Monday, 8 March 2010

Entry Rojak Mamak


Apakah persamaan di antara kereta dan bilik mandi? Dalam konteks aku, perhatikan contoh ini.

1. Ermmm dah lama tak hujan. Tengok langit cerah je. Baik aku basuh kete. Kete pon dah berkilat kilauan, kita pon kuar berjalan2 dengan kereta. Dan hujan pon turun dengan lebatnya. Mari kita basuh kereta beramai2!

2. Bilik air tengah tu jarang digunakan. Jadi, membasuhnya juga tunggu orang datang dan gunakan. Baru lah berbaloi membasuhnya. Tapi, bila tunggu2, takde orang datang pon? Habuk pon dah melekat. Cacing kering pon dah ramai terkorban, jadi, ku basuh la juga bilik air tu. Takyah tunggu lama la. Kadang tu tak sampai sehari, dah ada orang datang. Pandai eh? Datang time bilik air dah wangi jek. Jadi, kalo rasa nak suh orang datang, rajin2 la basuh bilik air. Dan kalau takmo kasik orang datang, biarkan ajer bilik air tu kegersangan hehehe.

Persamaannya? Fikirlah sendiri.

Khamis minggu lepas, BIL jatuh motor. Kat depan taman g@ding, depan pur@kencana tu. Terlanggar lori. Pergh! Ngeri bunyi nya, bukan? Takde la, sikit je. Tak kena tahan wad pon. Jadi, kami pon pergi lah merescue beliau. Sesampai di sana, aku menghantar dia ke PKU dan encik suami membawa motorsikal itu. Terpaksa 'kepak' (e for lebar) kan mud guard sebab dah terkena karburator (tah ye ke tak nama benda tu karburator). Dibimbangi, jika dibiarkan akan membocorkan bahagian2 lain, sekaligus tangki minyak pelinciran. Tah, apa kaitannya, tah.

Lepas hantar dia ke pku, aku terus balik. Aik? Encik suami tak sampai lagi? Hihihi tak leh bawak lelaju motornya. Lepas maghrib, encik suami pergi mengambil adiknya di pku. Lalu mereka pergi makan dan terus ke rumah tukang urut. Aku? Aku menghirup sup kambing yang sangat enak. Dah tengah malam baru lah encik hairul balik bersama2 adik beliau. See, baru aku basuh bilik air tu weekend lepas, dah ada orang datang.

Esoknya, balik keje je, tergezut aku. PIL datang! Adeh deh. Dah macam dalil cinta lak, datang tiba2 cenggini. Sibbaik la rumah tak sepah. Kenapa mereka datang? PIL ni sebenarnya dah melalui 3 pengalaman anak jatuh motor secara besar2an. Dan ke 3-3 nya adalah warded. Pertama, encik hairul dan adik beliau yang sama itu, jatuh di simpang kilang semencu. Masa tu kami di semester ke 2 diploma, dan adik beliau baru lepas spm. Kejadian berlaku semasa encik hairul ingin mengejar bas kilang yang sudah meninggalkan beliau. Kami keje kat kilang pne pcb masa cuti tu hihihi. Lalu beliau membawa motor secara rempit dan terlanggar kereta. Oleh kerana encik suami yang menunggang, pemboncengnya lah yang melambung. Dan patah lah kaki adik beliau itu. Beliau pula, hanya cedera ringan. Ringan tak ringan la. Bagi kekasih, itu dah dianggap berat juga hihihi. Tapi, kalau dirawat sebagai pesakit luar, kira ok lah kan.

Akibat daripada kejadian itu, adik beliau telah terlantar di hospital jb selama erkkk tak ingat. 2 bulan kot. Dan terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke, entah, mana tah pada bulan jun tahun tersebut. Oh, lupa. Dan kejadian itu berlaku ketika PIL sedang berada di pulau langkawi!

Kejadian kedua, berlaku ke atas adik beliau yang belajo kat itm penang tu. Pon berlaku semasa beliau menunggu spm. Pada masa itu, beliau bekerja sebagai pump attendant di syell nilai. Dekat pekan nilai yang ada syell menghadap2 2 buah tu. Kejadian berlaku waktu tengahari semasa beliau pergi membeli lunch. Dilanggar oleh sebuah lori besar. Pengsan dan dibawa ke hospital seremban.

Pada ketika kejadian, aku tidak bekerja dan akan menduduki peperiksaan mtest. Lepas aku abis exam je, terus kami pergi ke spital somban itu. Aku rasa, mil macam dah trauma dah. Kalau dengar je anak dia eksiden, mesti dia ingat cedera teruk sebab setakat ni memang ada sejarah mungkin berulang. Ni, ada sorang anak tengah tunggu spm, mesti mil sentiasa berdebar2, ek?

Untuk kes kedua ni, pon agak teruk juga. Kulit kaki terkoyak. Ewwwww, ngeri. Lama jugak la mil duduk kat rumah ngah untuk menjaga anak nya itu. Akibat daripada itu, adik ini juga terpaksa menangguhkan pengajian nya di itm penang. Ada, aku pernah cerita dalam entry yang lepas. Cer ar carik entry bulan jun atau julai 2006. Tengah musim worldcup masa tu.

