Kalau sebut ptd ngan kawan2 seperjuangan, mesti ramai yang akan menunjukkan muka ala2, eleh. Macam yang aku citer dalam entry yang lepas, derang ni kan kemas, smart dan nampak hebat. Dengar citer orang, nak dapat keje tu pun sikit punya banyak step nya. Exam la, kursus la, interview la, baru lah dapat. Setakat yang ala2 macam aku ni, toksah berangan la.
Tapi aku memang tak berangan pon nak jadi ptd hikhikhik. Dalam borang spa pon aku tak isi ptd sebagai salah satu option. Rela lah aku letak 'penjaga jentera dan mesin' daripada ptd. Kelakar lak nama post tu, kan? Aku bayangkan jentera dan mesin tu macam mesin menuai padi hahaha. Sabo je lah. Bukan, bukan memperkecilkan pekerjaan itu. Isy, kan aku kata, aku pon letak post tu sebagai salah satu pilihan kan. Cuma, nama jawatan tu je macam tak vouge ekekek. Kalau lelaki nak gi meminang, pak mertua tanya, ko keje apa? Penjaga jentera dan mesin. Apa agaknya reaksi pakcik tu ek?
Haaa dah terlanjur bercakap pasal nama pekerjaan ni, aku nak cerita la pulak pasal pekerjaan aku. Kata ada kena mengena dengan pekerjaan kan. Human resource katanya. Masa aku keje kat jpk dulu, memang aku terdedah dengan macam2 nama pekerjaan. Sebabnya, kami lah yang meng 'create' latihan untuk pelbagai jenis pekerjaan di malaysia ini. Pastu, masa mula2 keje tu, biasa lah derang cite la pasal sejarah jabatan, bidang tugas department2 bagai kan. Satu perkara yang aku ingat, orang tu cite, dulu2, masa awal2 ditubuhkan, nama2 pekerjaan ni memang la tak vouge. Kalau plumber tu, namanya tukang paip. Kalau buat rumah tu, tukang kayu. Yang wireman tu, tukang elektrik. Pendek kata, tukang segala tukang la.
Memang zaman dulu pon orang panggil pekerjaan seseorang tu sebagai tukang, kan? Tukang jahit, tukang besi, tukang gunting dll. Ikut dalam kamus pun, tukang tu ialah orang yang membuat sesuatu itu.
Lama kelamaan, apabila zaman semakin moden, dengan perkembangan sektor perindustrian segala bagai, jabatan ini mendapati, nama tukang itu sudah tidak relevan lagi. Relevan, tapi tak vouge gitu. Orang nak sebut nama pekerjaan pon segan, walo pon gajinya beso. Lalu, mereka pun membuat rebranding terhadap standard2 pekerjaan dengan memberikan nama baru yang lebih segar, comel dan vouge de vass. Maka, takde lah lagi mereka malu2 nak menyatakan bahawa, pekerjaan mereka ialah juruteknik, jurutera (read=juru terror), jurugambar, jururawat, jurujual, juruterbang, jurupaip, juruelektrik, jurutera(p batu bata) dan tol juru. Walau pon kerja tu sebenarnya takde lah vouge sangat, tapi, kalau dah nama juru tu, sedap dah lah tu. Begitu lah adanya asal kejadian nya.
Jadi, apa nama pekerjaan anda?
Alamak, ni dah macam tajuk lain jek? Tadi nak citer pasal ptd kan? Sambung lain kali ek?
p/s lagi foto di teluk sengat. ariff dan afiff. tah apa agaknya nama adik derang yang dah nak kuar tu ek? affiffahfafifu kot? pembetulan. nama pon teluk sengat, kan? jadi, bukan la selat tebrau sebenarnya, kan? pantai lid0 tu baru la selat tebrau.
Thursday, 4 March 2010
Pekerjaan Anda
Hasil karya AyunasiA pada 1:16 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment