. Luas betul. Mesti penat nak kemas hahaha. Pulak tu, meja makan dia memang aku pernah usha2 kat kb*f.
Ok, aku rasa strategi dia tu dah cukup baik dah. Promote tanah, tapi sekali dengan pakej rumah contoh hihihi. Makin melonjak2 la keterujaan aku. Tapi, kami mintak masa untuk berfikir barang semalaman. Dan akhirnya, kami pon setuju untuk membelinya. Tapi, masalahnya, mana nak cekau duit muka? Ayok! Biasa arrr. Encik hairul, kalau bab beria2, memang dia lah orangnya. Sampai aku pun terpengaruh. Tapi, bab $$$? Ayang ada kan? Holoh holoh so sweet lor. Tau je bila aku berada dan bila aku sengkek. Tak kasi can langsung aku nak beruang sekejap :P. Dulu pun, masa nak beli AH, main terjah je booking. Mesti dalam kepala dia, ayang ada duit, takde masalah. Ye lah tu. Banyak la sangat duit aku kan. Suka menjadikan aku pembayar downpayment kepada harta2nya. Tengok! Aku juga tak berharta2. Semua nama dia. Tapi, padan la dengan dia, kena bayar bulan2 hehehe. Oh, harta sepencarian kan.
walau bagaimanapun, tak dapat la lot 7 atau 8 sebab dah terlambat. Tak kisah la tuh. Belum tentu lagi angan2 aku nak buat rumah tu akan jadi kenyataan dalam waktu terdekat nih. Paling cepat pon, 5 tahun lagi. Belum puas lagi duduk kat rumah sekarang nih. Sayang la nak tinggalkan komuniti yang mesra alam nih. Tah2 tak buat pon rumah. Tapi, nak jadikan dusun, sayang pulak. Sebab dah tukar status tanah kepada tanah kediaman. Tengok lah keadaan. Kita cuma merancang je.
Besoknya pulak, PIL datang. Alaaa yang derang nak melawat anaknya yang jatuh motor tu. Ingat tak episod 47? Hehehe. Bila derang tau kami beli tanah, tahan je lah bila dengar fil bisik2 pasal kebagusan duduk kat taman sekarang nih. Aman, bersih, ceria (moto taman), selamat dll. Pelik pulak aku rasa. Salu kan orang suka rumah ada tanah kan? Terus aku rasa menyesal. Ermmm.
Walau bagaimana pun, minggu lepas, loan sudah pun lulus. Again, encik hairul yang buat loan. Aku masih suci dari hutang-piutang. Dah siap sign2 segala bagai. Menunggu bayaran sahaja. Yang penting, pulangkan wang kami!!!(downpayment ku hehehe). Settle bayaran, boleh la aku buat acara pecah tanah dan menanam pokok durian. Mana nak carik baka yang baik ek?
Walau bagaimana pun, minggu lepas, loan sudah pun lulus. Again, encik hairul yang buat loan. Aku masih suci dari hutang-piutang. Dah siap sign2 segala bagai. Menunggu bayaran sahaja. Yang penting, pulangkan wang kami!!!(downpayment ku hehehe). Settle bayaran, boleh la aku buat acara pecah tanah dan menanam pokok durian. Mana nak carik baka yang baik ek?
Ok, sekarang, mari kita lihat pula lokasi kejadian. Takyah faham pun gambar2 ni sebab aku pun tak faham sangat.
Bahagian belakang. Sawit yang tengah2 ni kira dah masuk tanah orang belakang la.
Ada rumpun buluh di hujung jalan, Kat sini lah aku ambik buluh aritu hehehe. Tuan tanah dah kasik, kami ambik ler. Lagipun dia memang nak tebang pun.
Hujung jalan tu ialah sungai. Ikut plannya, tuan tanah nak bina jambatan di situ. Tapi, kalau tak pun takper. Bila ada jambatan, jalan ni akan jadi sibuk. Kurang privacy pula.
Ini gambar terkini pula (1Mei 2010).
Lot pertama dah tambak untuk buat rumah. Katanya orang ni baru pencen dan nak buat rumah secepat mungkin. Bulan 6 nak mula, katanya.
2 komen:
kat ne nih. Parit Raja ker? Area mana nih?
kiter jwb kat ym ek?
Post a Comment