Dan kes ketiga menimpa anak kesayangan mereka yang tall dark and handsome itu. Hehehe suami ku itu lah. Ni sure sumer dah tau camne citer nya kan? Nak dipendekkan cerita, untuk kes2 ini, biasanya anakanda sendiri yang akan menelefon mil meyampaikan berita itu, untuk menggambarkan ke'ok'an mereka. Kalau orang lain call tu macam, eh, anak aku tidak sedarkan diri kah? Padahal, patah riuk segala tu huhuhu. Jadi, bila bil jatuh kemarin tu, mil pon datang la nak komfem kan. Derang ni konon takmo mak risau, tapi, hati ibu, kan? Dan kedatangan mil tu hanya sempat berjumpa dengan anaknya selama sejam sahaja kerana, pada pukul 7pm, anakanda beliau sudah pon berangkat naik bas ke rumah ibu mertua, isteri dan anaknya di sinun. Sebenarnya dia jatuh tu masa on the way balik dari membeli tiket bas tu lah hihihi.

Jadi, dah abis dah sesi melawat anak yang sakit. Tinggal yang tak sakit je lah. Apa nak buat? Dah lah aku dah biasa tak masak ari jumaat kan. Sudahnya, aku tak masak pon. Kami keluar makan kat pinang sebatang je. Dalil cinta lagi?

Pagi sabtu pulak, aku bangun agak awal dan memasak nasi goreng. Wowwi! Encik hairul plak, kuar beli sarapan roti canai. Mana nak dapat suami macam tu? Sangat memahami hasrat setempat. Menerima aku seadanya hihihi.

Selesai makan, encik hairul pergi ke opis. Ada kerja hari ni. Aku? Nak buat apa? Nak masak lunch, baru pukul 9. Tak lama, PIL pun balik. Eh, bukan balik. Derang gi balik parit yusop. Takde mende nak buat kat rumah aku pon. Aku pon terus lah mengganti tido yang belum selesai hehehe. Dalil cinta lagi?

Tengahari, encik hairul balik sekejap. Aku lunch nasi goreng tadi je.

Petang, kami keluar ke bp. Mujur lah aku cepat 5 minit. Kalo lambat, dah tutup dah kedai alfa tuh. Lain kali ingat, dia tutup kul 6.

Kendian pergi k4 pulak. Tak masuk k4 pon. Pegi bankislam je, bayar cc. Ngan beli magazine. Impiana dan Solusi. Dari situ kami ke pasar malam. Macam biasa, beli kebab, dan tahu panas. Dan spring potato. Eh, lupa lak aku nak ceritakan rasa spring potato tu. Ermmm rasa dia macam wedges, tapi versi nipis. Alaaa kentang kan. Nak rasa apa pulak. Takkan rasa kedondong pulak, kan?

Dah terlanjur dekat ngan masjid, kami maghrib di situ je. Tiba2, ternampak PIL. Laaa jumpa kat sini pulak. Ni kali kedua kami terjumpa PIL di waktu dan tempat yang tidak disangka2. Derang dah nak balik kota dah. Oleh kerana dah jumpa kat situ, derang tak singgah la lagi rumah kami. Lagi pon ada misi yang belum selesai.

Lepas derang balik, kami ke bpmol pulak. Takde benda sangat yang dibeli sebab aku terasa miskin. Nanti2 aku ceritakan la sebab musabab kemiskinan itu. Huuu sedih dalam gembira. Biasanya aku takde lah terasa bila gaji masuk awal. Tapi kali ni, aku sangat terasaaa!!! Tapi tak pe. Ini semua demi masa depan yang lebih gemilang ngehngehngeh.

Balik tu, melayan cerekarama yang heboh diperkatakan itu. Takde lah kena batang hidung sangat. Sipi2 pipi je. Aku ok apa?

Hari Ahad, kononnya nak rajin masak ayam masak merah. Sekali, teringat pulak, ada jemputan kawen. Yey! Lepas zuhur baru kami pergi. Kat dewan jubli intan jek. Siapakah mempelai itu? Haaa ada kena mengena sipi2 je ngan aku. Kawan seinduksi encik hairul. Tapi yang pempuan tu ialah pelanggan batik ku suatu ketika dulu. Tah, dia ingat aku ke tak tah.

Balik dari jemputan, kami berkebun pula. Dah lamaaa sangat aku tak melayan laman depan rumah tu. Remember? Aku kan merajuk pokok aku kena timbus dek kapal korek parit tu kan. Sungguh pun demikian, ada gak 3-4 pokok heliconia yang survive dalam kejadian itu. Dah beberapa kali gak la kuar bunga. Tapi, lantak ko lah. Luka hati ku belum sembuh.

Apakah yang aku kebun kan? Satu, aku trim rambut serai. Abis daun serai tu aku cantas. Dah kemas sikit aku tengok. Rimas. Pastu aku pindahkan semua heliconia yang dalam pasu balik ke tepi parit semula. Puas ati aku. Biar lah dia tumbuh membiak di situ dengan jayanya. Sebenarnya aku tau, pasu tu dah tak mampu menampung akar2 dia. Tengok daun je dah tau. Tak sempat tinggi, dah mati. Sekali bila aku kuar kan pokok tu dari pasu, hah! Kesian aku tengok akar tu macam terpeleot gitu. Ok, aku dah memerdekakan mu. Sila lah membesar dan berbunga yea? Aku dah hilang sabar dah. Ye lah, aku tunggu bunga yang versi panjang ke bawah tu kan. Tak besar2 pon pokoknya. Mudah2an dengan langkah ini, ia pandai membawa diri (akar tu la). Cepat berbunga tau!

Ada nyanyi2 kat bpmol. Rasa macam kenal? Ni bukan farazila bini si syam kamikaze tu ke?

Ambik gambar perantin dari jauh jek.

Sosak dado den, kata pasu tu agaknya.

Taman heliconia. Selamat maju jaya uolsss (pokok2)


0 komen: